Monday, April 14, 2014

Tak Sempat

Assalammualaikum
Saya tak sempat nak buat ape yang saya harapkan.

Hurmm, tak apa berusaha lagi harini ini. Semoga Allah permudahkan segalanya.

Kehidupan di office amat tertekan, sungguh mengharap dapat bertukar angin 

Friday, April 11, 2014

Progress Update

Assalammualikum

Disini akan menjadi saksi progress update saya untuk menyiapkan Master yang memang dah lama terbengkalai.

Jadi, hujung minggu ini saya patut siapkan introduction untuk chapter 2. Dan buat timeline untuk keseluruhan Master ini.

Oh Allah, berikan kekuatan untuk saya menghabiskan pengajian ini. Permudahkanlah segala urusan saya !

Amin


Wednesday, April 09, 2014

Bertabah

Assalammualaikum

Dah lama rasanya tak berceloteh pasal pekerjaan saya kan. Diam tak diam dah dekat 3 tahun dah berkhidmat di sektor korperat ni. 
Dugaannya, MasyaALLAH... hanya Allah sahaja yang faham. Ditempatkan di bawah boss yang super-perfectionist, hi tempered, cannot argue on her point, dia-je-yang-betul-attitude, and semua night-mare of human behavior ada pada dia. 

It was so stressful every each and day that i woke up dan rasa getaran dan debaran ketakutan untuk ke office. Guest what, setiap pagi sebelum keluar ke office saya akan pesan pada suami saya supaya doakan saya tak kena marah dia office.Walaupun saya tahu saya tak ada buat apa kesalahan pun, tapi the fear that i faced each day macam satu penyakit pula. Setiap hari juga saya doakan supaya boss saya dilembutkan hati, ceria setiap hari dan saya tak perlu kena marah or dengar bebelan dia. hahaha. Saya juga berdoa supaya saya dibekalkan kebolehan keupayaan ketabahan untuk menyiapkan setiap tugasan yang diberikan dengan sebaiknya.

Cubaan bertukar kerja, telah dilancarkan sejak lama lagi. Berpeluh jari  dah click jobstreet, tapi satu pun tak ada yang panggil. Interview pun tak ada! Apekah resume saya tu transparent di mata mereka?

Namun, Alhamdulillah masih ada rezeki membantu suami. Mungkin disini adalah tempat yang terbaik untuk saya buat masa ini. Allah yang tentukan bila saat saya dapat keluar dari keresahan setiap hari untuk ke pejabat. Memang akui, berat rasanya emosi yang di tanggung, tapi hidup kena terus kan juga kan


Akhir kata, doakanlah saya kuat semangat berhati cekal menempuhi hari mendatang :) 

Friday, April 04, 2014

Berhabuk

Fuuuhhh...Fuhhhh...
Berhabuk bersawang dah blog ni
Lama sangat dah tak menulis di sini. Last post tahun lepas! MasyaALLAH

Banyak benda yang dah ketinggalan dah blog ni
Macam-macam dah berlaku

Oklah, rasanya nak mula balik aktif mengarang blog ni
Biarpun hanya satu perkataan. huhuhuhu