Friday, November 15, 2013

Hanya 4 Jam

Assalammualaikum

Hanya 4 jam.
Kini hidup ku di penuhi dengan kiraan masa. Setiap saat bagaikan permata yang tak ternilai dengan wang dan emas. Aku, sangsi bagaimana cara terbaik untuk aku uruskan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada ku. Suami, anak-anak dan keluarga.

Sebaik mungkin aku cuba untuk memberikan yang terbaik kepada amanah Allah yang aku galas ini. Setiap hari aku runsing. Hanya kurang lebih  4 jam sehari aku luangkan masaku bersama amanah Allah yang paling besar dikurniakan padaku. Permata hati ku.

Adeena Fatihah dan Iman Syuhada maafkan mama andai mama tak dapat meluangkan masa bersama awak berdua seperti ibu ibu yang lain. Maafkan mama tak dapat ajar kalian seperti mana ibu lain. Tak sempat mendegar cerita kalian setiap hari pulang dari taska.

InsyaALLAH,
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita sekeluarga dan mama boleh tumpukan lebih masa untuk anak-anak mama. Mama harap anak-anak mama paham keadaan kita. Mama sentiasa cuba yang terbaik untuk kita sekeluarga.

Semoga anak-anak mama berjaya dunia akhirat.

1 comment:

shhhhh... said...

ameen...