Friday, November 15, 2013

Hanya 4 Jam

Assalammualaikum

Hanya 4 jam.
Kini hidup ku di penuhi dengan kiraan masa. Setiap saat bagaikan permata yang tak ternilai dengan wang dan emas. Aku, sangsi bagaimana cara terbaik untuk aku uruskan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada ku. Suami, anak-anak dan keluarga.

Sebaik mungkin aku cuba untuk memberikan yang terbaik kepada amanah Allah yang aku galas ini. Setiap hari aku runsing. Hanya kurang lebih  4 jam sehari aku luangkan masaku bersama amanah Allah yang paling besar dikurniakan padaku. Permata hati ku.

Adeena Fatihah dan Iman Syuhada maafkan mama andai mama tak dapat meluangkan masa bersama awak berdua seperti ibu ibu yang lain. Maafkan mama tak dapat ajar kalian seperti mana ibu lain. Tak sempat mendegar cerita kalian setiap hari pulang dari taska.

InsyaALLAH,
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita sekeluarga dan mama boleh tumpukan lebih masa untuk anak-anak mama. Mama harap anak-anak mama paham keadaan kita. Mama sentiasa cuba yang terbaik untuk kita sekeluarga.

Semoga anak-anak mama berjaya dunia akhirat.

Thursday, November 14, 2013

Chapter 1 : Introduction

Assalammualikum

Ya Allah, 
Masa berlalu terlalu pantas. Kurang lebih hanya sebulan yang tinggal untuk aku cuba mencapai cita cita yang aku tanam ketika usiaku 24 tahun.


Hish!
Almost maximum bilangan semester yang aku ambil untuk program ni. Jangan kena tendang sudah. I just finished my Chapter 1, and will send to my supervisor for a review. Hopefully tak ada banyak changes, because i want to move with Chapter 2. 

Hurmm,
My encryption development is not started yet. Otak programming dah berkarat, harapnya tak susah manalah algorithm Dr ni. Btw, esok nak jumpa Dr, moga dipermudahkan kefahaman saya terhadap algorithm 128-bit encryption tu.

Insya Allah,
Allah tahu yang terbaik untuk hambanya, yang penting kita tak pernah putus asa memohon kepada-Nya.