Friday, March 22, 2013

Nursery Naik Harga

Semalam dapat surat dalam beg anak dari pengurusan nursery.
MasyaALLAH harga nursery naik RM200!! Dari RM 350 seorang kepada 550 seorang!
Bawak mengucap!
Semoga semua ini ada hikmahnya 

Thursday, March 21, 2013

Work vs Family

Assalammualaikum

As a mother of 2 puteri, a wife to a lovely husband, a daughter to a caring parent, a rakan sekerja in an organization, a student to a public university and the most important is a servant to the Almighty (panjang sungguh jawatan ko cik yam!) macam-macam yang perlu dihadapi. Liku kehidupan setiap manusia ni tak sama, jadi siapa yang menghadapinya dia yang tahu. 

Saya menulis post ini ketika di hospital semasa anak saya di tahan wad. Btw, both my daughter is sleeping kalau tak jangan harapla boleh menaip ni.

Kisah harini adalah berkenaan dengan dugaan ibu-ibu yang perlu berhadapan dengan persekitaran pekerjaan yang kadang kala tidak memahami keperluan ibu di sisi seorang anak. Hurm, bukan keperluan. Tapi pada saya, adalah hati ibu itu sendiri yang sentiasa ingin bersama anak. As usual, tak semuanya indah! Semua ini adalah bergantung juga dengan suasana, keperluan, keadaan sesuatu kerjaya itu.

Saya rasa ramai ibu-ibu yang menghadapi dilemma bila masa anak sakit dan terpaksa cuti, namun keadaan di pejabat amat memerlukan khidmatnya. Ditambah pula dengan karenah pihak atasan yang macam tiada jalan lain untuk menjaya sesuatu, melainkan dengan kehadiran ibu itu juga.

Pada saya semua pihak perlu faham. Anak adalah amanah Allah, kerjaya juga amanah. Jadi, kedua-dua pun penting. Cuma saya berharap pihak tertentu mempunyai kefahaman tentang naluri keibuan yang semahu mungkin ingin bersama anaknya.

Kepada ibu-ibu, stay strong. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Dan setiap kesusahan itu ada kemudahannya.



Monday, March 11, 2013

Medela shield

Assalammualaikum
Just to inform yang medela dah tak keluarkan lagi soft shield untuk swing or fs.
Jadi, kepada siapa punya shield yang terkoyak macam nasib saya minggu lepas boleh la beli jenis keras punya.

For me, i sangat selesa pakai hard punya compared to soft shield. Plus this one senang nak basuh, and susah nak worn out.
Sekian.

Monday, March 04, 2013

Kini

Apa yang kau kejar
Keluhan yang tak pernah hilang
Apa yang kau kendong
Senyuman manis dua gadis

Oh
Tangis kau tiada disisi
Namun apa yang pasti
Sungguh aku merindui kamu dari sini





Friday, March 01, 2013

Berjuang

Hidup ini penuh dengan perjuangan
Perjuangan yang kadang kala memerlukan korbanan

Berjuanglah!
Wahai hati yang kini makan hati
Entah apa yang aku tak pasti

Pejuang
Buka langkah panjang
Asah pandangan tajam
Moga tidak tertikam

 

-Uwa-
mood tengah swing sbb rasa tersalah ayat dalam email ke user tadi. dush!