Friday, November 15, 2013

Hanya 4 Jam

Assalammualaikum

Hanya 4 jam.
Kini hidup ku di penuhi dengan kiraan masa. Setiap saat bagaikan permata yang tak ternilai dengan wang dan emas. Aku, sangsi bagaimana cara terbaik untuk aku uruskan nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada ku. Suami, anak-anak dan keluarga.

Sebaik mungkin aku cuba untuk memberikan yang terbaik kepada amanah Allah yang aku galas ini. Setiap hari aku runsing. Hanya kurang lebih  4 jam sehari aku luangkan masaku bersama amanah Allah yang paling besar dikurniakan padaku. Permata hati ku.

Adeena Fatihah dan Iman Syuhada maafkan mama andai mama tak dapat meluangkan masa bersama awak berdua seperti ibu ibu yang lain. Maafkan mama tak dapat ajar kalian seperti mana ibu lain. Tak sempat mendegar cerita kalian setiap hari pulang dari taska.

InsyaALLAH,
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita sekeluarga dan mama boleh tumpukan lebih masa untuk anak-anak mama. Mama harap anak-anak mama paham keadaan kita. Mama sentiasa cuba yang terbaik untuk kita sekeluarga.

Semoga anak-anak mama berjaya dunia akhirat.

Thursday, November 14, 2013

Chapter 1 : Introduction

Assalammualikum

Ya Allah, 
Masa berlalu terlalu pantas. Kurang lebih hanya sebulan yang tinggal untuk aku cuba mencapai cita cita yang aku tanam ketika usiaku 24 tahun.


Hish!
Almost maximum bilangan semester yang aku ambil untuk program ni. Jangan kena tendang sudah. I just finished my Chapter 1, and will send to my supervisor for a review. Hopefully tak ada banyak changes, because i want to move with Chapter 2. 

Hurmm,
My encryption development is not started yet. Otak programming dah berkarat, harapnya tak susah manalah algorithm Dr ni. Btw, esok nak jumpa Dr, moga dipermudahkan kefahaman saya terhadap algorithm 128-bit encryption tu.

Insya Allah,
Allah tahu yang terbaik untuk hambanya, yang penting kita tak pernah putus asa memohon kepada-Nya.

Tuesday, October 22, 2013

Rahmat Allah

Hujan itu adalah rahmat Allah.
Alhamdulillah masih sempat dirasa

Lama sungguh rasanya dah tak dirve masa hujan begitu lebat
Ketika ini sedang tunggu hujan reda sebab cuak tak nampak jalan nk drive..

Test test..update guna hp..kekekkeke

Monday, October 21, 2013

Lamanya

Fuh fuh fuh

Dah bersawang-sawang dah blog  ni. Kena pakai penyapu lidi kot nak kekas sawang- sawang semua.

Apa kabar semua?
Rindunya menulis blog dengan hati tenang

Nantikan, insyaALLAH nanti saya update tentang my lastest kehidupan yang penuh pancaroba +)

Wednesday, October 02, 2013

30 Minit

Assalammualaikum

Saya hanya ada 3 minit
Mudah mudahan 30 minit setiap hari yang saya luangkan untuk menngubah nasib akan saya tercapai

Mahal sungguh masa untuk saya beli
Walaupun badan penat
Otak tenat

Tapi dengan berkat kesungguhan Allah berikan aku akan cuba.
Oh Master Science jangan cuba lari
Pasti ku kejari

Monday, September 30, 2013

Longlai

Aku melangkah longlai
Longlai sungguh gemalai

Aku masih runsing
Dengan kehilangan yg dicari

Mana harus ku suarakan
Jika tak bisa ku laungkan

Aku pasti janji Tuhan
Yang Dia maha menentukan
Semoga yang terbaik untuk aku dan juga kalian

Amin

Thursday, September 26, 2013

Ghaib

Aku kehilangan sesuatu
Ghaib!
Merata aku melilau
Tangan ku mungkin tak terjangkau

Ghaib
Mana nak ku cari?
Adakah ianya wujud di hati?
Atau  hanya di fantasi

Ampunkan aku
Aku tidak mampu
Namun, janji-Mu masih kupegang ketat
Setiap kesukaran disertai kemudahan

Saturday, September 21, 2013

28062013 Iman Syuhada 1y

Assalammualaikum





Sunday, June 30, 2013

Duit..duit dimanakah duit?

Assalammualaikum

Saya rasa zaman sekarangni adalah zaman duit. Eh, bukan! It has been proven that money/currency has been used zaman berzaman dari dulu lagi. So, masaalah duit ni adalah masalah purba!
Rasanya semua orang pun pasti pernah merasainya. Tapi kalau memang keturunan kaya-raya-wang-juta-juta, sila jangan baca post ini.

Bahang permasalahan kewangan kini amat terasa bagi saya yang hanya pekerja makan gaji di sebuah syarikat di tengah Kuala Lumpur. Bayaran nurseri anak naik mencanak, bayaran bulanan rumah sudah mula dikenakan, sewa bulanan rumah yang harus di bayar.

Fikiran berkecamuk, memikirkan dari manakah aliran wang lebih yang akan masuk? Yelah, makan gaji ni setiap bulan dapat gaji tetap. Kini komitmen bertambah, tapi gaji masih sama. Pelan kerajaan untuk perlaksanaan gaji minumum untuk semua industri di Malaysia ni sangat memberi kesan kepada pekerja di tangga pertengahan, seperti saya. Pendapatan kami masih sama, dan saya bersyukur atas rezeki yang ada. Tapi kami bergantung sepenuhnya kepada pekerja di tangga bawah untuk kami meneruskan kehidupan kami. Bagaimana hendak kami teruskan kehidupan kami jika hampir separuh gaji kami perlu di keluarkan untuk membayar gaji minumum pekerja di tangga bawah? Dimanakah logiknya? Sungguh, benar ini adalah untuk membela nasib pekerja tangga bawah, tapi pekerja tangga pertangahan siapalah yang akan membela? Entahlah, ini mungkin ada yang berkata saya sangaja mengeluh, tapi ya! saya memang mengeluh. 

Mungkin strategi semasa di universiti harus saya praktiskan kembali. Masih segar dalam ingatan, bagaimana kepala berkira-kira mencongak sendiri berapakah bayaran yang akan dikenakan oleh makcik cafe ketika mengambil lauk. Berdebar-debar jika mengambil lauk ayam, daging. Udang dan sotong jangan mimpilah nak cuba ambil. Seringkali saya akan ambil hidangan yang ada semua dalam satu lauk. Contoh, sambal tempe ada kacang panjang dan juga ada ayam dadu didalamnya . Kuah, sudah pasti sup kosong!  Air, sirap atau air kosong. Alhamdulillah, perut kenyang juga!

Setelah mula bekerja, kehidupan menjadi mewah. Mungkin salah, mendidik diri tatkala membeli sesuatu yang mahal, alasan self-awarding sering digunakan. Ya, memang itu adalah salah satu cara kita menghargai diri sendiri setelah bersusah payah bekerja, tapi berpada-padalah. Jangan menyesal dikemudian hari. Pengajaran untuk diri ini.

Alhamdulillah, pendidikan emak dan abah yang sangat menitikberatkan simpanan tak pernah saya lupakan. Walaupun sedikit, tapi ketika sempit ia umpama rahmat.

peace yo!





Monday, June 17, 2013

12 May 2013

Assalammualikum

I'm turning 29 on last 12 May. Alhamdulillah. I feel blessed with all the rezeki and limpahan kurnia-Nya to me and by beloved family.

Surprisingly, my husband cooked for me on the day. Lucky it was weekend, kalau tak maybe pukul 12 malam baru siap masak. hehehehe. The Nasi Ayam made by my charming husband is just delicious! Nyum nyum! Although it was his 1st attempt to cook, tapi rasa mcam semua cukup! I superlike the nasi. He really followed all the ingredient in the recipe i guest. Herba-herbanya semua terasa.Usually when i cook, i just put what ever benda yang ada kat dapur saja. Tak kuasa nak ikut satu-satu dalam resepi. So, lesson learn kalau nak sedap sila ikut resepi!.

Malam tu kami sekeluarga pergi ke Secret Recipe as macam tak sahla if Birthday tak ada cake kan? So, we ordered 3 slices of cake. Adeena+ Iman + Suhaib sang the Birthday song to me. 
Happy Birth Mama, Happy Birthday to Yoooouu.  Sumpah rasa nak menagis time tu. Syukur ke hadrat Allah dengan segala rezeki yang di kurniakan. 
Semoga Allah tidak lekang untuk memberikan kami rahmat lagi.Amin





 

Tuesday, May 28, 2013

01 May 2013 4th Anniversary

Alhamdulillah
Tahun - tahun berlalu pergi
Alhamdulillah
Hati kami masih bertaut suci
Alhamdulillah
Dengan semua rezeki
Alhamdulillah
Pengalaman dicerna hati
Alhamdulillah

InsyaAllah
Semoga masjid kami kekal ke akhir nanti untuk bertemu Ilahi
-Amin-
 




Wednesday, May 15, 2013

Adeena Fatihah 3rd Birthday 03022013

Syukur, 
Puteri sulung kami sudah genab 3 tahun pada  3 Feb yang lalu. 
Semoga Adeena Fatihah menjadi anak yang taat pada perintah Allah, patuh pada arahan ibu bapa. Menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara :)






 

Friday, April 12, 2013

Dengarlah

Oh Allah, 
Hanya padamu aku berserah. 


Maksudnya :- “Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28]



Harap semua doakan yang terbaik untuk saya :P

Friday, March 22, 2013

Nursery Naik Harga

Semalam dapat surat dalam beg anak dari pengurusan nursery.
MasyaALLAH harga nursery naik RM200!! Dari RM 350 seorang kepada 550 seorang!
Bawak mengucap!
Semoga semua ini ada hikmahnya 

Thursday, March 21, 2013

Work vs Family

Assalammualaikum

As a mother of 2 puteri, a wife to a lovely husband, a daughter to a caring parent, a rakan sekerja in an organization, a student to a public university and the most important is a servant to the Almighty (panjang sungguh jawatan ko cik yam!) macam-macam yang perlu dihadapi. Liku kehidupan setiap manusia ni tak sama, jadi siapa yang menghadapinya dia yang tahu. 

Saya menulis post ini ketika di hospital semasa anak saya di tahan wad. Btw, both my daughter is sleeping kalau tak jangan harapla boleh menaip ni.

Kisah harini adalah berkenaan dengan dugaan ibu-ibu yang perlu berhadapan dengan persekitaran pekerjaan yang kadang kala tidak memahami keperluan ibu di sisi seorang anak. Hurm, bukan keperluan. Tapi pada saya, adalah hati ibu itu sendiri yang sentiasa ingin bersama anak. As usual, tak semuanya indah! Semua ini adalah bergantung juga dengan suasana, keperluan, keadaan sesuatu kerjaya itu.

Saya rasa ramai ibu-ibu yang menghadapi dilemma bila masa anak sakit dan terpaksa cuti, namun keadaan di pejabat amat memerlukan khidmatnya. Ditambah pula dengan karenah pihak atasan yang macam tiada jalan lain untuk menjaya sesuatu, melainkan dengan kehadiran ibu itu juga.

Pada saya semua pihak perlu faham. Anak adalah amanah Allah, kerjaya juga amanah. Jadi, kedua-dua pun penting. Cuma saya berharap pihak tertentu mempunyai kefahaman tentang naluri keibuan yang semahu mungkin ingin bersama anaknya.

Kepada ibu-ibu, stay strong. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Dan setiap kesusahan itu ada kemudahannya.



Monday, March 11, 2013

Medela shield

Assalammualaikum
Just to inform yang medela dah tak keluarkan lagi soft shield untuk swing or fs.
Jadi, kepada siapa punya shield yang terkoyak macam nasib saya minggu lepas boleh la beli jenis keras punya.

For me, i sangat selesa pakai hard punya compared to soft shield. Plus this one senang nak basuh, and susah nak worn out.
Sekian.

Monday, March 04, 2013

Kini

Apa yang kau kejar
Keluhan yang tak pernah hilang
Apa yang kau kendong
Senyuman manis dua gadis

Oh
Tangis kau tiada disisi
Namun apa yang pasti
Sungguh aku merindui kamu dari sini





Friday, March 01, 2013

Berjuang

Hidup ini penuh dengan perjuangan
Perjuangan yang kadang kala memerlukan korbanan

Berjuanglah!
Wahai hati yang kini makan hati
Entah apa yang aku tak pasti

Pejuang
Buka langkah panjang
Asah pandangan tajam
Moga tidak tertikam

 

-Uwa-
mood tengah swing sbb rasa tersalah ayat dalam email ke user tadi. dush!

Thursday, February 28, 2013

Can't wait

Alhamdulillah
InsyaAllah
Sungguh tak sabar rasanya


Friday, February 01, 2013

Year 2013

Salam All,

MasyaAllah tanpa di sedari we are in year 2013 dah. And January is already past. 
My cutie bambam Iman Syuhada is reaching her 1 year old soon. Ya Allah, how time flies.

2012 was a great year for me and my family. Tapi biasalah gelora kehidupan ni is everywhere kan. Sometimes we are happy macam rasa donia ni kita yang punya and sometimes we are not sampai rasa nak terjun bangunan je.

Alhamdulillah, Allah had planned so much of good things for me. I managed to get a permanent position in my current work just a month before I deliver Iman Syudaha. And guess what, with that position my delivery cost in Gleagles Hospital is fully covered by my company! Tula, orang cakap rezeki anak. InsyaALLAH ada di mana-mana. Alhamdulillah, the cost which they covered memang beyond my expectation la kan. 

After my confinement holiday, i received a letter to informed that my probation period will be extended another 2 months. They do not say why, but i just would not care less. Janji gaji masuk everymonth. On my very first day to the office, i was assigned a new project to be completed within a week. Phew! sedikit stress di sini :)

Then, I had to sit for an exam and an interview before my status of probation for permanent position ended. So, Alhamdulillah i managed to passed the exam (HR tu baik sangat, siap bagi liquid paper) and the interview. 

Allah memang tak putus-putus bagi rezeki kepada kita, kita yang tak pernah bersyukur. Guess what! I received an increment letter in Dec and increment dia memang walah! Syukur sangat sangat. I never thought of receiving any increment as i just got permanent. Everyone is so happy on that day. Sebab rupanya mmg dah lama tak ada pelarasan gaji dan kenaikan gaji sebanyak ini. Lucky me, sebab sempat jadi parmenent before the board meeting!

2013 pun tak kurang hebatnya! 
I received my bonus in Jan! Alhamdulillah sangat sangat. Although other staffs received it during Dec 2012, but if rezeki kita tak kemana kan? Allah has His plan. Infact, a good one.

So Allhamdulillah, thank you Allah with all His blessed. InsyaALLAH i pray that 2013 will be another good year for me, for my family and for all of us. 
I believed Allah has a good plan for all His servant.  

Thursday, January 10, 2013

Assalammualaikum

Wow! Canggey my phone now..can update blog..hahaha jakun kejap