Friday, February 24, 2012

Hari 1 - Adeena Fatihah Di Hospital

Rabu 22 Feb
Adeena Fatihah sudah pun mula demam from hari sabtu lagi. Tapi demamnya biasa-biasa aja. Suhu naik, bagi paracetamol turun balik. Begitulah, beberapa hari.
Tapi start on 22 Feb, bangun pagi nak tukarkan nappy sebelum ke nursery nappy adeena ade sedikit cirit. Oh kasihan anak mama tido dengan cirit, mama tak perasan pun. Selesai tukar, sedang kemas-kemas beg untuk ke office. Adeena datang dekat dan cakap "Mama, Yayak!" Sekali lagi menukar nappy tanpa merasan apa-apa yang pelik. Jam 730 Adeena sampai ke nursery.

Jam 820, nursery sms & call cakap adeena cirit birit dah 2 kali habis tembus seluar dengan baju. Bergegas mintak izin dari boss untuk pulang, melihat buah hati. Alhamdulillah, boss memahami. Terus berjalan laju ke LRT dan inform suhaib perkara berlaku.

Sebagai ibu bapa yang first timer anaknya meragam, kami jadi panic! Perlu ke hospital or hanya ke clinic biasa? Setelah sependapat untuk ke hospital, pertanyaan seterusnya adalah ke hospital mana?
Kami mengambil keputusan ke Ampang Puteri. Setelah dia periksa oleh MO, Adeena Fatihah di tahan wad. Agak lama juga kami berada di bahagian emergency menunggu katil kosong. Berjam jam lamanya!

No comments: