Monday, November 19, 2012

Save Palestine

Oh Allah
Lindungilah dan peliharalah rakan se-Agama ku di Palestine
Bantulah mereka 
Selamatkanlah mereka
Tabahkan hati mereka
Kuatkan mereka

Oh Allah
Hancurkanlah kaum Israel yang membunuh rakan se-Agamaku
Laknatilah mereka
Zalimilah meraka
Lemahkan mereka
Wujudkanlah belas kasihan dalam hati mereka

Oh Allah
Aku jauh di sini
Tak mampu berjuang di sana
Hanya doa mampu dipinta

Oh Allah
Hanya padamu aku memohon
Sesungguhnya aku pasti 
Sepasti pastinya
Hanya dengan izinmu semua ini akan berakhir


- Yam
Lunch break 19112012

Monday, November 12, 2012

Dalam tak sedar

Assalammualaikum,

MasyaALLAH, dalam tak sedar dah lebih 4 bulan dah saya selamat melahirkan puteri kedua kami. Genap puteri 7 hari, nama Iman Syuhada menjadi pilihan mama and abah.

Tiada apa yang paling gembira buat mama selain melihat anak-anak mama membesar dengan sihat.Mama doakan semoga anak anak mama dapat menjadi insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Ya ALLAH, kau periharalah kami sekeluarga dari segala apa jenis kecelakaan. 

Monday, October 22, 2012

Overload

oh oh oh work-life-balance di manakah kamu?

Lovely Family
Office Work
House Chores 
Master Degree

Itulah, kamu uwa, kan mak udah pesan... :) (rindu mak pulak tetiba)
Oh Allah, please help me.
 "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." 

Tuesday, October 02, 2012

Zebra


I love to draw, but unfortunately saya tak ada bakat. But, what ever it is, drawing always make me happy :)

Kikis

Karat yang tebal ku kikis
Ku kikis hingga terhakis
Entah dimana harus ku tepis
Supaya tiada lagi yang mengikis

Hati gundah sudah ku kikis
Mata berputar sukar ditepis
Entah, kenapa naluri itu sering ku tepis
Menyebab hati sendiri yang menagis


Oh Allah, kuatkan semangatku untuk meneruskan hariku. 
Urusan kerjaku yang semakin memberat, lapangkan lah dada ku 

Sunday, August 05, 2012

Ipad 3 - i love u

Yes! I love u ... Not you mr-apple but my lovely Mr Su ... Thank you so much for the unexpected gift.
Nampak gayanya saya kena bersalin setiap tahunla, boleh dapat hadiah best best :)

Sunday, July 01, 2012

28062012 Assalammualaikum

Alhamdulillah
Pada petang Khamis 28 Jun 2012 jam 4:40 ptg
Saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.98kg di Hospital Gleneagles KL
Syukur, walaupun ada sedikit komplikasi namun semuanya selamat. 

Alhamdulillah sekali lagi atas segala rencana yang di tulis oleh yang maha Esa kepada saya. Semoga saya dan suami dapat memikul amanah yang telah di kurniakan oleh-Nya dengan baik. Amin

Sunday, June 17, 2012

Current Addiction

 Berlanjutan daripada post ini
Tadaa.. hasilnye biasa-biasa saje, tapi puas hati la jugak sbb jahit sendiri walaupun main hentam saje. huhuhuhuh 

Monday, June 11, 2012

36 weeks of pregnancy

Alhamdulillah
Dah 36 minggu dah. And saya boleh deliver bila-bila masa saja dari saat ini :) Jom tgok my current condition ye kawan-kawan

1. Berat badan saya naik terlalu banyak! Ada dalam 20kg dari berat asal saya. Tapi Alhamdulillah, kalini MGTT test clean. Hemoglobin pun ok.
2. Masih Alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan untuk pegi balik ke office menaiki LRT. Orang sekeliling pun semakin alert untuk memberikan seat untuk saya. Walaupun masih ada yang kurang prihatin,saya berdiri juga lah.  
3. Perut selalu mengeras! Aktiviti mengeras ni makin kerap bila dah hujung-hujung ni. Jadi apabila sedang bersenang lenang duduk tengok televisyen dan kemudian nak bangun pergi toilet,  masyaALLAH tuhan saja yang tahu betapa susahnya.. Rase kalau boleh lepas duduk nak mengesot je (rumah saya tak ada sofa ye kawa-kawan :))
4. Masalah utama sepanjang pregnancy kali adalah kaki saya! Entah tak tahu mengapa, pregnant this time semua urat sakit. Seluruh badan rasa sakit dari awal dulu sampai la sekarang ni. Dari peha sampai ke hujung jari kaki.. Stretch mark pun penuh sampai ke betis.. Entah macam mana i nak pakai skirt pendek nanti? :p 
5. Umpama nak menagis kalau perlu bangun malam untuk buatkan susu Adeena. Sebab kalau nak gerak dari katil tu, rasanya macam nak patah semua tulang! Terpaut paut pada baby cot dia. Ni memang serious sakit nak ubah posisi pun sakit sangat! Hurmm tak reti nak describe la 
6. Telah mula solat duduk, dari duduk antara 2 sujud untuk bangun berdiri adalah sangat sukar untuk saya.

Oklah itu aje kot.
Harap semua doakan saya dapat bersalin dengan mudah selamat mak dan anak. Doakan juga supaya lecturer subject network programming saya memberi kelonggaran untuk saya ambil exam awal..
Ya ALLAH permudahkan segalanya untuk hambamu ini 

Friday, June 01, 2012

040512 Special Gift From Me




A special gift from me to myself for my XX birthday. Setelah bertahun tahun bermimpi dan mengigau berkehendakan mesin ini.Setelah mencanang ke sana ke sini keperluan mesin ini.Alhamdulillah, i managed to have this sewing machine myself using my incomtax's claim! Penat i bodek Mr Su tak dapat ..huhuhuhu 
So, pemilik mesin brother kini kembang hidung tak kuncup kuncup kerana berjaya membuat handphone cover and bedung baby dengan jayanya.
Next trial will be telekung si anak dara :)


06052012 The Celebration

As usual, "try new food" as our "tema ulang tahun" sejak dulu kini dan selamanya. This year we tried out Arab food at Hadramawt, KL.
Thank to beloved husband for the treats :)


Walaupun Mr Su dah pernah try this restaurant, but i never did. Jadi tema ulang tahun kami masih boleh di guna pakai. Hahahaha
Thank to Allah swt for a blessed family i had.
Alhamdulillah


Friday, April 20, 2012

Mentaliti Rakyat Negara kita

Assalammualaikum.
Alhamdulillah, kandungan saya telah pun mencapai 29 weeks. And Alhamdulillah, both baby and mama sihat sejahtera.

Entry kalini bukan ape, just nak komen pasal mentality sesetengah pengguna LRT. Perut saya ni adalah sangat besar and insyaALLAH kalau orang itu tahu bangaimana rupa wanita mengandung, surely dia tahu yang saya ni mengandung.
Saya memang berulang-alik ke pejabat menaiki LRT, nasib baik 3 stesen saja. Dalam 5-7 min saja dalam LRT tu. Tapi nak dijadikan cerita, sepanjang saya mengandung ni boleh dikira dengan jari berapa kali saya di berikan duduk.
Macam-macam style orang yang mengelak dari nak kasi golongan special ni duduk. Main-main handphone sampai tak pandang kiri kanan. handphone pun rapat ke muka macam dah nak masuk dalam mata. hahahahha
Yang buat2 tidonya..yang buat muka tak berperasaan pun ramaiiiiiii...

Hurm.. takpelah, nak buat macam mana kan. Dah hak korang dapat duduk awal. Namun pada yang alert kepada golongan istimewa ni.. Terima kasih!! Kadang, seat yang jauh yang offer dari orang yang tgh duduk depan mata aku ni ha.

Peace yo!

Monday, April 16, 2012

My Second Pregnancy

Alhamdulillah
It was confirmed about last month after my monthly menstrual delay for almost 2 weeks. Yes! I am on my 13 weeks of my pregnancy.
1st trimester is supposedly over but, i still having the
minor syndrome of the morning sickness.


This is great! I just publish this post when I was already 28 weeks!
If not, this post will be forever in draft..

InsyaALLAH more updates will be published soon :)

Tuesday, April 03, 2012

Hari 2 & 3 Di hospital

23&24 Feb --- dah basi!

Setelah berjam jam kami menunggu untuk wad kosong. akhirnya Alhamdulillah.
Oklah potong cerita panjang jadi pendek. Adeena dah pun sihat seperti biasa. Alhamdulillah.

Friday, February 24, 2012

Hari 1 - Adeena Fatihah Di Hospital

Rabu 22 Feb
Adeena Fatihah sudah pun mula demam from hari sabtu lagi. Tapi demamnya biasa-biasa aja. Suhu naik, bagi paracetamol turun balik. Begitulah, beberapa hari.
Tapi start on 22 Feb, bangun pagi nak tukarkan nappy sebelum ke nursery nappy adeena ade sedikit cirit. Oh kasihan anak mama tido dengan cirit, mama tak perasan pun. Selesai tukar, sedang kemas-kemas beg untuk ke office. Adeena datang dekat dan cakap "Mama, Yayak!" Sekali lagi menukar nappy tanpa merasan apa-apa yang pelik. Jam 730 Adeena sampai ke nursery.

Jam 820, nursery sms & call cakap adeena cirit birit dah 2 kali habis tembus seluar dengan baju. Bergegas mintak izin dari boss untuk pulang, melihat buah hati. Alhamdulillah, boss memahami. Terus berjalan laju ke LRT dan inform suhaib perkara berlaku.

Sebagai ibu bapa yang first timer anaknya meragam, kami jadi panic! Perlu ke hospital or hanya ke clinic biasa? Setelah sependapat untuk ke hospital, pertanyaan seterusnya adalah ke hospital mana?
Kami mengambil keputusan ke Ampang Puteri. Setelah dia periksa oleh MO, Adeena Fatihah di tahan wad. Agak lama juga kami berada di bahagian emergency menunggu katil kosong. Berjam jam lamanya!

Sunday, February 12, 2012

1st Picnic

We had our first family picnic at Taman Botani, Putrajaya. As Suhaib is planning to do a photo shoot for adeena 2nd Birthday we decided to choose a Tasik scenery.
But, unfortunately tasiknya biasa-biasa saja, or maybe i just too tired to walk to the other side of the Taman.
So, we choose a port that near to the air Tasik, tapi tak perasan kat belakang adalah port pembuangan sampah!! hahahahaha





Thursday, February 09, 2012

030212 Adeena Fatihah 2 Tahun

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah puteri kesayangan kami ni. Syukur Alhamdulilaah, macam-macam pe'el dah anak saya ni.

Tahun ni, calebration birthday Adeena buat sekali dengan Pak Yed, sbb dorang kongsi tarikh lahir yang sama. So, potong kek sama-sama :) sedap keknya, red velvet lembut sangat! Yummeh..
Lepastu, ada hantar sedikit goodies ke kawan-kawan Adeena Fatihah dekat nursery.
Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat saya nak sedekah dekat kawan-kawan Adeena Fatihah. Sebelum ni, asyik dapat je dari kawan-kawan dia. Naik segan mama.
Ya ALLAH,
Panjangkanlah umur Adeena Fatihah
Jadikan lah dia dia Anak yang Solehah
Taat kepada perintahMu,
Taat kepada Ibu bapa
Anugerahkanlah kebijaksaan kepadanya
Supaya menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara
~Amin~