Monday, October 24, 2011

Family.Work.Study - Weekends

Percaya atau tidak, saya tak akan punyai hujung minggu selama 5 bulan.Ye! 5 bulan. That is the price that i need to pay.
Setelah setiap malam bersengkang mata menyiapkan assigment , walaupun ada masanya saya tetap tidur dengan nyenyak walaupun otak semak dengan semua tugasan-tugasan yang berlambak. I just couldn't care less. I need my rest! chey, konon.

InsyaALLAH setiap pagi saya akan menyediakan sarapan pagi sebelum bertolak ke kelas.  

Meninggalkan suami dan anak yang sedang nyenyak tidur untuk ke kelas adalah perkara yang sangat sedih yang perlu saya lalui setiap hujung minggu. Am I being selfish? Mengejar cita-cita sendiri dan membiarkan keluarga? oh Allah, please please please ampuni aku.

Pengorbanan Mr Su tersayang memang sangat mendalam demi isterinya. Dari jam 8 pagi hingga 3 petang suami tersayang yang mengambil alih tugasan saya dirumah. Dari mandikan anak, memberi anak sarapan, tidurkan anak, dan menguruskan kerja-kerja rumah.
 
Kelas berakhir jam 2 petang, lebih kurang 1 jam perjalanan dari uitm ke rumah. Hati berbunga bukan kepalang nak bertemu buah hati. Dalam kepala sudah terbayang-banyang menu yang akan di masak nanti. Ataupun, kalau ada request untuk makan Fast Food, mmg hati girang ke Drive Thru.
Hati lega tak terkata melihat suami tersayang dan anak menyambut kepulangan.Hanya siapa yang bekerluaga saja memahami perasaan ini kot ye?

Kami makan lunch bersama, walaupun selalunya agak lewat. Mula episod gelak tawa dan aksi aksi anak yang sungguh indah.

Selesai semua, process kerja rumah akan dilakukan. Basuh kain, sidai kain, sapu sampah dan lain lain lagi.

No comments: