Saturday, October 22, 2011

Family.Work. Study - Weekdays

Ini kisah saya. 
Ramai sangat orang bertanyakan kepada saya "Tak penat ke nak belajar, keje , lepas tu family lagi... anak lagi."Apa yang boleh saya jawab adalah, PENAT! ye, saya memang sangat penat!!But, i'm kinda like it.
Semenjak semester 2 bermula awal bulan September yang lepas, kehidupan saya menjadi sungguh penuh. Setiap hari ada saja tanggjawab yang perlu saya jalankan. Alhamdulillah, insyaALLAH segalanya saya lakukan dengan ikhlas.
Seperti semua, saya juga adalah pekerja makan gaji yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang 5 hari seminggu. Syukur kepada Allah, saya rasa sangat senang ketika di pejabat. Tapi biasalah, ada up and down kan. Rakan sepejabat juga semua saya senangi, tapi sama ada mereka senangi saya atau tidak wallahualam.
Rutin harian saya bermula seawal 6 pagi. Tapi kadang-kadang ada juga terlajak 630 pg. Selesai bersolat, meng-iron pakaian dan menyiapkan keperluan Adeena Fatihah saya meneruskan langkah berjalan kaki ke stesen LRT. Kalau ada kesempatan, saya akan menyediakan bekalan untuk suami dan saya.InsyaAllah, kurang pukul 8 pagi saya sudah berada di meja dan mulalah rutin harian di pejabat. 
Setelah tamat waktu pejabat, memang tak sabar untuk pulang. Selalu sangat rindukan Adeena Fatihah di pejabat. Entah apalah aktiviti dia di nurseri tu. Kalau boleh memang saya nak sangat menjadi full time house wife. Yela, siapa tak nak kan? tapi buat masa ni, keadaan tidak mengizin.

Mempunyai  suami yang agak tidak peka dengan ke-kemasan rumah adalah bonus bagi saya. Memang semenjak kelas dah bermula keadaan rumah agak tunggang langgang. Walaupun suami agak jarang membantu membuat kerja-kerja rumah, but he never complain! So, tak adalah rasa stress sbb nak mengemas. Tapi saya pulak yang rasa semak kalau rumah tunggang langgang.  Kadang-kadang rasa nak bernafas pun tak boleh. Jadi itu akan membuat saya stress!Sehabis mungkin akan cuba untuk pastikan ruang tamu kemas. Dalam bilik lain cerita, baju berbakul-bakul tak lipat pun tak apa.hahahahaha

Sampai saja di rumah, akan terus masuk ke dapur untuk keluarkan lauk lauk untuk di masak untuk makan malam. Selalunya yang mudah mudah saja.Ayam sambal, ikan kicap dan lain lain yang dalam 30 min boleh siap. Selalu akan masak lebih sedikit, supaya boleh dibawa untuk bekal ke office esok. Itu salah satu langkah saya untuk berjimat.
Saya akan pastikan dapur di kemas dahulu sebelum makan, and sinki harus kosong. Suami mithali saya akan insyaALLAH membantu membasuh pinggang mangkuk yang digunakan makan tadi dengan syarat-kena suruh. Adatlah tu, suami ni kadang-kadang tak alert kalau kita penat, jadi mereka ni perlu diberitahu. Kalau dah beritahu InsyaALLAH di buat dengan ikhlas.

Adeena Fatihah akan tidur pada jam 1030mlm and sometimes terlajak up to 11mlm. Selalunya saya akan baring sebelah dia dan pasti akan tertidur sama. Saya akan bangun semula pada jam 330pagi untuk membuat assignment. Selalunye, hari last day submission baru terhegeh-hegeh stay up sampai subuh. Semester ni ada 4 subject, setiap minggu setiap subject akan ada assignment. Jadi korang agak-agak sendiri la ye.

Jadi sekian dulu rutin harian saya pada hari bukan hujung minggu, InsyaALLAH nanti saya update pulak rutin hujung minggu saya pula



2 comments:

Teacher Yatee said...

aiyo...baca pun dh penat....hurm...

Uwa said...

Yatee,

ye memang penat! tak sabo ank cuti sem!! and habiskan benda ni.