Monday, October 24, 2011

Family.Work.Study - Weekends

Percaya atau tidak, saya tak akan punyai hujung minggu selama 5 bulan.Ye! 5 bulan. That is the price that i need to pay.
Setelah setiap malam bersengkang mata menyiapkan assigment , walaupun ada masanya saya tetap tidur dengan nyenyak walaupun otak semak dengan semua tugasan-tugasan yang berlambak. I just couldn't care less. I need my rest! chey, konon.

InsyaALLAH setiap pagi saya akan menyediakan sarapan pagi sebelum bertolak ke kelas.  

Meninggalkan suami dan anak yang sedang nyenyak tidur untuk ke kelas adalah perkara yang sangat sedih yang perlu saya lalui setiap hujung minggu. Am I being selfish? Mengejar cita-cita sendiri dan membiarkan keluarga? oh Allah, please please please ampuni aku.

Pengorbanan Mr Su tersayang memang sangat mendalam demi isterinya. Dari jam 8 pagi hingga 3 petang suami tersayang yang mengambil alih tugasan saya dirumah. Dari mandikan anak, memberi anak sarapan, tidurkan anak, dan menguruskan kerja-kerja rumah.
 
Kelas berakhir jam 2 petang, lebih kurang 1 jam perjalanan dari uitm ke rumah. Hati berbunga bukan kepalang nak bertemu buah hati. Dalam kepala sudah terbayang-banyang menu yang akan di masak nanti. Ataupun, kalau ada request untuk makan Fast Food, mmg hati girang ke Drive Thru.
Hati lega tak terkata melihat suami tersayang dan anak menyambut kepulangan.Hanya siapa yang bekerluaga saja memahami perasaan ini kot ye?

Kami makan lunch bersama, walaupun selalunya agak lewat. Mula episod gelak tawa dan aksi aksi anak yang sungguh indah.

Selesai semua, process kerja rumah akan dilakukan. Basuh kain, sidai kain, sapu sampah dan lain lain lagi.

Saturday, October 22, 2011

Family.Work. Study - Weekdays

Ini kisah saya. 
Ramai sangat orang bertanyakan kepada saya "Tak penat ke nak belajar, keje , lepas tu family lagi... anak lagi."Apa yang boleh saya jawab adalah, PENAT! ye, saya memang sangat penat!!But, i'm kinda like it.
Semenjak semester 2 bermula awal bulan September yang lepas, kehidupan saya menjadi sungguh penuh. Setiap hari ada saja tanggjawab yang perlu saya jalankan. Alhamdulillah, insyaALLAH segalanya saya lakukan dengan ikhlas.
Seperti semua, saya juga adalah pekerja makan gaji yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang 5 hari seminggu. Syukur kepada Allah, saya rasa sangat senang ketika di pejabat. Tapi biasalah, ada up and down kan. Rakan sepejabat juga semua saya senangi, tapi sama ada mereka senangi saya atau tidak wallahualam.
Rutin harian saya bermula seawal 6 pagi. Tapi kadang-kadang ada juga terlajak 630 pg. Selesai bersolat, meng-iron pakaian dan menyiapkan keperluan Adeena Fatihah saya meneruskan langkah berjalan kaki ke stesen LRT. Kalau ada kesempatan, saya akan menyediakan bekalan untuk suami dan saya.InsyaAllah, kurang pukul 8 pagi saya sudah berada di meja dan mulalah rutin harian di pejabat. 
Setelah tamat waktu pejabat, memang tak sabar untuk pulang. Selalu sangat rindukan Adeena Fatihah di pejabat. Entah apalah aktiviti dia di nurseri tu. Kalau boleh memang saya nak sangat menjadi full time house wife. Yela, siapa tak nak kan? tapi buat masa ni, keadaan tidak mengizin.

Mempunyai  suami yang agak tidak peka dengan ke-kemasan rumah adalah bonus bagi saya. Memang semenjak kelas dah bermula keadaan rumah agak tunggang langgang. Walaupun suami agak jarang membantu membuat kerja-kerja rumah, but he never complain! So, tak adalah rasa stress sbb nak mengemas. Tapi saya pulak yang rasa semak kalau rumah tunggang langgang.  Kadang-kadang rasa nak bernafas pun tak boleh. Jadi itu akan membuat saya stress!Sehabis mungkin akan cuba untuk pastikan ruang tamu kemas. Dalam bilik lain cerita, baju berbakul-bakul tak lipat pun tak apa.hahahahaha

Sampai saja di rumah, akan terus masuk ke dapur untuk keluarkan lauk lauk untuk di masak untuk makan malam. Selalunya yang mudah mudah saja.Ayam sambal, ikan kicap dan lain lain yang dalam 30 min boleh siap. Selalu akan masak lebih sedikit, supaya boleh dibawa untuk bekal ke office esok. Itu salah satu langkah saya untuk berjimat.
Saya akan pastikan dapur di kemas dahulu sebelum makan, and sinki harus kosong. Suami mithali saya akan insyaALLAH membantu membasuh pinggang mangkuk yang digunakan makan tadi dengan syarat-kena suruh. Adatlah tu, suami ni kadang-kadang tak alert kalau kita penat, jadi mereka ni perlu diberitahu. Kalau dah beritahu InsyaALLAH di buat dengan ikhlas.

Adeena Fatihah akan tidur pada jam 1030mlm and sometimes terlajak up to 11mlm. Selalunya saya akan baring sebelah dia dan pasti akan tertidur sama. Saya akan bangun semula pada jam 330pagi untuk membuat assignment. Selalunye, hari last day submission baru terhegeh-hegeh stay up sampai subuh. Semester ni ada 4 subject, setiap minggu setiap subject akan ada assignment. Jadi korang agak-agak sendiri la ye.

Jadi sekian dulu rutin harian saya pada hari bukan hujung minggu, InsyaALLAH nanti saya update pulak rutin hujung minggu saya pula



Tuesday, October 18, 2011

Ketuk-Ketuk-Sudip - Mak Yam - Resepi Ikan Bawal Kicap

Hello uolls.. Selamat datang ke rancangan Ketuk-ketuk-Sudip Mak Yam. Harini I nak share dengan uollss resepi  Ikan-Bawal-Masak-Kicap. 
Mudah saje ye uolss..
Mula mula mesti ada ikan bawal ye. Ala, tak kisah la ikan ape pun, janji ikan ye uollss. Kemudian tumiskan bawang merah ,serai , bawang putih , cili padi, cili kering sehingga garing dan naik baunye. Hati-hati ye jangan ade ketiak yang berbau... ehehehehhe.. i melawak je uolls..
Ok, dah siap tu masukkan air, kicap dan sedikit serbuk kari ye uolls. tak kirela rempah ayam ke kambing ke daging ke.. yang penting kari ok. K-A-R-I.
Lepas tu boleh la masukan ikan bawal yang sudah pun siap di goreng tadi. kacau-kacau-gaul-gaul. Tara.. dah siap untuk di makan bersama nasi panas!

Sedap! Pada tekak mak yam la.. tekak uolls i tak tahu lagi. Yela, tekak kan lain-lain. ehehehhehe
Oklah, uolls... sampai ketemu lagi dalam rancangan Ketuk-Ketuk-Sudip Mak Yam 
Daa...

Monday, October 17, 2011

Grill Chicken Sempoi

It has been long-long-long time I did not post anything related to my cooking kan?So, here is my update on my latest cooking, I roasted a chicken last night.
I marinated the chickens for 2 days! 2 days ye tuan-tuan dan puan-puan. Nasib baik teringat nak masak.
Hurmm..  sorry no photo to be shared as the roasted chickens licin dengan sekelip mata! :)

Wednesday, October 12, 2011

Rindu

Petang-petang di office yang sunyi, rindu pula pada Adeena Fatihah.
Sorry, Petang ni ibu pulang lambat sikit ye 












Wednesday, October 05, 2011

Being Late

I hate to be late,
But
I always be late
Damn!

Monday, October 03, 2011

Migraine?

Anda tahan sakit?
Saya ni bukanlah jenis yang senang sangat mengalah kalau sakit. Kalau takat sakit sikit-sikit tu tahan ajelah. And lebih suka meneruskan kerja kerja lain, supaya terlupa akan sakit itu.

Seingat saya, memang sejak kecil saya macam ni. Kalau jatuh jarang menagis, mak pun confuse dengan anak dia ni. Luka beso pun, muke selambe. Mak tanya, sakit ke idak? Secara automatiknya saya akan cakap Tak!
Kadang-kadang dengan berkata Tak! pun mak marah. Yela kalau dah sakit perut terbongkok-bongkok, tapi bila tanya. Tak sakit pun. Itulah saya.

Oh, saya adelah pesakit gastrik. Tapi takdelah major sangat pun. Penah sekali, satu malam tidur duduk kerana sakit kalau tidur baring. Tapi saya anggap itu seperti biasa, layankan saja.Sehingga akak saya merepot ke mak saya. Lantas mak marah dan membawa saya ke clinic. Pada saya, tak pegi clinic pun, sakit tu akan hilang kan?

Saya memang sangat tak suka sakit terlantar baring, pada saya semuanye psychology. Kalau tak layan sangat sakit tu, nanti lupa dah sakit tu.

Tapi malam tadi, saya merasakan sakit sepala yang amat sangat!!Menyebabkan saya terpaksa tidur dengan menelan panadol. Oh, mungkinkah itu migraine?! Tidak, tidak tidak.. Tapi Alhamdulillah, pagi ni bagun kembali sihat!

Terima Kasih ALLAH!

Kuching Trip Day 02

02 day was fun and tiring. - sorry, no pics. later i update ye

We woke up early and started our plan at 830 am. Finding a place for breakfast is quite challenging as i did not do research on good restaurant in Kuching. But, Alhamdullilah. On the way to the Cultural Village, i saw one of the famous restaurant that has been publish in many blogs di tepi flyover. So, there you go! We had good food here! A lot of variety, almost everything you can get it here.

The most famous meal at Kopi O Corner is their Roti Sardin Mayonis! Seriously, yUmmeHH!
Then, We straightly headed to Cultural Village with a full stomach. It takes about 30 minutes from Kuching to reach the Cultural Village. So far, we don't have any problems finding roads in Kuching as we are depending on the Papago GPS. You can find all the famous landmarks. No way can get sesat. Don't worry ye.

Cultural Village is ok, but the entrance fees is extra-extra-extra expensive. Tapi dah sampai sana, tak kan tak pegi pulak kan. So, we spend about half day memanjat setiap rumah suku-kaum di situ.

We had our lunch at the SCR Singapore Chiken Rice. The food is so-so aje, macam chicken rice shop la lebih kurang.

We were penat gile! Balik hotel tido!

Oh ya! we had a good dinner at Aneem's house. The home-made-cook dishes are awesome!! sedap-sangat-sampai-menjilat-pinggan . The foods are good, the people is nice hurmm it is perfecto la boleh cakap. We really had a good time.
Thanks to Aneem and family yang menghidangkan makanan tradisi Sarawak yang sangat sedap! Ade durian lagi.
Woha!
Kami pun pulang ke Hotel dengan kekenyangan.
End day 02