Friday, August 19, 2011

Solat fardu Jumaat

Harini hari Jumaat, jadi lunch break adalah agak pajang. Saya mengambil kesempatan ini untuk pergi menukar wang baru di bank dan ke Ampang Park bersiar siar melenguhkan kaki.

Adalah amat terkejut kerana kelihat lelaki yang agak tua bermuka melayu sedang memilih baju melayu sedangkan ketika itu adalah waktu solat jumaat. Saya melihat jam, baru pukul 1:30 petang. Solat jumaat masih belum habis lagi. Saya berjalan lagi, kelihatan sepasang kekasih juga sedang sibok memilih baju raya. Semakin saya perhatikan sekeliling semakin ramai umat lelaki Islam yang saya ketemui.

Ahh! Lantak la, mungkin depa tu musafir..(sedapkan hati).

Saya meneruskan perjalanan pulang ke Office, dan tiba tiba saya mengucap panjang...
ALHAMDULILLLAH...penuh sepenuh penuhnya!! Masjid Tabung Haji mmg cramp! penuh sampai ke luar luar! celah celah kereta pun ada yang berSolat. Syukur Alhamdulillah, masih ramai lagi umat Islam yang menjalankan tanggungjawabnya. Ingat nak snap gambar tadi, tapi segan pulak. hahahahaha.

Ok sekian, saya pula nak solat Zohor :)

No comments: