Friday, February 11, 2011

Lalu Lintas

Adakah jalan di Malaysia ni dah tak cukup panjang untuk menampung bilangan keretanya? Atau pun mungkin, kesilapan configuration traffic light?
Entahla, saya pun tak tahu.
Jarak rumah ke pejabat dalam 10km namun mengambil masa lebih dari 30min untuk sampai ke destinasi. Dengan kereta yang berderet-deret di hadapan. Cubaan memerbahaya dari mereka yang suka mencilok ke kire dan kanan. Bunyi hon motosikal yang tak henti-henti dari 1 km di belakang. Dan macam-macam lagi karenah pengguna jalan raya.

Alhamdulillah, saya masih lagi mampu bersabar. Entah, kesesakan jalan raya ini jarang betul-betul menimbulkan kemarahan dalam diri. Tapi kadang-kadang, ada juga la yang mengamok sendiri dalam kereta. hehehehe

Had kelajuan di lebuh raya Malaysia adalah 110km/j. Tapi tak pasti la kenapa ramai sangat yang berlumba lumba bawak laju lebih dari had tu. Tak payah jauh-jauh. Orang terdekat dengan saya pun ramai. :p . Saya pun tak dinafikan pernah juga terlebih sampai ke 120km/j tapi cepat-cepat kembali ke 110km/j sbab rasa kereta dah melayang-layang.

Pernah tak korang terfikir kenapa 110?

Bagi menetapkan had laju di jalan raya atau lebuh raya tersebut, kerajaan menggunakan Peraturan 85 Peratus, iaitu had laju maksimum ditetapkan pada 85% daripada had laju rekabentuk, misalnya Lebuhraya Utara Selatan direkabentuk dengan had laju rekabentuk 130km/j tetapi had laju maksimum yang dibenarkan ialah 110 km/j. Punca utama penggunaan Peraturan 85 Peratus ini adalah kerana taburan tertinggi kenderaan yang selamat dipandu ialah pada 85% daripada had laju rekabentuk tersebut. Kebanyakan negara menggunakan Peraturan 85 Peratus bagi menetapkan had laju termasuklah Malaysia.Memandu kereta laju-laju tak kira siapa, lelaki perempuan tua muda ade lesen tak ada lesen pakai kupiah tak pakai kupiah hurmm semua la.

Memang tak ada ayat Al- Quran tulis had laju 110km/j, tapi cuba renungkan hadith ni :

“Tidak boleh memudaratkan diri dan mencetuskan mudarat kepada orang lain” [Hadith dari Abu Sa'id al-Khudri, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lain-lainnya]

Oklah, selamat memandu dan selamat beramal. Hanya untuk ingat kita bersama
Khas buat suami tersayang, pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang, especially me!

2 comments:

Teacher Yatee said...

wah...bgusla post ko ni...tp kn aku g keje plg laju pun leh 70 (jln bese) n 50 (jln tak tar). Sebab musabab nye jln kt cni xla cantik cm highway kita. penuh lubang yg dlm n beso sb jln utama bg lori2 beso...so bla drive kt jln yg cntik sket (e.g. gi airport), br cecah 110 aku dh rase semacam je....bgus gak training bwk slow ni.tp ape2hal pun mesti kene ingat org yg tersayang. tak gitu puan mariam???

uwa said...

Yatee,
tula pasal. Bawak lelaju kadang-kadang tak selamat kan?
Kita dah jarang drive jejauh sekarang ni, Suhaib je yang drive jadi dah xdela menyepit sangat hahahha