Monday, February 07, 2011

030211 Adeena Fatihah Setahun


Alhamdulillah,
Bersyukur kepada Allah, puteri saya telah pun genap setahun pada 03/02/11.Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Hilang sakit bersalin bila melihat anak sendiri membesar di depan mata. Ramai tanya bila adik Adeena Fatihah nak keluar ni. Hehehehehe. Sabar ye semua :p

Semoga Adeena Fatihah jadi seorang anak yang solehah, bijak pandai untuk agama bangsa dan negara.
Majlis sambutan diadakan serba ringkas. Tapi ada dua majlis :) Satu bersama family, satu lagi bersama orang kampung(ahli surau).
Seronok bila ramai berkumpul di kampung.Riuh rendah jadinye. Macam-macam ragam. Ade yang jadi superman terjun tangga hahahaha.
Berbalik kepada cerita asal, birthday cake Adeena fully sponsored by Opah tersayang dan Wan Teh anggun :) Mr Su and Me belanja kfc untuk malam tu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Atok tersayang, semoga Adeena Fatihah panjang umur dimurahkan rezeki, di anugerahkan bijak pandai. Malamni, Atok tak berapa sihat. Demam panas, tapi demi cucunya dia gagagkan juga meraikan bersama-sama. Saya sangat terharu! Selepas selesai, Atok terus masuk kebilik dan kembali berselimut. Semoga Allah anugerahkan kesihatan dan panjangkan umur Abah. Amin.
Kemudian sesi potong kek pula.Sorry tak ada gambar, sbb masa ni tak bawa camera. Jadi hanya bergantung kepada camera photographer import kami upload nanti.
Setiap birthday party kat rumah ni, sure berbackgroundkan dinding ni. Sangat nostalgic. Dah berbelas dah cucu haji yazid berposing birthday kat sini. Alhamdulillah, Adeena Fatihah pun sempat :)
Kemudian sesi membuka hadiah. Jangan tak tahu, banyak hadiah minah ni dapat! Terima kasih kepada semua. Kotak bersusun lebih tinggi dari empunya diri. Eh, lebih tinggi juga dari emaknya? hahahahaha
Gembiranya Adeena Fatihah, sampai tutup tutup mata.
Last sekali, adelah aktiviti mengetest semua hadiah! Rambang mata Adeena Fatihah nak main.

Oklah, sekian cerita Birthday Gurl buat kali ini. Eh, lagi satu majlis belum cerita lagi. Lain kali bila mommy uwa ada masa i story ye.

2 comments:

Yanie said...

Kejap nye masa berlalu..dah setahun dah adeena..hehe..hepi befday comel..semoga membesar dgn sihat & bijak :)

uwa said...

Yanie,
tula. kejap je kan..
Amin..
Yanie ni bile pulak