Thursday, December 22, 2011

Hello

Hello

Fuh..Fuhh.. fuhh..
It has been almost a month i left this page.
But some how, kerinduan menulis blog membuak-buak!!

Alhamdulilah, syukur atas pemberian-Nya
Limpahan rezeki yang tak pernah putus-putus.
Semoga aku tak alpa.

Btw, new year just round the corner. How is your last year resolution? Mine, almost give-up! Lets scratching our new resolution.

Thursday, November 24, 2011

Running Out Of Time

Rabbi yassir wala tu'assir


Ya ALLAH permudahkanlah segalanya untuk diriku.
Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu yang terbaik untuk diriku.

Monday, October 24, 2011

Family.Work.Study - Weekends

Percaya atau tidak, saya tak akan punyai hujung minggu selama 5 bulan.Ye! 5 bulan. That is the price that i need to pay.
Setelah setiap malam bersengkang mata menyiapkan assigment , walaupun ada masanya saya tetap tidur dengan nyenyak walaupun otak semak dengan semua tugasan-tugasan yang berlambak. I just couldn't care less. I need my rest! chey, konon.

InsyaALLAH setiap pagi saya akan menyediakan sarapan pagi sebelum bertolak ke kelas.  

Meninggalkan suami dan anak yang sedang nyenyak tidur untuk ke kelas adalah perkara yang sangat sedih yang perlu saya lalui setiap hujung minggu. Am I being selfish? Mengejar cita-cita sendiri dan membiarkan keluarga? oh Allah, please please please ampuni aku.

Pengorbanan Mr Su tersayang memang sangat mendalam demi isterinya. Dari jam 8 pagi hingga 3 petang suami tersayang yang mengambil alih tugasan saya dirumah. Dari mandikan anak, memberi anak sarapan, tidurkan anak, dan menguruskan kerja-kerja rumah.
 
Kelas berakhir jam 2 petang, lebih kurang 1 jam perjalanan dari uitm ke rumah. Hati berbunga bukan kepalang nak bertemu buah hati. Dalam kepala sudah terbayang-banyang menu yang akan di masak nanti. Ataupun, kalau ada request untuk makan Fast Food, mmg hati girang ke Drive Thru.
Hati lega tak terkata melihat suami tersayang dan anak menyambut kepulangan.Hanya siapa yang bekerluaga saja memahami perasaan ini kot ye?

Kami makan lunch bersama, walaupun selalunya agak lewat. Mula episod gelak tawa dan aksi aksi anak yang sungguh indah.

Selesai semua, process kerja rumah akan dilakukan. Basuh kain, sidai kain, sapu sampah dan lain lain lagi.

Saturday, October 22, 2011

Family.Work. Study - Weekdays

Ini kisah saya. 
Ramai sangat orang bertanyakan kepada saya "Tak penat ke nak belajar, keje , lepas tu family lagi... anak lagi."Apa yang boleh saya jawab adalah, PENAT! ye, saya memang sangat penat!!But, i'm kinda like it.
Semenjak semester 2 bermula awal bulan September yang lepas, kehidupan saya menjadi sungguh penuh. Setiap hari ada saja tanggjawab yang perlu saya jalankan. Alhamdulillah, insyaALLAH segalanya saya lakukan dengan ikhlas.
Seperti semua, saya juga adalah pekerja makan gaji yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang 5 hari seminggu. Syukur kepada Allah, saya rasa sangat senang ketika di pejabat. Tapi biasalah, ada up and down kan. Rakan sepejabat juga semua saya senangi, tapi sama ada mereka senangi saya atau tidak wallahualam.
Rutin harian saya bermula seawal 6 pagi. Tapi kadang-kadang ada juga terlajak 630 pg. Selesai bersolat, meng-iron pakaian dan menyiapkan keperluan Adeena Fatihah saya meneruskan langkah berjalan kaki ke stesen LRT. Kalau ada kesempatan, saya akan menyediakan bekalan untuk suami dan saya.InsyaAllah, kurang pukul 8 pagi saya sudah berada di meja dan mulalah rutin harian di pejabat. 
Setelah tamat waktu pejabat, memang tak sabar untuk pulang. Selalu sangat rindukan Adeena Fatihah di pejabat. Entah apalah aktiviti dia di nurseri tu. Kalau boleh memang saya nak sangat menjadi full time house wife. Yela, siapa tak nak kan? tapi buat masa ni, keadaan tidak mengizin.

Mempunyai  suami yang agak tidak peka dengan ke-kemasan rumah adalah bonus bagi saya. Memang semenjak kelas dah bermula keadaan rumah agak tunggang langgang. Walaupun suami agak jarang membantu membuat kerja-kerja rumah, but he never complain! So, tak adalah rasa stress sbb nak mengemas. Tapi saya pulak yang rasa semak kalau rumah tunggang langgang.  Kadang-kadang rasa nak bernafas pun tak boleh. Jadi itu akan membuat saya stress!Sehabis mungkin akan cuba untuk pastikan ruang tamu kemas. Dalam bilik lain cerita, baju berbakul-bakul tak lipat pun tak apa.hahahahaha

Sampai saja di rumah, akan terus masuk ke dapur untuk keluarkan lauk lauk untuk di masak untuk makan malam. Selalunya yang mudah mudah saja.Ayam sambal, ikan kicap dan lain lain yang dalam 30 min boleh siap. Selalu akan masak lebih sedikit, supaya boleh dibawa untuk bekal ke office esok. Itu salah satu langkah saya untuk berjimat.
Saya akan pastikan dapur di kemas dahulu sebelum makan, and sinki harus kosong. Suami mithali saya akan insyaALLAH membantu membasuh pinggang mangkuk yang digunakan makan tadi dengan syarat-kena suruh. Adatlah tu, suami ni kadang-kadang tak alert kalau kita penat, jadi mereka ni perlu diberitahu. Kalau dah beritahu InsyaALLAH di buat dengan ikhlas.

Adeena Fatihah akan tidur pada jam 1030mlm and sometimes terlajak up to 11mlm. Selalunya saya akan baring sebelah dia dan pasti akan tertidur sama. Saya akan bangun semula pada jam 330pagi untuk membuat assignment. Selalunye, hari last day submission baru terhegeh-hegeh stay up sampai subuh. Semester ni ada 4 subject, setiap minggu setiap subject akan ada assignment. Jadi korang agak-agak sendiri la ye.

Jadi sekian dulu rutin harian saya pada hari bukan hujung minggu, InsyaALLAH nanti saya update pulak rutin hujung minggu saya pula



Tuesday, October 18, 2011

Ketuk-Ketuk-Sudip - Mak Yam - Resepi Ikan Bawal Kicap

Hello uolls.. Selamat datang ke rancangan Ketuk-ketuk-Sudip Mak Yam. Harini I nak share dengan uollss resepi  Ikan-Bawal-Masak-Kicap. 
Mudah saje ye uolss..
Mula mula mesti ada ikan bawal ye. Ala, tak kisah la ikan ape pun, janji ikan ye uollss. Kemudian tumiskan bawang merah ,serai , bawang putih , cili padi, cili kering sehingga garing dan naik baunye. Hati-hati ye jangan ade ketiak yang berbau... ehehehehhe.. i melawak je uolls..
Ok, dah siap tu masukkan air, kicap dan sedikit serbuk kari ye uolls. tak kirela rempah ayam ke kambing ke daging ke.. yang penting kari ok. K-A-R-I.
Lepas tu boleh la masukan ikan bawal yang sudah pun siap di goreng tadi. kacau-kacau-gaul-gaul. Tara.. dah siap untuk di makan bersama nasi panas!

Sedap! Pada tekak mak yam la.. tekak uolls i tak tahu lagi. Yela, tekak kan lain-lain. ehehehhehe
Oklah, uolls... sampai ketemu lagi dalam rancangan Ketuk-Ketuk-Sudip Mak Yam 
Daa...

Monday, October 17, 2011

Grill Chicken Sempoi

It has been long-long-long time I did not post anything related to my cooking kan?So, here is my update on my latest cooking, I roasted a chicken last night.
I marinated the chickens for 2 days! 2 days ye tuan-tuan dan puan-puan. Nasib baik teringat nak masak.
Hurmm..  sorry no photo to be shared as the roasted chickens licin dengan sekelip mata! :)

Wednesday, October 12, 2011

Rindu

Petang-petang di office yang sunyi, rindu pula pada Adeena Fatihah.
Sorry, Petang ni ibu pulang lambat sikit ye 












Wednesday, October 05, 2011

Being Late

I hate to be late,
But
I always be late
Damn!

Monday, October 03, 2011

Migraine?

Anda tahan sakit?
Saya ni bukanlah jenis yang senang sangat mengalah kalau sakit. Kalau takat sakit sikit-sikit tu tahan ajelah. And lebih suka meneruskan kerja kerja lain, supaya terlupa akan sakit itu.

Seingat saya, memang sejak kecil saya macam ni. Kalau jatuh jarang menagis, mak pun confuse dengan anak dia ni. Luka beso pun, muke selambe. Mak tanya, sakit ke idak? Secara automatiknya saya akan cakap Tak!
Kadang-kadang dengan berkata Tak! pun mak marah. Yela kalau dah sakit perut terbongkok-bongkok, tapi bila tanya. Tak sakit pun. Itulah saya.

Oh, saya adelah pesakit gastrik. Tapi takdelah major sangat pun. Penah sekali, satu malam tidur duduk kerana sakit kalau tidur baring. Tapi saya anggap itu seperti biasa, layankan saja.Sehingga akak saya merepot ke mak saya. Lantas mak marah dan membawa saya ke clinic. Pada saya, tak pegi clinic pun, sakit tu akan hilang kan?

Saya memang sangat tak suka sakit terlantar baring, pada saya semuanye psychology. Kalau tak layan sangat sakit tu, nanti lupa dah sakit tu.

Tapi malam tadi, saya merasakan sakit sepala yang amat sangat!!Menyebabkan saya terpaksa tidur dengan menelan panadol. Oh, mungkinkah itu migraine?! Tidak, tidak tidak.. Tapi Alhamdulillah, pagi ni bagun kembali sihat!

Terima Kasih ALLAH!

Kuching Trip Day 02

02 day was fun and tiring. - sorry, no pics. later i update ye

We woke up early and started our plan at 830 am. Finding a place for breakfast is quite challenging as i did not do research on good restaurant in Kuching. But, Alhamdullilah. On the way to the Cultural Village, i saw one of the famous restaurant that has been publish in many blogs di tepi flyover. So, there you go! We had good food here! A lot of variety, almost everything you can get it here.

The most famous meal at Kopi O Corner is their Roti Sardin Mayonis! Seriously, yUmmeHH!
Then, We straightly headed to Cultural Village with a full stomach. It takes about 30 minutes from Kuching to reach the Cultural Village. So far, we don't have any problems finding roads in Kuching as we are depending on the Papago GPS. You can find all the famous landmarks. No way can get sesat. Don't worry ye.

Cultural Village is ok, but the entrance fees is extra-extra-extra expensive. Tapi dah sampai sana, tak kan tak pegi pulak kan. So, we spend about half day memanjat setiap rumah suku-kaum di situ.

We had our lunch at the SCR Singapore Chiken Rice. The food is so-so aje, macam chicken rice shop la lebih kurang.

We were penat gile! Balik hotel tido!

Oh ya! we had a good dinner at Aneem's house. The home-made-cook dishes are awesome!! sedap-sangat-sampai-menjilat-pinggan . The foods are good, the people is nice hurmm it is perfecto la boleh cakap. We really had a good time.
Thanks to Aneem and family yang menghidangkan makanan tradisi Sarawak yang sangat sedap! Ade durian lagi.
Woha!
Kami pun pulang ke Hotel dengan kekenyangan.
End day 02

Friday, September 30, 2011

KuchingTrip Day 01

Hello,
As promised before, here i update on my Kuching trip. InsyaALLAH it will be one post for each day. Haiih, why suddenly you are bersemangat waja nak update blog ni?

Departure from LCCT at plus minus 11++am, and we reached Kuching at almost 2 if i am not mistaken.


Nothing much we do at the first day, ronda-ronda waterfront sekejap and we tasted Mee Kolok at the first time, Nice! the perfect word. It taste like a Chinese dim sum mee, my fav!!


Naik sampan menyeberangi Sungai Sarawak sangat best. Flash back on my experience naik bot with Opah masa kecil dulu.

Wednesday, September 28, 2011

Yes! I am lucky

Hi guys. I had a good free-lunch today. One of the vendor invited us to their Hari-Raya-Open-House. The food was good and the environment is nice. I like it! Well, dah makan free banyak bunyi pula kan?
The best part I wanna share with you guys is I won a lucky draw! RM100 Jusco voucher. Alhamdulillah. This is the second tiny-miny prize among other expensive prizes.

Congratulation to whom that won the LCD 40+" TV. So, lets ramai-ramai Doa for me that i could win one of the grand prize next year.
Whatever it is, thank you ALLAH for giving me this rezeki at the right time. Sudah pokai bayar duit yuran belajar.

Tuesday, September 20, 2011

5D4N Kuching Trip

We have waited one year for this trip!

with last minute preparation it goes GREAT!
Such a memorable and enjoying trip especially with my loved.

Stay tune for full update!!

Abang, please transfer our photos to your pc cepat-cepat ye. :P

Tuesday, September 13, 2011

Tuesday, September 06, 2011

Happy Birthday Abang

Officially Mr Su has turn 27 years old on 26082011

Actually there are lots of idea on my mind untuk konon konon memberi kejutan kepada suamiku sayang. Tapi saya hanya merancang, tuhan yang menentukan :)

Sementelah hari lahirnya jatuh bulan puasa, konon nak membuat hand-made-card yang cantik disertakan dengan ayat-ayat jiwang di dalamnya. Material membuat kad telah pun dibeli 2 minggu sebelum tarikh lahirnya, tapi apa kan daya... masa tidak mengizinkan. Kertas warna di usung ke sana kemari, kononya nak mencuri masa lunch di office untuk menjalankan aktiviti. Namun, kerap kali tak berjaya kerana menghadiri tazkiran ataupun saya ZzzzZZZzz dia meja pejabat. Di rumah? usah cakap, memang puteri manja tu akan berkepit saja.

Namun begitu, home-made-card simple berjaya di buat pada awal pagi birthdaynya yang hanya mengambil masa 5min. Jangan di cakap rupenye!! hodoh sangat.. Jangan di tanya ayat jiwang ape yang ditulis, hanyalah perkataan I LOVE U yang mampu dijana awal pagi tersebut.

Lagi hajat tidak menjadi atas kesalahan sendiri,
Konon nak menjadi romantik memberi kejutan dengan menge'pos' hadiah ke office pada hari lahirnya. Akibat mulut badan binasa, hahahahhahaahahaha. Entah macam mana, boleh terlepas cakap telah membeli hadiah hari jadinya sekian sekian dengan harga sekian sekian. Yela, mana taknya..boleh pulak seminggu selepas membeli hadiah tersebut boleh pulak ade warehouse sale!! lessnya kemain hingga 80 % menjadikan saya tak keruan. hahahahahaha.

Last but not least, we had our buka puasa at lookout point. Cantik pemandangan sini!
Sorry gambar blurry, sbb pakai camera HP je. Tu dia bday boy and anaknya. Wow, bibir husben i mmg seksi u :)

Oklah, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki suamiku sayang. I LOVE U.

AidilFitri 2011 - Teluk Intan


One big Happy Family. I LOVE my family soOo Much!
This is only the Pre-Raya post. So, u guys better wait for my next post :)

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Just a normal kad raya design from me after 2 years retired from photo editing. Ok tak?

Wednesday, August 24, 2011

New Topi

Assalammualaikum All,
I am so busy during this fasting month that causes me not up update here.
Truly, there are lots lots lots of things lingering in my mind that i wish i could publish it here. Do u noticed that my page is no more fancy like good old days? No more photos, just a simple black and white wordings. How i was so frustrated due to losing my phone cable!!!
Good news! Last week i was able to transfer all photos and vids from my phone to my office PC.Cool ya!
So, be happy my deary blog. :)

Damn!, office network being insane! Who is the administrator i wanna kill him!! hahahahaha.. are you guys blocking any photo uploading to the blog??

Assobirun minal Iman, later i upload my lovely Adeena Fatihah with her RM5 topi..

Friday, August 19, 2011

Solat fardu Jumaat

Harini hari Jumaat, jadi lunch break adalah agak pajang. Saya mengambil kesempatan ini untuk pergi menukar wang baru di bank dan ke Ampang Park bersiar siar melenguhkan kaki.

Adalah amat terkejut kerana kelihat lelaki yang agak tua bermuka melayu sedang memilih baju melayu sedangkan ketika itu adalah waktu solat jumaat. Saya melihat jam, baru pukul 1:30 petang. Solat jumaat masih belum habis lagi. Saya berjalan lagi, kelihatan sepasang kekasih juga sedang sibok memilih baju raya. Semakin saya perhatikan sekeliling semakin ramai umat lelaki Islam yang saya ketemui.

Ahh! Lantak la, mungkin depa tu musafir..(sedapkan hati).

Saya meneruskan perjalanan pulang ke Office, dan tiba tiba saya mengucap panjang...
ALHAMDULILLLAH...penuh sepenuh penuhnya!! Masjid Tabung Haji mmg cramp! penuh sampai ke luar luar! celah celah kereta pun ada yang berSolat. Syukur Alhamdulillah, masih ramai lagi umat Islam yang menjalankan tanggungjawabnya. Ingat nak snap gambar tadi, tapi segan pulak. hahahahaha.

Ok sekian, saya pula nak solat Zohor :)

Monday, August 08, 2011

Ramadhan SupermOomy

Assalammualaikum

how is your Ramadhan? Mine is great!:) Enjoying planning and cooking for the breaking fast each day.
So, lets come and see my new super-duper-pack schedule during Ramadhan
1. At 5am, preparing Sahur is a must! So far so good. Tak pernah miss Sahur lagi. Then continue Subuh prayer. Baca Quran sikit kalau sempat.
2. Get ready to work, iron my super-duper-lovely baju kurung super-duper-encem my husband shirt. Prepare Adeena Fatihah's nursery bag. Make sure, new towel, 3 new cloths, bottle susu, and buku!
3. At 720, i am ready to work. Kiss kiss Adeena Fatihah, opss.. not to forget to change her diapers. hehehehe.
4. After about 10minutes walking to the LRT station, 5 minutes in the train, another 10minutes walking to reach office. There you go, at750 i am in the office.
5. Almost about 6pm i reach home sweet home. Terus masuk dapur. mulakan memasak! With help of my little princess, everything need to be fast.
6. 7:30 breaking fast
7. Continue with house-wife things. Kemas bilik, lipat kain, basuh kain, kemas meja, basuh pinggan dll.
8. Phew!!! lebih kurang pukul 11 mmg sangat penat dan tido!

Esok mula balik la cycle yang sama.. BertabahlaH... sesunguhnya Allah menjadikan sesorang itu insan yang tabah :)

Wednesday, August 03, 2011

Salam Ramadhan 2011

Happy Ramadhan to all Muslims.

A glorious month that is full with Pahala.
Reminder to me and all,
Do not drop-outs when others are racing to the Jannah

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya

Sayang seribu kali sayang
Harimau hilang taringnya

Pertempuran yang sengit! Penuh dramatik dengan lakonan lakonan hebat pihak lawan. Namun apa kan daya wisel penamat telah bersiul.

Hampa remuk keciwa didada.

Adat main ada juara. tak berjaya cuba lagi.

Permainan lawan tidak se profesional mana, bola di hantar sering kali terlepas dikaki. Strategi bola lintang sering tak membuahkan hasil. Hanya lakonan kecederaan memenuhi masa.
Harimau Malaya pun tidak se profesional mana, bola sering tersalah hantar. sepakan sering tersasar.

Harimau Malaya harus lebih gigih!!
Supaya kita akan terus maju.

Sekian

Tuesday, July 26, 2011

When ur boss is not around

Apa khabar semua??

Can I hear some noise from this side..
oh yeah oh yeah
Yang belakang sana tu boleh lambai tangan sama-sama tak?
Nananananana.. oh yeh yeh
Bile saya cakap "mana boss"
Anda semua jawab "tranining..."

Ok kita test yang kanan dulu...
"Mana boss?"
"Training!!!!!"
amboi...kuatnye..

Ok yang kiri pulak...
"Mana boss??"
"Training!!!"
Oh yeah oh yeah

Ok now everybody..
"Mana boss??"
"Training!!!!!!!!!!!!"

Monday, July 18, 2011

Berang

Saya tetiba naik berang di rumah apabile:
  • Saya tengok rumah bersepah macam tongkang pecah dan macam saya sorang saje yang cuba mengemas rumah. Sebab dah penat tak nampak dah orang lain punya keje.
  • Saya rase saya dah penat sidai kain mesin round 4 dan orang tu layan tgok tenet.
  • Saya dah penat memasak, sekali sekala nak merasa orang tu masak. Goreng nugget pun jadilah :P
  • Saya dah penat basuh,sidai and angkat kain, tak larat nak lipat. Berangan berjemaah dengan orang tu melipat kain bersama-sama pun okla
Tapi tak jadi nak naik berang apabila melihat muke orang tu yang blur blur tanpa perasaan. Tak melawan dan memang bersahaja... Sejuk hati :)~
Tambah pula dengan puteri kesayangan dengan macam-macam keletahnye.
Ya ALLAH terima kasih atas segala pemberianmu.
To my lovely husband, I LOVE U.. sorry la emosi tak berapa stabil kot, biasak le hormon terlebih.
To my puteri, i love u tOoo.. jangan sepahkan rumah sangat ye.

Friday, July 01, 2011

New challenges

New challenges.
It seems too hard to adapt with the environment. But, i will try my best to fit in!
Im still new,
ohhhh...
Please , please and please do teach me
Im questioning
do help me
but not with sardonically

Ya ALLAH please endow me with patience

Private Blog

Im thinking to privatize my blog due to environmental insistent.
So, feel free to request the access.

Thanks,
Blog owner

Tuesday, June 21, 2011

Gaji Pertama Ku

Dah berapa lama dah post ni dok terperam dalam draft.
Sedar tak sedar dah dekat 2 bulan dah saya di tempat kerja baru.
Alhamdullilah, rasenya apa yang saya nak idamkan dengan gaji pertama saya dah tercapai. Walaupun tak ada satu pun saya beli untuk diri ini. Tapi berpuas hati. Now counting days for my second salary pulak.
Dengan gaji tak seberapa tu,
  • Belikan baju tidur baru untuk Adeena Fatihah walaupun tak semahal mana. Tapi Alhamdulillah, comel je dia pakai.
  • Belikan Tshirt untuk Mr Su. Walaupun ketika beli ada less 70%, yang penting ke ikhlasan kan? hehehhe
  • Belanja family kecilku dekat Chillis! Wa...memang tak pernah makan sini. Sedap jugak, tapi mahal la kalau nak buat makan selalu.
  • Belanja family kat kampung makan Pizza Hut! Seronok tgok abah makan sup!hehehehehe
  • Bayar hutang dengan UKM dulu, lama beno dah. Memang tunggu gaji ni la dapat baya pun sbb banyak gile!
  • Mula bayar hutang dengan Mak setiap bulan :p
Syukur syukur syukur Alhamdulillah! there is no other word that can describe my feeling!
Walaupun minggu ni duit tinggal beberapa RM saje. But i am happy happy happy! Cepat la masuk gaji bulan ni ye!Boleh berangan untuk diri sendiri pulak.
Ya ALLAH, murahkanlah rezeki kami sekeluarga. ~ AMIN~

Monday, June 13, 2011

New Beginning

It will always be a new beginning kan? So, why feel anxiety! Chill

Rabbi yassir wala tu'assir

Thursday, June 09, 2011

Merapu

Yeppie!!!Harini boss tak ada!So, lets start merapu! hoyeh hoyeh!Tapi kalau merapu je tak besskot. Apakata kita merapu sambil berangan?
Berangan pasal ape ek? Hurm...
Okeh! handbag baru la :p

cantik tak yang ini? Tapi tali dia macam pendek sangat pulak. Silap silap tak muat celah ketiak gua yang makin bermuscle ni. Tu belum cuba dekat lengan MR Su lagi. hahahahaha
Add Image

Ok ni kompem muat lengan! Kalau xmuat gak tak tahu la. Sangkut kat leher pun boleh! Tapi warna dia macam tak berkenan pulak.
Jom berangan lagi!
Yang ni colorful! i like! Oklah, dah penat berangan! rase macam nak tido pun ade.
Mari focus keje balik!
Ayoh!

Wednesday, June 08, 2011

Exhausted

Exhausted!Perfect word to describe myself currently!


:::tapi boleh pulak ko update blog ek?:::

Tuesday, May 24, 2011

Gemuk!


OMG!! I kena kurus! Kurus kurus!! Azam nak menguruskan badan dan kembali ke berat badan asal berkuat kuasa serta merta. Mari merialisasikan bersama saya! :p

Mari kita bersenam seperti anak comel ini. (note : 24/5/11 47.5kg)

Friday, May 20, 2011

Home made cooking

Alhamdulillah,
Dapur rumah dah kembali berasap.

Seperti yang diketahui, hampir sebulan proses perpindahan kami dari umah sewa best with jiran best di USJ kepada rumah sewa di Keramat. Jadi hampir sebulan la juga saya tidak memasak!! oh sungguh tidak boleh diterima akal!

Sebulan kami makan luar sahaja. $$ jangan cakapla, mmg terbang bagaikan merpati keluar sarang. Mahal sungguh makan di luar ni. Setiap kali makan, koman koman mau rm15. Aduhla...poket semakin koyak.
Tekak kampung saya ni, seakan tak boleh menerima makanan luar lagi! Pegi kedai ni, tak sedap. Kedai tu tak sedap. Adeh.. rindunya nak masak dan makan masakan rumah!
Memangla saya tak boleh hidup hanya makan luar. Tekak dah biasa makan masakan rumah, tak kisah la siapa masak pun. Tapi rasanya dan keenakkanya sangat berbeza sekali.
hehehehehe
Oklah, now dah boleh memasak dengan jayanya walaupun terpaksa berpanas bertudung di dapur. Umah baruni, belakang surau. Segan dengan pakcik pakcik yang datang jemaah nanti. Kesimpulannye, sangat puas hati dapat memasak dengan hati senang. heheheheh

Monday, May 16, 2011

120511 Is My Birthday

Alhamdulillah

Lebih suku abad dah my age. Yes, 27 can consider old compared to budak lepas SPM. but, i am still young if compared to orang yang lagi tua. hahahhaha
So, age is only a number that will be increasing, no way will decreasing.

Muhasabah diri sekejap,
Ya ALLAH,
Aku bersyukur atas segala limpah kurnia mu
Walaupun aku selalu lalai dan alpa dengan tanggungjawabku
Tapi Kau tidak putus putus melimpahkan rahmat kepadaku
Ya ALLAH,
Sesungguhnya aku malu kepadamu
Malu kerana tidak mampu memjadi hambamu yang taat
Ya ALLAH,
Dekatkanlah hatiku agar sentiasa dengan Mu
Terangila hatiku sebagaimana Kau mencipta matahari menerangi bumi
Anugerahkanlah bijak pandai kepadaku sebagai mana rasul-rasulmu
Permudahkanlah segala yang susah untuk diriku
Murahkan rezeki dan panjangkanlah umurku, suamiku dan keluargaku
Amin

Sambutan tahun ni... tak ada! no cake for my birthday. Yela, dah tua tua ni nak celebrate pun dah segan. Btw, hadiah from my beloved husben masih dalam pikiran. Nak mintak ape ek? hahahha.
On my birthday, only ronda-ronda at KLCC and makan spegeti dekat food court dia yang delicious itu.

Thursday, May 12, 2011

010511 Our 2nd Anniversary

Cerita ni dah terlebih basi.
There you go, pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah perkahwinan kami. Adeena Fatihah pun semakin bijak.
Alhamdullilah, saya bersyukur dengan perkahwinan yang sangat harmoni ni. Semoga Allah tak putus putus limpahkan kurnia kepada kami sekeluarga. Love my Abang suhaib forever :P

Sambutan tahun ni tak ada! Yupp.. it just a simple lunch at Madam Kwans KLCC as suggested by Me Su. The food are quite good but worthla with its price kan. After lunch, we just went straight to our newly home swit home rumah sewa as KLCC is flooded with people. Ramai sunggu orang dekat KLCC tu! Rimas!!!

Btw, kami sekeluarga sedang sibok berpindah randah ketika itu. Tu lah nasib hidup nomad ni. Bilalah, agaknya akan ada rumah sendiri....Tak pening pening fikir pindah rumah and packing barang.

I will share those memorable pictures later.

Tuesday, May 10, 2011

Masa itu lebih dari emas

Assalammualaikum
Syukur aku masih di sini
Syukur aku bernafas lagi
korang pernah tak rasa macam tak cukup masa? 24 jam tu rasa macm terlalu pendek untuk sehari.kalau mampu,rasanya tak tidur pun takpela 24 jam tu janji smua keje siap.huhuhu.
jadual pack sgt!
tula apa yang saya rasa almost 5 bln yg lalu.penat sangat!
tapi sekarang ada cuti 127 hari sebelum nightmare itu kembali.
apeape pun,jom kita enjoy!!!

Friday, April 29, 2011

Tuesday, April 19, 2011

Virus Tupperware

Sejak 2 menjak ni, saya semakin menjadi jadi pulak kesukaan saya terhadap tupperware ni! Asal tengok catelog aje, adela macam-macam yang nak dibeli. hahahaha selalu je kena perli degan suhaib :p

Saya ni memangla suka sangat bekas bekas ni, botol botol kaca pun suka. Dulu saya kumpul botol esen vanila yang kecik kiut miut tu. hahahaha.

Brand Tupperware ni memang dah lama dah kan? Sejak dari jaman ber jaman dah ade. Zaman mak-mak kita dah ada. Tapi dulu, memangla tak berapa nak pandang sangat. Yela, harga pun mahal. Just kalau sape sape yang pakai tupperware tu dah tentu la anak orang kaya. Pegi sekolah bawak recycle punya botol mineral aje.

Oklah, sape sape yang nak beli tupperware ni, boleh la beli dari saya sbb saya akan kasi special price. Diskaun punya! Boleh usya catelog kat sini Tupperware.

Thursday, April 14, 2011

Working Experience

Hai! still remember me?!
I have nothing to update, but my heart forces me to do so. So, end up i sacrificed lunch time to babbling here.
How long have you guys been in working life? Me? Almost 5 years in the industry. 2 weeks after submitted my thesis, i was offered as an equipment engineer at Onsemiconductor. Alhamdulillah!! So, i don't have any experience goyang kaki kat rumah after my graduation. Yela, setengah orang prefer to take a rest about 1 month then only start to search job kan. But, udah rezeki saya. I grab ajelah, and the pay is not bad $$.
It was stressful at the beginning as i need to do a lot equipment engineer work. I need to do PM/Service for ISMECA machine. Carry all those heavy module, stay all day long in the PM bay. Panjat machine in order to reach the laser machine. Play with the minyak griss. Every time before go to break need to tonyoh my hand and kuku. Kuku pun asyik hitam saja. :p
I went through a month training as an operator in the Final Test area. First of all, need to memorize all the reject criteria of the Final test area. All operator need to hafal and understand semua reject in their area. So, jangan pandang rendah dekat operator ye! Susah juga nak pass test reject criteria ni!! Let see if i still can remember any hurrmm.. lifted lead, contaminated lead, rough surface, void, bubble ...there are too many to mention here! :P
Training as an operator was an interesting experience. I will need to run the production, start a new lot. End lot. Calculate the output and Yeild. Jaga machine! that is the best part. When we are trusted to start and stop the machine. Basically, what ever operator do, I need to do. Masuk pukul 8pg terus g to production line until 5 baru keluar. Great! Penat jangan cakap la. Dalam production line tu mana ada kerusi! if have pun, need to share. usually people do inspection have priority to have the chair. So, berdiri all day long.
My job continue to Front End, i was assigned one project in the front end. There is no one helping me during this time as training period is already over and i need to start my project. So, pandai-pandai la. Masuk keluar training room. Cari semua file-file untuk reject criteria. Cari bonding diagram. hai.. so many things la. Tab signal from a machine, install xy table on the machine.calibrate. hahaha macam-macam pulak

I feel really fortunate that i have exposed to those experiences. It really make me understand what am i doing in my current position. Although i'm not in the production line, but maintaining a production system required those understanding. i guess :P
Feel sorry to my team, they were not expose to those experiences. And it makes they really struggling with their task now. Don't worry kawan-kawan, it just a beginning. Lepas ni sure korang terel gile!! :P One of my colleague who suppose to maintain a lot of production system do not know what is the basic process of our production line!! and he do not understand what is 'lot' term in manufacturing. Sepatutnye, kena bawak semua pekerja kena pergi line tour dulula.

Oklah, cukupla membebelan kak Yam untuk hari ini. Till then, Assalammualaikum

Sunday, March 27, 2011

Beijing Trip 5D4N

Lamanye dah tak update Blog ni. Ni nak update sikit pasal Our 1st Family Trip pergi ke Beijing dari 16 March ~ 20 March yang lalu. Seronok melawat negara orang ni ek Yelah, untuk saya yang dah rasanya berzaman tak bercuti-cuti ni. Tenang sikit otak dari fikir benda benda lain.

Bertolak flight pagi naik Air Asia saje. Naik Air Asia 6 jam sangat menguji kekuatan tulang belakang. Seat sempit sangat, dengan Adeena lagi. Tapi, Alhamdulillah, sampai selamat.
Pakej yang saya pegi ni agak mahal, sbb bila surf internet ada yang jauh lebih murah. Tapi tak kisahla, janji boleh jalan satu family and im happy happy happy!
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diuploakan. Banyak lagi dekat fb.


Kesimpulannya, masa trip haritu tak sempat sangat nak bershopping. huk9. Lain kali la pulak ye.

Monday, March 14, 2011

Bye Bye

Assalammualaikum
Huish.. it has been a long silent for me from the blogger world.
A lot of updates need to be updates
A lot of stories to be share
A lot gossips to be gossip

Alhamdulillah,
Every things turns to be Good. Terima Kasih Allah.

Oklah, will update later will full version of every single event that korang had missed out from my live. huhuhuh
Ok, better pack my stuff now. Sbb lusa i nak pergi terbang jauh!!
Bye Bye kerja-kerja ku yang menimbun bagaikan longgokan sampah!

Tuesday, February 15, 2011

Pencapaian Setahun

Berikut ada beberapa video pencapaian anak saya ketika sudah berumur 1 tahun :p


video

video

video

video

Maaf kalau terpaksa pusingkan monitor anda, sbbnya tak sempat nak edit ye.

Friday, February 11, 2011

Lalu Lintas

Adakah jalan di Malaysia ni dah tak cukup panjang untuk menampung bilangan keretanya? Atau pun mungkin, kesilapan configuration traffic light?
Entahla, saya pun tak tahu.
Jarak rumah ke pejabat dalam 10km namun mengambil masa lebih dari 30min untuk sampai ke destinasi. Dengan kereta yang berderet-deret di hadapan. Cubaan memerbahaya dari mereka yang suka mencilok ke kire dan kanan. Bunyi hon motosikal yang tak henti-henti dari 1 km di belakang. Dan macam-macam lagi karenah pengguna jalan raya.

Alhamdulillah, saya masih lagi mampu bersabar. Entah, kesesakan jalan raya ini jarang betul-betul menimbulkan kemarahan dalam diri. Tapi kadang-kadang, ada juga la yang mengamok sendiri dalam kereta. hehehehe

Had kelajuan di lebuh raya Malaysia adalah 110km/j. Tapi tak pasti la kenapa ramai sangat yang berlumba lumba bawak laju lebih dari had tu. Tak payah jauh-jauh. Orang terdekat dengan saya pun ramai. :p . Saya pun tak dinafikan pernah juga terlebih sampai ke 120km/j tapi cepat-cepat kembali ke 110km/j sbab rasa kereta dah melayang-layang.

Pernah tak korang terfikir kenapa 110?

Bagi menetapkan had laju di jalan raya atau lebuh raya tersebut, kerajaan menggunakan Peraturan 85 Peratus, iaitu had laju maksimum ditetapkan pada 85% daripada had laju rekabentuk, misalnya Lebuhraya Utara Selatan direkabentuk dengan had laju rekabentuk 130km/j tetapi had laju maksimum yang dibenarkan ialah 110 km/j. Punca utama penggunaan Peraturan 85 Peratus ini adalah kerana taburan tertinggi kenderaan yang selamat dipandu ialah pada 85% daripada had laju rekabentuk tersebut. Kebanyakan negara menggunakan Peraturan 85 Peratus bagi menetapkan had laju termasuklah Malaysia.Memandu kereta laju-laju tak kira siapa, lelaki perempuan tua muda ade lesen tak ada lesen pakai kupiah tak pakai kupiah hurmm semua la.

Memang tak ada ayat Al- Quran tulis had laju 110km/j, tapi cuba renungkan hadith ni :

“Tidak boleh memudaratkan diri dan mencetuskan mudarat kepada orang lain” [Hadith dari Abu Sa'id al-Khudri, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan lain-lainnya]

Oklah, selamat memandu dan selamat beramal. Hanya untuk ingat kita bersama
Khas buat suami tersayang, pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang, especially me!

Monday, February 07, 2011

030211 Adeena Fatihah Setahun


Alhamdulillah,
Bersyukur kepada Allah, puteri saya telah pun genap setahun pada 03/02/11.Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Hilang sakit bersalin bila melihat anak sendiri membesar di depan mata. Ramai tanya bila adik Adeena Fatihah nak keluar ni. Hehehehehe. Sabar ye semua :p

Semoga Adeena Fatihah jadi seorang anak yang solehah, bijak pandai untuk agama bangsa dan negara.
Majlis sambutan diadakan serba ringkas. Tapi ada dua majlis :) Satu bersama family, satu lagi bersama orang kampung(ahli surau).
Seronok bila ramai berkumpul di kampung.Riuh rendah jadinye. Macam-macam ragam. Ade yang jadi superman terjun tangga hahahaha.
Berbalik kepada cerita asal, birthday cake Adeena fully sponsored by Opah tersayang dan Wan Teh anggun :) Mr Su and Me belanja kfc untuk malam tu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Atok tersayang, semoga Adeena Fatihah panjang umur dimurahkan rezeki, di anugerahkan bijak pandai. Malamni, Atok tak berapa sihat. Demam panas, tapi demi cucunya dia gagagkan juga meraikan bersama-sama. Saya sangat terharu! Selepas selesai, Atok terus masuk kebilik dan kembali berselimut. Semoga Allah anugerahkan kesihatan dan panjangkan umur Abah. Amin.
Kemudian sesi potong kek pula.Sorry tak ada gambar, sbb masa ni tak bawa camera. Jadi hanya bergantung kepada camera photographer import kami upload nanti.
Setiap birthday party kat rumah ni, sure berbackgroundkan dinding ni. Sangat nostalgic. Dah berbelas dah cucu haji yazid berposing birthday kat sini. Alhamdulillah, Adeena Fatihah pun sempat :)
Kemudian sesi membuka hadiah. Jangan tak tahu, banyak hadiah minah ni dapat! Terima kasih kepada semua. Kotak bersusun lebih tinggi dari empunya diri. Eh, lebih tinggi juga dari emaknya? hahahahaha
Gembiranya Adeena Fatihah, sampai tutup tutup mata.
Last sekali, adelah aktiviti mengetest semua hadiah! Rambang mata Adeena Fatihah nak main.

Oklah, sekian cerita Birthday Gurl buat kali ini. Eh, lagi satu majlis belum cerita lagi. Lain kali bila mommy uwa ada masa i story ye.

Tuesday, January 18, 2011

Hai

Assalammualaikum,
can I borrow a vacuum cleaner ? This blog has been full of dust and sawang.

There are many things i wanted to update here, but as usual i do not have time to blog. With my new commitment this year.
With my hectic job
With my lovely princess
With my enchem Husband

Hurmmm...
Btw, lets pray 2011 will be the best year for me eh for us eh far all la.~InsyaALLAH

Sunday, January 02, 2011

Baby Red

Assalammualaikum
About 2 weeks ago, Mr Su buat kejutan! Seperti biasa la, pulang agak lewat dan saya telah ketiduran. Dikejutkan saya tidur sbb masih lagi belum solat Isya, keluar pintu toilet nampak ada beg kertas blackberry. Wah, Mr Su beli HP baruni..or maybe itu hanyalah sekadar beg kosong.
Mr Su suruh saya tengok apa isi dia. Ada kotok HTC kemain. Wow we..canggih la HP laki aku lepas ni. Ade chance amik HP lama dia yang boleh wireless jugak tu.Boleh layan FB sebelum tido macam dia selalu buat. hahahahah
Sedang belek-belek, dia cakap ini untuk sayang..
Wah!!! Rasa nak meloncat!! Happy happy happy!!!
Ni la dia HTC wildfire. Memang tak sangka dapat HP secanggih ini.Seronok sangat, walaupun tak berapa nak tahu function dia. And nak menaip sms pun lambat sebabnya touch screen. Tapi sudah mula jatuh cinta.
Terima Kasih Abang, i LoVe u So much. Muah muah muah. Lain kali buat kezutan lagi ye.
Secara officalnya saya menamakan HP saya ini sebagai BabyRed. (entah kenapala saya suka sangat kasi nama pada barangan saya ek. hahahhaha) So, adeena Fatihah tak ada chance la nak main2 dengan HP mama ni. hehehhehe

Saturday, January 01, 2011

welcome 2011

testing 123..cubaan 123..