Sunday, November 07, 2010

Adeena Fatihah 9 Bulan

Lama rasanya tak update about my lil princess. Macam-macam dah dia pandai. Seronok melihat progress dia, walaupun Adeena Fatihah ni agak lambat sedikit compare dengan kawan-kawan dia.
Antara skill terbaru Adeena Fatihah :
  • Mencampak barang, kalau mood dia tak OK, habis semua benda dicampaknya
  • Menyulur/ merangkak makin di kejar makin laju dia gerak.
  • Gigi dah ada 2 batang.Tapi belum pernah gosok gigi lagi. :p
  • Suka sangat menjerit
  • Dah mula kenal orang. Kesian masa tukar neseri haritu, menangis dia
  • Mula nak memanjat sofa la, almari tv la
  • Tak boleh tinggal, kalau tak menagis macam kena pukul!
  • Pandai nak ikut orang keluar, pantang dengar orang bukak pintu.
  • Alert sungguh kalau bunyi kunci orang buka pintu. Yela, selalu tunggu Abah dia balik.
Hurmm...seronok sebenarnye tgok baby ni membesar. Gambar tak dapat nak upload sbb time post ni, Mr su pinjam camera bawak p singapore. Lain kali i upload ye :)

1 comment:

Teacher Yatee said...

wah...cambes je tgk pkembangan anak ek..