Thursday, November 25, 2010

Sepasang Jeans Biru

Lamanya tak membeli jeans baru! Last sekali beli pun tahun 2008. Ingat post ni?
Apepun thank you to my lovely husband yang sanggup teman pegi shopping jeans ni. Sampai ke Carefour Wangsa Maju saya heret dia. Btw, kat sana ade FO Levis. Memang murah harga dia berbanding dengan normal boutique, but the design not the latest season la.
Actually i don't mind buying the outdated design because i have bought one on 2006 and until now i still wear it. :p So, siapa tahu ini season zaman dulu kan?
I managed to grab this at RM90! Dua ibu jari keatas untuk saya! Berbaloi-baloi

Wednesday, November 24, 2010

Resepi Daging DenDeng

Masa raya Qorban haritu, mak ada kasi daging qorban bahagian mak sikit. Tak tahu lagi nak masak apa. Tetiba teringin nak makan daging dendeng. Ada siapa yang ade resepinye? Cari-cari kat internet macam-macam version ada. huhuhuhu

* Syukur Alhamdulillah, mak selalu je ada duit lebih untuk masuk qorban. Saya ni, masih belum berkesempatan lagi. Ya ALLAH murahkanlah rezeki hambamu ini.~ Amin

Sunday, November 21, 2010

Selamat Aidil Adha 2010

Assalammualaikum
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Kali ni beraya di Teluk Intan, walaupun cuti hanya sehari tapi kami tetap pulang. Traffic sangat teruk malam tu sebab ada eksiden di sungkai
Tengok gambar ajelah ye.



Sunday, November 07, 2010

Adeena Fatihah 9 Bulan

Lama rasanya tak update about my lil princess. Macam-macam dah dia pandai. Seronok melihat progress dia, walaupun Adeena Fatihah ni agak lambat sedikit compare dengan kawan-kawan dia.
Antara skill terbaru Adeena Fatihah :
  • Mencampak barang, kalau mood dia tak OK, habis semua benda dicampaknya
  • Menyulur/ merangkak makin di kejar makin laju dia gerak.
  • Gigi dah ada 2 batang.Tapi belum pernah gosok gigi lagi. :p
  • Suka sangat menjerit
  • Dah mula kenal orang. Kesian masa tukar neseri haritu, menangis dia
  • Mula nak memanjat sofa la, almari tv la
  • Tak boleh tinggal, kalau tak menagis macam kena pukul!
  • Pandai nak ikut orang keluar, pantang dengar orang bukak pintu.
  • Alert sungguh kalau bunyi kunci orang buka pintu. Yela, selalu tunggu Abah dia balik.
Hurmm...seronok sebenarnye tgok baby ni membesar. Gambar tak dapat nak upload sbb time post ni, Mr su pinjam camera bawak p singapore. Lain kali i upload ye :)