Tuesday, October 12, 2010

Mahalnya imunisasi bayi di swasta

Masya-ALLAH Adeena Fatihah dah terlewat hampir 2 minggu untuk cucuk 6bulannya! Walaupun umur dia dah 8 bulan. Sebab haritu delay disebabkan raya and Adeena Fatihah pun asyik tak sihat.
Jadi semalam, membawa Adeena Fatihah bersama Wan Cek ke klinik area taman untuk dapatkan jap 6bulan hep B (3). Katanya giliran kami ke 3. Sudah hampir 45 minit, giliran pesakit ke-2 pun masih belum di panggil. Adeena Fatihah semakin gelisah.
Entah bagaimana, terlintas pulak Wan Chek yang sama meneman untuk bertanya harga imunisasi 6 bulan itu. Alangkah terkejut saya!! Kata pekerja di kaunter, harga ubat rm 155 + rm 15 jumpa Dr.
Masya-ALLAH!! Mahalnya kalau cucuk di swasta ni. Adeena Fatihah hanya cucuk di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja selama ini. Percuma sahaja!PERCUMA.
Terasa bagaikan nak pengsan seketika mendegar harga yang di berikan. Bukannay kedekut, tapi...sayang sungguh nak menggunakan wang yang saya jimat-jimatkan selama ini habis semata-mata untuk ini. Tak baik membazirkan, jika ada cara yang lebih baik ?

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

Eh, tapi jangan salah faham pula. Pada siapa yang mampu. Silakan.
Tak mengapalah Adeena Fatihah, mungkin bukan rezeki Adeena Fatihah cucuk semalam. IsyaALLAH esok mommy cuba register kan nama dekat KK terdekat untuk appointment. Nanti terpaksala halfday/cuti nak bawak my baby p cucuk.. heheheh
Wahai nurse-nurse dan misi misi dia jangan la marahkan saya ye. Maaf terlupa sungguh :p
Doakan, semua berjalan lancar ye :)

No comments: