Sunday, October 17, 2010

Bakat Terpendam

Haritu saya kena stay back dekat office sampai lepas Maghrib sebab nak kena monitor ada system baru roll out dekat production line.
Alhamdulillah, kebetulan Mr Su cuti, so dia yang ambil Adeena Fatihah dekat babysitter.
Sedang dekat office, Mr Su sibok call bertanya macam mana masak nasi goreng. Mana patut buat dulu, gorengkan ayam ke ataupun tumis bawang dulu?? Saya layankan aje..
Dan ketika balik ke rumah ...
Taraaaaaaa....

Macam tak percaya?? Cuba gosok mata.. Masih tak percaya?? cubit pipi anda pula :p
Nah, setelah setahun setengah berkahwin... Mr su menunjukkan bakatnya.. Nasi goreng Cina. Yummy!! ada ayam dengan sotong siap.
Terima Kasih Abang. Lain kali masak lagi :p

Wednesday, October 13, 2010

Semput

Balik kerja
Ambil Adeena Fatihah
Pergi kedai
Masak untuk dinner
Kemas dapur
Basuh Baju
Sidai baju
Nenen Adeena Fatihah
Sidai Baju lagi
Update Blog

.....semput harini.
Mau titon dulu ya.
Moga ketemu lagi.
p/s: Siapa ada jadual ibu bekerja yang tak penat hari-hari, tapi proven yang rumah dia kemas, baju dia siap lipat?hehehehhehe sila share ye

Tuesday, October 12, 2010

Mahalnya imunisasi bayi di swasta

Masya-ALLAH Adeena Fatihah dah terlewat hampir 2 minggu untuk cucuk 6bulannya! Walaupun umur dia dah 8 bulan. Sebab haritu delay disebabkan raya and Adeena Fatihah pun asyik tak sihat.
Jadi semalam, membawa Adeena Fatihah bersama Wan Cek ke klinik area taman untuk dapatkan jap 6bulan hep B (3). Katanya giliran kami ke 3. Sudah hampir 45 minit, giliran pesakit ke-2 pun masih belum di panggil. Adeena Fatihah semakin gelisah.
Entah bagaimana, terlintas pulak Wan Chek yang sama meneman untuk bertanya harga imunisasi 6 bulan itu. Alangkah terkejut saya!! Kata pekerja di kaunter, harga ubat rm 155 + rm 15 jumpa Dr.
Masya-ALLAH!! Mahalnya kalau cucuk di swasta ni. Adeena Fatihah hanya cucuk di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja selama ini. Percuma sahaja!PERCUMA.
Terasa bagaikan nak pengsan seketika mendegar harga yang di berikan. Bukannay kedekut, tapi...sayang sungguh nak menggunakan wang yang saya jimat-jimatkan selama ini habis semata-mata untuk ini. Tak baik membazirkan, jika ada cara yang lebih baik ?

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

Eh, tapi jangan salah faham pula. Pada siapa yang mampu. Silakan.
Tak mengapalah Adeena Fatihah, mungkin bukan rezeki Adeena Fatihah cucuk semalam. IsyaALLAH esok mommy cuba register kan nama dekat KK terdekat untuk appointment. Nanti terpaksala halfday/cuti nak bawak my baby p cucuk.. heheheh
Wahai nurse-nurse dan misi misi dia jangan la marahkan saya ye. Maaf terlupa sungguh :p
Doakan, semua berjalan lancar ye :)

Thursday, October 07, 2010

Selamat Hari Raya Lagi!

Syukur. Syawal dah pun selesai tahun ni. Alhamdulillah.
Puasa ganti pun dah selesai tahun ni. Alhamdulillah.
Disebabkan esok raya lagi, jadi saya telah pun membuat puding. satu untuk kawan-kawan di ofis dan satu lagi untuk di bawa ke rumah Kak Nang.

Oh kawan-kawan, jangan tertipu. Ia hanyalah puding segera sahaja. hehehehehehe.

Saturday, October 02, 2010

Baby hisap jari kaki



Ni pun kisah dah lama. Dulu Adeena Fatihah suka sangat hisap jari kaki dia. Susah betul nak control. Kalau di tarik dia masuk balik. hahahaha. Now dah kurang dah.
Orang tua-tua cakap, kalau hisap jari kaki ni nak dapat adik!! hahahahaha. Jadi Ayong la Adeena Fatihah nanti :)

Mr Wieee Vs Mr Red


Ini sebenarnya kisah dah hampir 2 bulan lepas. Tak sempat nak story kat sini.
Yup! i have let go my lovely Mr Red. Setelah terlalu banyak jasa dia kepada saya which is almost 4thn dia berkhidmat tanpa berbelah bagi kepada saya. I love my Mr Red. Yelah first Mr dalam hidup saya ni, manalah tak sayang kan. Walaupun kadang-kadang dia ni buat hal. Sampai almost separuh tahun saya tak ber air-cond kesana kesini. Berbasah ketiak baru sampai office. Tapi Mr Red tetap di hati saya. Saya akan merinduimu, Mr red. teringat ada post pasal Mr Red masa first time muncul dulu.

Now, i have Mr Wieee!! Agak gempal, besar. Tak secomel Mr Red dulu. hehehehe. Ape ape pun, saya juga sudah mula jatuh chenta dengan Mr Wieee!!

Friday, October 01, 2010

Gambar raya 2010

Seperti yang di janjikan. Gambar raya. Enjoy. Tapi tak dapat nak upload banyak banyak sebab filenye beso gedabak :]