Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan datang lagi!
Alhamdulillah. Ramadhan kali ni special sikit dengan kehadiran puteri sulung saya. Tahun lepas dia masih berakrobtik dan bergimnastik dalam perut lagi. Sejak ada puteri ni, susah betul nak masak terutama dalam bulan buasa ni. Kalau masak pun, asyik je tinjau tinjau kat ruang tamu apa dia buat. Kalau bebunyi kena la pegi tgok, tapi kalau tak bebunyi pun kena tengok juga. Kadang-kadang, dah golek golek entah ke mana dah. Lepas tu, risau kalau dia makan habuk di rumah saya yang memangnya jarang disapu.Yang senangnya kalau dia tidur. Oh, aman terasa nak masak apa-apa pun. Kalau ada Mrsu pun ok, dia tolong tengok kan.Tapi kadang2 tu abahnya lagut je main tenet,anak di biarkan. hahahahaha
Ramadhan kali ni, rasa sangat penat. Masa tak cukup-cukup. Balik kerja berkejaran nak ambil myPuteri dari rumah pengasuh, jalan kaki saja sbb car seat kami ada satu je. Nasib baik belakang rumah je pun. Lepastu, berdoa supaya mood myPuteri tu baik, dapatla sediakan berbuka dengan tenang. Lepas berbuka, kemas meja. Solat dll. Acara nak menidurkan myPuteri pun bermula. Selalu sampai pukul 12 la baru dia tidur nyenyak. Ibunya juga tidur sama :). Pukul 4+dah kena bangun siapkan sahur. Selalu curi-curi tidur lepas subuh, yela 730 dah nak keluar pegi office.
Office ni bagi kelonggaran kalau masuk pukul 7, boleh balik pukul 430. Tapi saya ni, masih mencuba lagi nak cepatkan akitiviti di pagi hari supaya boleh keluar rumah pukul 630. Asyik gagal je.
BM production saya sangat merundum. Dah macam nak tersungkuq dah!! Tapi still kuatkan semangat!!Maybe fenugreek yang saya ambil tu dah imune dengan badan so, production pun tak meningkat. Saya still juga BF myPuteri masa malam. Alhamdulillah, masih lagi ada sedikit susu. Now thinking to try shaklee pulak. Ade siapa berminat nak fenugreek tu? i have extra 1 bottle..sekarang ni pun agak jarang dapat update blog, banyaknya post dalam draft tu yang tergantung ceritanya. Later, when i have time i will publish it. Until then, enjoy reading. :)

6 comments:

This is .... said...

berapa ko nak let go? yg berapa biji tu?

Teacher Yatee said...

cian mama uwa..terkejar2..patut pon jarang bls msg.

Uwa said...

Emilia,
Kita beli haritu rm40 untuk 150capsule. hehehehe.ko nak nego berapa?hehhehehe

Yatee,
tu la pasal mmg sibok gila wey!!

This is .... said...

Uwa,
nak nego, mestilah murah2 dari harga pasaran.. :) ko bagi berapa % diskaun ni?

ctmun said...

ade gak produk camtu ek..xpenah tau sebab xde survey2 pun.. ;)

ctmun said...

setelah dibelek2 namenye,seperti penah terdengar..raseye kak ipar penah bg belen dia punye dulu..kite pun makan jek la..benda free..heheheh..xprasan lak kesannye camne..tapi mmg k ipar kata bgus..so ko dah bertukar pd shaklee tu ke?