Friday, July 09, 2010

Saya dan Bola sepak

Saya pernah menjadi peminat bola sepak Tegar suatu ketika dahulu. Menonton pasukan Perak bertanding dalam Piala Malaysia adalah satu kemestian!! Menjerit ketika Khalid Jamlus menjaringan Goll adalah sangat mengujakan.Tu zaman sekolah-sekolah dulu. Pernah juga dia marahi Emak sbb pasang TV tengah-tengah malam sbb menonton EPL. Walaupun pada ketika itu saya tidak fanatik pada sebarang pasukan, ketika tengok tu rasa amat mengujakan. Kalau tak silap dulu, TV2 yang selalu ade match malam-malam. Sibok menghafal no jersi dan nama permain-pemain yang hensem-hensem. Sebab esok kat sekolah, boleh show off dekat kawan-kawan kelas terutamanya Awin. hahahahha. Dia memang minat habis EPL ni! Zaman kemunculan si owen yang masih muda belia. berebut-rebut kami!!

Kenangan masa undergrad dulu pun tak pernah lupa! Jlo+saya+kef senyap-senyap ke block junior untuk tgok worldcup ke euro ntah saya pun dah lupa. Pukul 2 pagi, Jlo akan menapak dari kolej dia dan ke bilik saya sembil membawa patung oik-oik dia tu. Lepastu, kami akan ke block junior, tingkat 4 pulak tu!! Gambar pun tak clear sangat masa tu, tapi kami tetap layannn. Bersorak kegembiraan kalau gol!! Felo pun tak leh nak buat ape. hahahahaha.

Faveret team saya adalah Agentina, sbb ada si cutie pie Pablo Aimar!! Rasanya dia tak main kot untuk world cup tahun ni. Entah, saya pun tak sure sbb saya tak pernah dapat tgok apa-apa match untuk world cup 2010 ni. Tapi sedih, Agentina dah kalah teruk haritu!! huhuhuhu

So, for tonite match. Saya akan sokong Holland!! Sebab dulu ade Dennis Bergkamp yang tua tapi terel! hahahaha.. tapi sekarang dah pencen la kan!!
So, harapnya dapatlah saya menonton Final World Cup 2010 malam ni!! Pada sesiapa yang menonton nanti, jangan lupa misscal saya, risau kot tertidur tak sedar macam malam tadi punya match!:(

1 comment:

ctmun said...

ahahaha..berusaha tu kumpul info bola utk dishare kat kelas... ;p