Wednesday, July 28, 2010

Solid Food

uhuk UhuK .. blog yang semakin bersawang dan perlu di vacum. Agak lama saya sudah tak mengupdate dalam page ni.

Many important and meaningful things happened in my life and i really appreciate it.
Al-hamdulillah ala kulli hal
My puteri is almost 6 months, and started to eat solid food. After a full consideration, we choose Epal as her first food. (petua orang dulu-dulu cakap, mulakan bagi makanan yang masam dulu, nanti baru bagi dia yang sedap sedap). Yang sedihnya, my puteri kini tidak lagi full breast feed. Mula 4 bulan haritu, EBM semakin menurun. Macam-macam petua dah cuba, tapi tak berjaya. But i' m still struggling to increase my daily EBM production.- Doakan ya.

Friday, July 09, 2010

Saya dan Bola sepak

Saya pernah menjadi peminat bola sepak Tegar suatu ketika dahulu. Menonton pasukan Perak bertanding dalam Piala Malaysia adalah satu kemestian!! Menjerit ketika Khalid Jamlus menjaringan Goll adalah sangat mengujakan.Tu zaman sekolah-sekolah dulu. Pernah juga dia marahi Emak sbb pasang TV tengah-tengah malam sbb menonton EPL. Walaupun pada ketika itu saya tidak fanatik pada sebarang pasukan, ketika tengok tu rasa amat mengujakan. Kalau tak silap dulu, TV2 yang selalu ade match malam-malam. Sibok menghafal no jersi dan nama permain-pemain yang hensem-hensem. Sebab esok kat sekolah, boleh show off dekat kawan-kawan kelas terutamanya Awin. hahahahha. Dia memang minat habis EPL ni! Zaman kemunculan si owen yang masih muda belia. berebut-rebut kami!!

Kenangan masa undergrad dulu pun tak pernah lupa! Jlo+saya+kef senyap-senyap ke block junior untuk tgok worldcup ke euro ntah saya pun dah lupa. Pukul 2 pagi, Jlo akan menapak dari kolej dia dan ke bilik saya sembil membawa patung oik-oik dia tu. Lepastu, kami akan ke block junior, tingkat 4 pulak tu!! Gambar pun tak clear sangat masa tu, tapi kami tetap layannn. Bersorak kegembiraan kalau gol!! Felo pun tak leh nak buat ape. hahahahaha.

Faveret team saya adalah Agentina, sbb ada si cutie pie Pablo Aimar!! Rasanya dia tak main kot untuk world cup tahun ni. Entah, saya pun tak sure sbb saya tak pernah dapat tgok apa-apa match untuk world cup 2010 ni. Tapi sedih, Agentina dah kalah teruk haritu!! huhuhuhu

So, for tonite match. Saya akan sokong Holland!! Sebab dulu ade Dennis Bergkamp yang tua tapi terel! hahahaha.. tapi sekarang dah pencen la kan!!
So, harapnya dapatlah saya menonton Final World Cup 2010 malam ni!! Pada sesiapa yang menonton nanti, jangan lupa misscal saya, risau kot tertidur tak sedar macam malam tadi punya match!:(

Thursday, July 01, 2010

Hurm

Lama dah tak update ni.
Banyak benda yang jadi.
Tapi nak tulis tak ada mood pulak.
Padahal tadi berangan-angan nak tulis itu ini.

Entah, mood ilang entah kemana.
hurmm..