Wednesday, June 02, 2010

aku.aircond.dan mr Red

Dah hampir lebih sebulan Mr Red tak beraircond. Ada korang kesah?! hehehehe. Saya tak kisah walau sepanas terik mana ketika memandu kereta yang tidak mempunyai penghawa dingin. Bukannya pengalaman pertama pun, sbb Mr Red selalu je mengalami masalah penghawa dingin ni. So, agak lali dengan keadaan berpeluh-peluh hangat pijor dalam kereta ketika menunggu lampu isyarat merah ke hijau.

Tapi cuaca sekarangni susah nak di jangka! Memandu dalam hujan yang lebat dan tiada aircond adalah sangat mencabar!
  • Kalau tutup tingkap, tak bernafas rasa. Cermin hadapan akan menjadi kelabu, berkuap kerana suhu di dalam kereta lagi panas dari luar. Pemandangan menjadi sangat kabur di tambah dengan air hujan yang mencurah-curah dan matahari yang sedikit pun tidak kelihatan. Gelap! Tawakal dan berharap semua kereta di sekeliling memansang lampu. Risau tak nampak. Badan mula kehadapan sedikit, untuk mendapatkan pemandangan yang lebih jelas. Sebelah tangan mula menggosok-gosok cermin supaya pandangan kembali cerah. Tapi kadang-kadang tak berkesan, cermin masih kabur.
  • Buka tingkap supaya ade peraliran udara. Kalau hujan tak berapa lebat, masih boleh memandu dengan tenang. Tapi kalau hujan lebat mencurah curah, bukan takat cermin hadapan kereta je yang perlu ada wiper. Tapi cermin mata anda juga perlu ada wiper. Pastinya ada percikan air!! Kemungkinan baju juga akan basah di bahagian berdekatan dengan tingkap. Kadang-kadang, walaupun tingkap dibuka cermin hadapan masih kelabu.
Tu adalah situasi yang saya lalui semenjak-dua menjak ni. Doakan saya sentiasa selamat :P

5 comments:

Suhaib said...

tu la pakai kete saya xnak.

Anonymous said...

err..myVi satu..

~Elaine Tam~ said...

ish........ini mr red memang degil sikit hor....sejak spansion lagi dengar mr red sakit....ish ish ish..hahahah

uswah said...

per seramnye ekk.. hati2 drive ye maklong!

Uwa said...

Suhaib,
hehehe. xpela. kang awak hangat pijor lagi la jem jem nye.

Anon,
ye sila pos sebiji MyVi

Elaine,
itula. memang degil la!! Asyik sakit saja. demam la ape la. hehehhe

Uswah,
ye, mmg sangat seram. selawat je sepanjang perjalanan. haku azan dalam kereta pun penah! hahahaha