Sunday, June 20, 2010

New

I faced a lot of new things in my life recently.
I know i will need some time to get used to it and I believed you also do. ~InsyaALLAH


Ya Allah, permudahkan segalanya bagiku. Rabbi Yassir Wala Tuassir Wa Tamim Bil Khair

Thursday, June 03, 2010

4 bulan

Sedar tak sedar 4bulan dah Adeena Fatihah
video
Dah pandai bising-bising sikit. Tapi selalunya diam saje. Suka bersembang dengan abahnya compare dengan emaknya.
Masih susu badan sepenuhnya. Dulu rasa masa lepas bersalin target sampai 2 bulan je. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah 4 bulan. Next target 6 bulan. Doakan rezeki Adeena Fatihah mencurah-curah. Sangat risau, susu semakin berkurangan. :(
Semoga Adeena Fatihah membesar menjadi insan berguna.
Maaf andai ada kekurangan mama, apa-apa pun saya akan cuba jadi ibu yang terbaik!!
Amin~

Wednesday, June 02, 2010

aku.aircond.dan mr Red

Dah hampir lebih sebulan Mr Red tak beraircond. Ada korang kesah?! hehehehe. Saya tak kisah walau sepanas terik mana ketika memandu kereta yang tidak mempunyai penghawa dingin. Bukannya pengalaman pertama pun, sbb Mr Red selalu je mengalami masalah penghawa dingin ni. So, agak lali dengan keadaan berpeluh-peluh hangat pijor dalam kereta ketika menunggu lampu isyarat merah ke hijau.

Tapi cuaca sekarangni susah nak di jangka! Memandu dalam hujan yang lebat dan tiada aircond adalah sangat mencabar!
  • Kalau tutup tingkap, tak bernafas rasa. Cermin hadapan akan menjadi kelabu, berkuap kerana suhu di dalam kereta lagi panas dari luar. Pemandangan menjadi sangat kabur di tambah dengan air hujan yang mencurah-curah dan matahari yang sedikit pun tidak kelihatan. Gelap! Tawakal dan berharap semua kereta di sekeliling memansang lampu. Risau tak nampak. Badan mula kehadapan sedikit, untuk mendapatkan pemandangan yang lebih jelas. Sebelah tangan mula menggosok-gosok cermin supaya pandangan kembali cerah. Tapi kadang-kadang tak berkesan, cermin masih kabur.
  • Buka tingkap supaya ade peraliran udara. Kalau hujan tak berapa lebat, masih boleh memandu dengan tenang. Tapi kalau hujan lebat mencurah curah, bukan takat cermin hadapan kereta je yang perlu ada wiper. Tapi cermin mata anda juga perlu ada wiper. Pastinya ada percikan air!! Kemungkinan baju juga akan basah di bahagian berdekatan dengan tingkap. Kadang-kadang, walaupun tingkap dibuka cermin hadapan masih kelabu.
Tu adalah situasi yang saya lalui semenjak-dua menjak ni. Doakan saya sentiasa selamat :P