Thursday, May 27, 2010

sekotak cokelat dan seekor teddy bear


Saya dapat hadiah yeay! saya dapat hadiah Yeay! Gayanya macam hadiah dari kekasih kan? Dulu selalu je berangan nak dapat hadiah macam ni. Tapi hampes, xpenah dapat pun! hahahaha.
Takpela, akhirnya merasa jugak dapat sekotak cokelat dan seekor teddy bear! Terima Kasih kepada makcik Ku yang kasi hadiah ni. Padahal bear tu untuk Adeena Fatihah hahahahaha.
Kepada makcik Ku, good luck dalam apa jua diceburi :p seronokla dapat jumpa hang. penat hang mai jauh jauh no. Lain kali mai, uwa belanja pulak na :p

Wednesday, May 26, 2010

TRIMLINE Slimming Belt

Saja nak promote TRIMLINE Slimming Belt ni. Sangat seronok pakai benda ni. Masa dalam pantang haritu memang setiap hari pakai ni je waktu siang. Malam baru pakai barut/bengkung ikat yang kain tu. Pakai TRIMLINE Slimming Belt ni rasa selesa sangat, memang la akan rasa berpeluh peluh sbb benda ni dia tebal mmg function dia nak kasi keluar peluh dan sauna efek.
Memang sesuai dipakai pada bila-bila masa. Mungkin dapat membentuk pinggang anda ketika membuat kerja rumah? hahahahha..
Harga dia murah aje RM29.90. Tapi sebab sekarangni promotion so harga dia RM 20.90!! Cepat-cepat order segera kepada bakal2 ibu tu!! dan juga, rasa sangat selesa pakai benda ni masa period pain or gastrik menyerang. Pendek kata, kalau perut meragam la. hehehehe
Kalau sape berminat boleh tgok dekat www.getavononline.blogspot.com or tinggalkann pesan kat sini je.
Promosi ni sampai hujung bulan ni aje!!

Tuesday, May 25, 2010

Kembali Aktif

Lama sangat rasanya tak update pasal AVON ni. Tapi sekarang saya kembali aktif!! Jadi selalula lawati blog Avon saya www.getavononline.blogspot.com

Kempen terbaruni, banyak menarik!! payung 16panel RM15.90 aje. mana nak dapat kat tempat lain kan. Bra dia pun banyak yang cantik-cantik dan pada siapa yang susah nak dapatkan bra bersaiz besar di pasaran, AVON ada saiz hingga 42D dengan harga yang berpatutan. Sila la tgok katelog kalau ada yang berkenan.
Enjoy Shopping

Monday, May 24, 2010

Redeem Your Jcard Point

Cepat-cepat-cepat redeem your Jcard point!!
Tara~~~

Endo digital scale! at last i have my own scale. Dari pregnant dulu wanted to buy one. Tapi rasa macam membazir. But now, i get it for free. Yeay yeay and yeay! :p
Jom timbang berat sama-sama. Siapa berminat meh datang rumah, timbang! hahahahahaha. Lepas ni bolehla monitor penambahan berat Mr su and Fatihah dengan lebih jitu.. :p

Sunday, May 23, 2010

Mama bekerjaya

Syukur Alhamdulillah, lebih kurang sebulan lebih dah mula masuk kerja dari lepas bersalin haritu. Semenjak ada baby ni, rutin harian terus berubah. Masa terasa singkat sangat, terkejar-kejar buat itu ini sediakan itu ini.
Bangun pagi kena siapkan sarapan pagi, kadang-kadang sediakan bekal lunch sekali (save bajet). Jadi dalam 730pg dah kelengkung-kelengkang kat dapur. huhuhuhu.. Lepas siap masak,packing barang-barang Fatihah untuk ke nurseri. 4x3oz susu, pampers, tuala dll siap dalam bag cute pemberian wan chek dia.tit-tit-tit mesin basuh dah siap. Jadi sidai kain dulu la.
0920 tukarkan pampers Fatihah, yela tak kan nak anto dengan pampers penuh-penuh. Manatau kot-kot neseri mandikan lambat pula nanti.0930 Fatihah masuk kerata and mama hantar p neseri. Then saya pun ke UKM. Nasibla jadual kerja saya agak flexi boleh masuk agak lewat..dan boleh jugakla curi-curi tulang.memang tabik spring la kepada ibu-ibu yang masuk kerja pukul 8pg tu. surela kena kelam kabut siapkan semua pepagi buta.
Pukul 430 selalu saya dah cabut dari opis dah walaupun opishour balik pukul 5 :p. Semua nak elakan jem. Kalau keluar pukul 5, jem sesangat!! Sampai rumah dalam 5+, kalau bahan-bahan dapur tak cukup, akan terus ke kedai beli. Kalau tak, terus ambil fatihah di neseri.
Sampai rumah sempat juga tgok series ER separuh jalan (ulangan zaman dedulu punya pun). Angkat kain, opppss..malas nak lipat ye. hahahahaha.
Kalau adeena Fatihah mood baik, boleh la mamanye masuk dapur nak masak makan malam awal. Kalau fatihah tak mau tido, kadang-kadang pukul 8 barula boleh mula masak. jawabnye makan pun lewatla.
So, mr Su balik dalam 8+ jadi lepas makan berjemaah. Kemas-kemas dapur sikit. tup tup je, sure dah pukul 9++ kadang-kadang pukul 10 dah!!
Mandi-mandi terus naik atas and tido. Eh, tak lupa juga kena pump susu dulu. Nanti esok tak cukup pulak makanan Adeena Fatihah kat neseri. Selalunya malam, Adeena Fatihah akan merengek nak nak susu dalam 3~4 kali la. Jadi bersiap sediala untuk digangu tidur. ahahhahaha.
Alamak, kain tadi xlipat lagi.. ahhhh.. esok ajelah lipat hahahaahha

So, itulah rutin saya sekarangni. 24 jam rasa tak cukup!!
Doakan supaya saya dapat menjadi isteri and ibu yang terbaik :p

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Lahir

12052010 genap 26 tahun saya ni. Lebih suku abad dah. Dah tua!
Suhaib agak sibuk 2-3 harini. Jadi malam tu, saya tinggal berdua dengan Adeena di rumah. Memang dia dah pesan dia akan balik lambat ataupun tak balik terus malam tu. So, saya pun tak kisah, tido dengan nyenyaknya.
Tiba-tiba, suhaib call. Dia cakap, tolong bukakan pintu rumah. Agak pelik pulak, tapinya memang kadang-kadang tangan dia penuh and selalunya kalau dia balik memang saya tolong bukakan pintu.
Buka pintu je.. tara ~~~

Ada kek siap lilin lagi.. Oh!! saya terharu. TQ my lovely husband. Masa tu pukul 1205++ macam tu la.
Sekejap je dia balik, lepas makan kek+ mandi. Suhaib pun terus ke opis semula. Entah pukul berapa dia balik saya pun tak tau sbb saya dah pun g UKM.
Dalam masa sekejap tu, kami sempat jugak mengambil gambar sefamily. Adeena dipaksa bangun tengah-tengah malam...hahahah
hurmm..nak mintak hadiah birthday ape ek? huhuhuh

Sunday, May 09, 2010

010510 Ulang Tahun Perkahwinan

(sila abaikan bodi terbaru saya yang gumuk itu)
Pejam-celik-pejam-celik dah setahun dah saya bergelar isteri. Dan sekarang dah jadi ibu pula tu. Sekejapnya masa berlalu.
Anniversary kami yang pertama, di sambut dengan serba keserhanaan. Al-maklumla, ekonomi agak gawat sekarang ni. :p

Suami tercinta bawak kami makan di Alamanda (tempat dating-dating dulu). Punya pening nak fikir nak makan ape. Tapi saya punya syarat adalah nak makan benda yang tak pernah makan lagi. So, Mr su belanja inihurmm..makanan dia so-so ajelah, tak sedap pun berbanding dengan harganya yang mahal!! ataupun kami yang tak reti nak order? hahahaha.. tak kisahla..apa-apa pun it still jadi kenangan terindah jugak. kami telah sebulat suara menghadkan maksimum Rm10 untuk hadiah.Saya hadiahkan sepasang stokin (terlebih rm10 hahahaha), and saya dapat sekeping kad yang sungguh bermakna dan Surah Yassin(perli haku lani!)
Tak lupa juga, kami telah merathon 2 movie pada 0305 ketika Adeena Fatihah di neseri :p
Terima kasih banyak-banyak kepada suami saya, Suhaib untuk segala-sagalanya. Anda adalah suami yang baik. Semoga kita kekal ke akhir hayat : i love u :

Wednesday, May 05, 2010

Sweet Bonda Giveaway

Ini adalah sticky post sampai 05 may.

SweetBonda.com ada buat contest, jadi saya nak join jugak memandangkan hadiah dia memangla amat menarik-tetarik kau memang deBOOm. Ist prize dia medela Harmony tu!! Memang syukurla kalau dapat, sbb breastpump rosak pulak. Adengan perah memerah, semua buat manual pakai tangan aje. Penat sangat!!.. tapi alhamdulillah, cukupla bekalan untuk Adeena Fatihah kat nurseri.
OK, syarat-syarat penyertaan ada dekat sini. Sila klik.

"Saya adalah sweet bonda kerana : Bukankah sesuatu yang sangat manis(sweet) memberikan anak anda EBM secukupnya setiap hari? Jadi, saya adalah the sweetest bonda sbb saya cuba bekalkan EBM secukupnya untuk anak saya setiap hari!! :)"

ok, semua syarat-syarat penyertaan rasanya dah completo. Harap-harapnya boleh la menang :p