Friday, April 02, 2010

Kisah bersalin

Sure ramai nak tau kisah saya bersalin haritukan? Tapi macam dah basi pun ada :p
Sekejap je masa berlalu, Adeena Fatihah pun 58 hari.
Saya selamat bersalin selepas 2 hari saya penat berjalan ke hulu kelihir. Betul la kot, kalau banyak berjalan process bersalin tu cepat sikit. huhuhuhuhuh
Dimulakan pada pagi 020210, Mr su halfday entah kenapa ek? lupa dah..tula dah lama baru nak cerita.hahahaha.
After mandi pagi yang tak berapa pagi dalam jam 11+, tibatiba saya mendapati ade tanda bleeding. Saya relax lagi, sbb tak ada contraction. Saya sambung semula berchatting dengan cikOpy yang tak habis-habis paksa suh i p klinik check. Masing-masing mencari info di internet berkenaan bleeding tu. Dah time nak bersalin ka? Di tambah pula cik Jamie yang turut paksa saya pegi ke clinic berdekatan. Paling tak lupa ayat dia "uwa, if u tak nak pergi check..im gonna tell ur mum" hehehehe.. Oh, kawan-kawan yang sungguh mengambil berat!! daku terharuuuu~~~
Saya tinggal sorang di rumah dan nak masak pun xlarat lantas order McD . Masih tiada contraction sampai petang. Call my family doc a.k.a kak uda and tanya pasal tanda bleeding tadi. Kak uda cakap, itu adalah SHOW! tak sompek kot nak balik kampung bersalin. Dia pun suruh pegi check hospital. Tapi still degil, after maghrib baru ajak Mr su p hospital. Masa tu dah sakit2 sikit. Tapi mmg dah selalu sakit macam tu.
Disbbkan McD berhadapan dengan hospital tu, jadi kami pun beli McD lagi. Masa sampi hospital tu rasa macam dah tak larat nak jalan. Tapi dok kena tarik tangan dengan Mr Su, gua terpaksa la jalan jugak. Checknya agak lama jugak menunggu sbb ramai buat BSP time tu. Doktor check kata dah 2cm terbuka, tapi boleh balik. So, balik la kami. Tapi time tu dah rase macam ada benda nak terkeluar..jalan pun slow je.
Balik je rumah rasa tak tentu hala. Sakit perut! Rasa macam keracunan makanan, plus saya ke tandas 3x. Siap beli 100plus lagi..separuh botol saya guguk.hahahahaha. Rasa panasnya badan!! duduk tak betul baring tak selesa. Mr Su tido di atas saya tidur dihadapan TV.
Jam pukul 3am, saya terjaga sbb sakit perut sangat and baru teringat tak solat isya. Lepastu, tidur sambil duduk la kejap..sakitnya datang kejap kejap.
430 am dah tak tahan lagi.nak naik atas kejutkan Mr su dah tak larat naik tangga. Telefon Mr Su berapa kali dia tak angkat pulak. Ape lagi, haku jeritla sekuat hati panggil Mr tu yang di tingkat 3!! Nasib 4x jerit dia turun. huhuhhuhuhu.
alamak, panjang pulak post ni
akan bersambung..(adeena fatihah dah merengek2 tu) :p

2 comments:

Anonymous said...

Silver is one of pandora jewellery the oldest metals ever cheap pandora used to make jewelry. It cheap pandora uk can be used to make a ring look rich pandora discount uk and lustrous, classic pandora uk or contemporary, plus pandora bracelets it is easy to clean pandora bracelet and keep looking like new. Many people believe pandora bracelets uk that silver improves over time, looking more and more attractive the longer you wear it.While all of these pandora bracelet charms are great reasons to buy silver wedding rings, the best part about silver is definitely pandora bracelets sale the price. This affordable metal makes it easier to buy the ring you really want without spending too much money.

Azlinda Rusli said...

ape kene mengena cerita besalin ng pandora jewellery bagai?haishhhh...