Monday, April 19, 2010

Kisah Berpantang

Jom dengar kisah berpantang pula.
Saya berpantang 44 hari di kampung tercinta. Selepas dua hari bersalin, baru balik ke Teluk Intan. Sakit bontotnye time tu!! Rasa 2jam30min perjalanan sangat jauh..macam ada pisau je kat bawah bontot ni.. oh ngilu! huhuhuhu.
Masa berpantang, macam-macam aktiviti. Penat kadang-kadang tu.
Bangun-bangun pagi, dalam pukul 6~7 macam tu kena bakar tungku. (tapi saya selalu ngelat, dah pukul 8 baru nak bertungku :p)Kena bertungku setiap hari tak boleh miss. 2x sehari, pagi and petang. Best bertungku ni, time batu tengah panas-panas. Letak kat perut, kaki, belakang. Ambil masa dalam 15~20 minit jugak la satu sesi sampai batu tu suam-suam and dah tak best. Lepas tu kena minum air halia pulak, mak selalu pesan minum 2~3 cawan sehari. Selalu je mak bebel sbb cerek air halia dia tak surut-surut pun :p
Makanan memang kena pantang, ayam tak boleh makan. sesetengah ikan je. sayur pun banyak yang tak boleh. Pendek kata, menu harian saya adelah ikan bilis goreng dan serbuk lada hitam. Tapi kadang-kadang mak buat sup ikan, bertambah-tambah la nasi saya. Kesian kak itah, selalu kena masak lauk khas untuk saya. Mengada sungguh saya ni!! Ape ape pun tq ek kak itah.


ni pulak masa dah tinggal lagi seminggu nak habis pantang. Bertangas namanye.. Ini pun best! sbb rasa macam pergi sauna pulak. hehehehehe.
Lupa pula nak ambil gambar barut!! Barut juga tidak dilupakan, setiap malam kena pakai. Letak kapur dengan asam keping kat perut lepas tu ikat barut ketat ketat!

Masa berpantang kat kampung BEST sangat!! Dah lama sangat tak spend masa kat rumah tu lama-lama. Dulu pun masa cuti semester saja. Aman damai je rasa. Walaupun cuaca hangat hijo!!Mak pun baik sangat!! Walaupun sakit lutut, tapi dia rajin sangat nak sediakan semua untuk saya. Masa awal-awal tu, semua baju Adeena Fatihah dia tolong basuhkan, sidaikan. Yang kena taik dia tolong beruskan. Terharu sangat!!Bila saya dah masuk 2 weeks, saya dah mula basuh sendiri :p
Abah pula, masa Adeena Fatihah baru je sampai kampung. Saya terlupa nak bawa kelambu dia, terus abah pegi beli kat Billion. Betapa Atok dan Opah sayang pada cucunya.
Masa berpantang memang saya banyak menyusahkan orang. Terima kasih pada Mak dan Abah Kak Itah, Kak Yang, Faiz, Adik dan suami yang melayan saya dengan baik sekali. Terharu sangat!!!
Masa mula-mula datang KL, kekok sangat rasanya. Suami pergi kerja dan saya tinggal bersama Adeena Fatihah. Sunyi rasa!!! Menagis ntah berapa kali sorang-sorang :p Entah kenapa rasa syahdu sangat. Teringat-ingat suara Abah memanggil Fatihah. Suara mak bebel-bebel orang pantang kena mandi awal. Kak itah cerita pasal student dia itu ini. Kak Yang dengan pelangganya. Faiz dengan tak nak pergi sekolah agamanya. Adik yang suka sembang-sembang.

Hurmm.. tak apalah. Kehidupan mesti di teruskan..

Doakan yang terbaik untuk kami


Friday, April 09, 2010

Kisah bersalin II

Ok, jom sambung cerita balik.
After Mr Su turun bawah, dia ajak ke hospital. Tapi saya macam malas, sbb saya sangat pasti itu adalah contraction keracunan makanan akibat makan McD banyak sangat lunch+dinner.Almaklumlah, saya kan ada pengalaman keracunan makanan yang kronik. Tapi masa tu mmg dah sakit.
Suhaib keluarkan beg baju dari keta dia masuk ke Mr Red. Dan dan time saya nak bersalin ni, keta Mr su ekon rosak pulak. Nasib ada Mr Red ku yang masih gagah perkasa.. Masa ni, siap tambah-tambah barang lagi, telekong la Al-Quran la. Yela, manatau kot kot warded ke kan. So, bawakla semua sekali. Tapi, sampai-sampai hospital je, terus kena masuk labour hall !! Nak bersalin sudah!!Btw, sempat juga saya snap pic ni walaupun husben ku dah kecoh-kecoh suh masuk kereta cepat :p korang ingat tak, post ni saya dok terpikir kat mana saya nak sangkut tuala after mandi, saya tak sempat mandi pun kat hospital tu masa bersalin.hahahah
Masa on da way ke hospital tu, MasyaALLAH!! mmg rasa sakit sangat!!Senyap je saya dengan pegang pintu dengan seat kuat-kuat.Jalan pun MasyaALLAH, banyaknye bumper!!Kami selawat sepanjang perjalanan, nasib tak jem yela pukul 5pg!! dalam 20min sampai hospital.
Sesampai je kat kecemasan, saya turun dulu sbb Mr su nak p park keta. Tunggula saya kat kosi tepi tepi tu..memangla dah tak ralat nak jalan!! Naik wheelchair ke tingkat 4!! Sampai je kat wad bersalin,jumpa balik nurse tadi. Senyum senyum dia hehehehe
Terus dia kasi baju, and masuk dekat bilik screening. oh! udah 5cm!!! masa dia check tu, agak sakit la. sbb masa 2cm tu, takda rasa pape pula masa dia check. dengan muka seposen saya tanya nurse tu "sempat tak kalau saya nak bersalin kat teluk intan?"memang berhajat benar nak bersalin kat kampung..dengan tenangnye akak nurse tu cakap "adik, ni kena masuk dewan bersalin dah" :p.Masani Tuhan sajelah yang tahu, hah? dah nak bersalin dah saya ni??? Tolong tolong..hahahaha
Mr Su, still kat luar,dorang tak bagi masuk. Hp & handbag kat Mr Su jugak. Masatu sakit sangat!! Alangkah indah kalau ade husben bersama..Saya terus di tolak masuk ke labour hall. Sebelum tu dia drip masuk ubat ke air ke saya tak taula. Nak cucuk drip tu pun, 4kali cubaan baru jadi!! Mula tangan kiri 2 kali xdapat salur darah. Nurse tu panggil Dr pulak, Dr pun 2x cubaan baru la dapat. Tu pun dekat lengan.sepatutnya kat pergelangan tangan. Bila dia pasang kat lengan, susah nak gerak!!huhuhu.
Dr cakap, 1cm 1jam. So maybe dlm pkl 10 baru bersalin!! kedudukan katil bersalin tu, mmgla berhadapan dengan jam. Sangat lambat rasa masa berlalu, dengan kesakitan yang amat sangat. Di tambah pula dengan bunyi mesin yang monitor jantung baby. Memang rasa nak menagis!!
Banyak kali saya cakap, husben saya ada kat luar. Nurse cakap, kejap lagi kita kasi dia masuk ye. After kutuban pecah baru boleh masuk..kutuban saya tak pecah-pecah jugak. So, kena manual pecahkan. MasyaALLAH sangat sakit!!! masatu dah 7cm.
Saya agak lalok masa dia pecahkan tu, sbb dok hisap gas Entonox kot namanye yang sungguh menenangkan. Tapi sakitnya memang la tak dapat ditandingi!! Masatu still sorang-sorang dalam labour hall tu. Memang sentiasa selawat je, kuat lak tu saya selawat!! hahahahaha. Bila time contraction kuat mmg nak menagis rasa!!
Akhirnya suami saya pun dapat masuk, muka dia sangat terkejut melihat keadaan saya yang meronta-ronta. Agak pucat la dia time tu. Saya nak cerita pun dah lalok dok kesan gas tu. Sempat pegang kejap je tangan Mr Su lepas tu rasa mmg dah nak keluar sangat. Terus jerit Mr su soh panggil Doktor.
Saya tak teran lagi masatu, sbb nurse tu pesan. Jangan teran sebelum masa, nanti kepala baby jadi panjang and nanti penat tak larat nak teran lagi. After nurse datang, mmg dah time nak bersalin ni. Dia suruh angkat kaki and tarik kaki ke arah badan. Sangat sakit, time tu!! Teran punya teran, baru nampak rambut kata nurse tu. Mak ai, macammana nak teran ni sebenarnya!! Rasa dah habis teran dah, tapi xkeluar pun!! Time ni semua orang dalam tu kasi semangat!! Ha! Bagus!! sikit lagi!! Masani tak sure muka Mr Su macam na.
Saya dah penat sangat masa ni.Lepastu macam tiba tiba saya tengok ramai orang dalam bilik saya tu, Dr monitor kat mesin sebelah and dia cakap "adik, jantung baby dah lemah. Boleh ke kami vacum??" Dengan pantas saya menjawab "YA!!"mmg dah tak larat lagi.. Buatla apa saja asalkan baby ni keluar dari perutni.Lepas tu, saya dengar macam kelam kabut,dorang nak sediakan alatan2 kot. Mr Su, kena keluar dah time ni.Saya pun tak sure vacum tu macam mana. Maybe lebih kurang macam ni la kot.
Time vacum ni, kaki kena gantung kat tepi katil. Ade tiang dia letak, and ada tali untuk pegang masa teran. Masa ni mmg dapat rasa kepala keluar,kejap je badan semua pun keluar. Tapi tak dengar bunyi nagis pun! Saya dah risau, lepastu nurse ankat tunjuk kat saya. Dia cakap, baby gurl. Senyum saya dalam ke lalokan.Time tu nampak baby macam color biru hijau..lepastu, nurse masuk tuib apentah dalam mulut baby and last uuuweekkk..dgr dah bunyi dia!! Oh indahnya time tu.
Lepastu, still tak habis lagi saya dapat rasa macam ada tangan2 dalam perut. Saya tanya "Apa lagi doktor". Dia cakap nak keluarkan uri. Time ni sakit juga!! sbb gas tu dah tak di hisap sangat. Terasa juga uri tu keluar..gedebok!! macam terus perut rasa flat!!
Lepastu, time jahit kat bawah pulak!! OH!!! YA ALLAH, mmg sangat sakit!! terasa setiap kali jarum masuk keluar masa jahit tu!! saya mmg hisap gas tu sekuat hati, tapi mmg masih terasa sakitnya. Boleh doktor tu cakap, jangan angkat bontot masa dia jahit!! Peh, susah gila kot, kalau boleh rasa nak tendang-tendang orang-orang kat situ. Sakit SANGAT!!!
Alhamdulillah, 07:53 Selesai dah bersalin. dan di beri minum susu, sbb nurse tgok saya sangat lemah.
Mr Su pun di panggil masuk untuk azankan baby. dan lepak-lepak kejap dengan saya yang kepenatan. Yela, tak makan pape pun dari malam tadi. Masatu, saya tgok katil mmg berdarahdarah, seram!! hehehehehe.
Lepastu, Mr Su pun kena keluar sbb nurse nak tolak saya masuk ward. Tapi nak buat macam mana, lambat pulak. Tak ada katil kosong katanya. Alhamdulillah, akhirnya dapat katil and bilik yang best!! Nurse pun baik-baik je, tolak kan saya ke ward. Masatu dia nak suruh saya pegang baby atas wheelchair, tapi saya sangat penat and tak larat. Nurse baik hati tolong letak dalam trolley dan tolakkan. :P

Alhamdulillah. Proses kelahiran saya sekejap je ALLAH permudahkan. Tapi apa yang dapat saya katakan disini. Pengalaman bersalin adalah satu pengalaman yang sangat berharga! Semua ibu ada cerita dan pengalaman tersediri. Namun kelahiran tanpa sebarang pain killer,epidural induce dan ubat ubat lain adalah amat menyakitkan pada saya. Tapi sebagai seorang ibu, ia pengalaman yang sungguh idah.:p harap-harap terhapusla dosa-dosa kecil saya yang kemain bertimbun-timbun . Amin
Ok, nanti saya update pasal berpantang pulak ek :p

Friday, April 02, 2010

Kisah bersalin

Sure ramai nak tau kisah saya bersalin haritukan? Tapi macam dah basi pun ada :p
Sekejap je masa berlalu, Adeena Fatihah pun 58 hari.
Saya selamat bersalin selepas 2 hari saya penat berjalan ke hulu kelihir. Betul la kot, kalau banyak berjalan process bersalin tu cepat sikit. huhuhuhuhuh
Dimulakan pada pagi 020210, Mr su halfday entah kenapa ek? lupa dah..tula dah lama baru nak cerita.hahahaha.
After mandi pagi yang tak berapa pagi dalam jam 11+, tibatiba saya mendapati ade tanda bleeding. Saya relax lagi, sbb tak ada contraction. Saya sambung semula berchatting dengan cikOpy yang tak habis-habis paksa suh i p klinik check. Masing-masing mencari info di internet berkenaan bleeding tu. Dah time nak bersalin ka? Di tambah pula cik Jamie yang turut paksa saya pegi ke clinic berdekatan. Paling tak lupa ayat dia "uwa, if u tak nak pergi check..im gonna tell ur mum" hehehehe.. Oh, kawan-kawan yang sungguh mengambil berat!! daku terharuuuu~~~
Saya tinggal sorang di rumah dan nak masak pun xlarat lantas order McD . Masih tiada contraction sampai petang. Call my family doc a.k.a kak uda and tanya pasal tanda bleeding tadi. Kak uda cakap, itu adalah SHOW! tak sompek kot nak balik kampung bersalin. Dia pun suruh pegi check hospital. Tapi still degil, after maghrib baru ajak Mr su p hospital. Masa tu dah sakit2 sikit. Tapi mmg dah selalu sakit macam tu.
Disbbkan McD berhadapan dengan hospital tu, jadi kami pun beli McD lagi. Masa sampi hospital tu rasa macam dah tak larat nak jalan. Tapi dok kena tarik tangan dengan Mr Su, gua terpaksa la jalan jugak. Checknya agak lama jugak menunggu sbb ramai buat BSP time tu. Doktor check kata dah 2cm terbuka, tapi boleh balik. So, balik la kami. Tapi time tu dah rase macam ada benda nak terkeluar..jalan pun slow je.
Balik je rumah rasa tak tentu hala. Sakit perut! Rasa macam keracunan makanan, plus saya ke tandas 3x. Siap beli 100plus lagi..separuh botol saya guguk.hahahahaha. Rasa panasnya badan!! duduk tak betul baring tak selesa. Mr Su tido di atas saya tidur dihadapan TV.
Jam pukul 3am, saya terjaga sbb sakit perut sangat and baru teringat tak solat isya. Lepastu, tidur sambil duduk la kejap..sakitnya datang kejap kejap.
430 am dah tak tahan lagi.nak naik atas kejutkan Mr su dah tak larat naik tangga. Telefon Mr Su berapa kali dia tak angkat pulak. Ape lagi, haku jeritla sekuat hati panggil Mr tu yang di tingkat 3!! Nasib 4x jerit dia turun. huhuhhuhuhu.
alamak, panjang pulak post ni
akan bersambung..(adeena fatihah dah merengek2 tu) :p