Tuesday, March 30, 2010

Mak dan Abah

jam 0054 dan saya baru sahaja selesai solat isya.
tadi selepas menonton awan dania, saya tertidur di tilam empuk ditemani puteri saya. Entah kenapa, selepas mimpi tadi saya berasa amat tak sedap hati. Bagai ada sesuatu yang nak disampaikan dari mimpi yang tergantung tadi.

Jantung saya bergerak laju, fikiran sentiasa teringatkan Abah di kampung. Apa khabar Abah? Sudah 2 hari tak telefon kampung.Dengan Abah pun jarang berbicara, saya selesa bercerita dengan mak. Rasa ingin menelefon terus ke kampung bertanya khabar sekarang, namun waktu dah terlalu lewat. insya ALLAH esok pagi akan terus telefon kampung. Amat rindu rasanya~~~ tak terbendung hingga menitiskan air mata ketika menaip post ini.

Tiada apa yang dapat dilakukan, hanya doa buat mak dan abah di kampung. Ya ALLAH panjangkanlah umur mereka dan anugerahkanlah kesihatan kepada mereka.


Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

2 comments:

Teacher Yatee said...

any news mama uwa? hope mak abah ko sehat je k...aku pon rndu mak abah aku...lgla jauh nk blk pon xdpt...dahla xlame lg aku jdi hak milik org len plak..huwaaaa!!!!!!!!!!

9w2are said...

uwa,
kalau cuti lama2 kat kampung
lepas tu balik kl
mesti rindu kat mak & abah.
walaupun kita dah ada family sendiri
tapi pengorbanan mak& abah
selama ini yg boleh
rasa nak teroyak je..