Friday, February 12, 2010

Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah

Saya selamat melahirkan seorang puteri bernama Adeena Fatihah pada 03 Feb 2010 yang lalu pada 7:53 pg di hospital ampang.
Banyak pengalaman baru yang menarik yang nak di kongsi. Tapi nantila, kasi saya berpantang dahulu ye. Nanti akan di ceritakan saat-saat mendebarkan itu. heheheh. ape ape pun enjoy gambar-gambar ni ek.
Alamak, lembab pulak internet ni. Lain kali la saya update lagi.
till then.. selamat berpantang kepada saya.
doakan yang terbaik untuk kami :p

Tuesday, February 02, 2010

Dak Dink Duk

Oh dah 37 minggu dah.
Semakin berdebar-debar nak tunggu baby ni keluar. Ya ALLAH permudahkan segala-galanya.~ amin~
Kesempatan ni juga, saya nak mintak ampOOn dah maaf kepada semua-semua yang mungkin ada tersinggung ke, apa-apalah kesalahan saya kepada kalian semua. Pohon ampoon dan maaf.
Doakan la semoga process kelahiran ini berjalan dengan baik. InsyaALLAH.
Semoga berjumpa selepas saya bersalin :p

hurmm. macam manala duduk kat hospital kan. saya ni sejak dari kecil tak penah duduk hospital. teman orang tido dekat hospital pun tak pernah. sure pengalaman yang tak dapat lupakan la nanti ni. Macam mana nak mandi kat hospital? lepas mandi tuala sangkut kat mana? hahahahhah.. apelah mengarut ngarut yang ko pikir ni uwa oiiiii

btw, saya dah mula buat cuti sendiri, tak nak pegi UKM dah. maafkan saya ye Dr. :p