Tuesday, January 26, 2010

My-Alia.com Giveaway Special!

Saja nak join contest ni... Hadiah dia menarik!!

Bagaimana anda hendak menang?
Senang saja:

4 tiket - untuk satu entry di blog anda --done
1 tiket - sekiranya anda menjadi Follower di My-Alia.com ---done
1 tiket - sekiranya anda menjadi Follower di Danial's and Eva's Diary --done
1 tiket - sekiranya anda war-warkan Giveaway ini di Facebook anda (sertakan link ke page ini) --done
1 tiket - sekiranya anda war-warkan Giveaway ini di Twitter anda (sertakan link ke page ini)--done
1 tiket - sekiranya anda letak banner My-Alia.com di blog anda (banner ada di sidebar)--done
1 tiket - sekiranya anda letak banner Danial's and Eva's Diary di blog anda -- done

*updated!

1 tiket - sekiranya anda letak banner Kedai Gambar Kami di blog anda (banner code ada di sini) --done

-total : 11 tiket
wow! semua syarat dah complete. harap harapnya dapat la menang!! Yeay!

Oklah, kalau nak tahu maklumat lanjut, click sini!

Sunday, January 24, 2010

Update

Rasa macam dah lama pula tak update :p

Tak ada ape nak di update pun. Hurm.. pelajaran ku semakin streSSS..rase nak blah pun ade. Xpe sabo sabo...
Oh, abaikan pasal tu.. :(

Bila perut dah semakin besar, dan badan pun dah terasa semakin berat. Semua aktiviti pun susah nak buat.

Nak bukak tingkap dapur pun kadang-kadang perut tersangkut dekat sink.. Nak tukar plug ricecooker kepada heater pun perut sangkut kat meja. Nak on plug kena tolak guna sudip :P sebab dah tak sampai. Duduk dekat sofa kena letak bantal kat belakang. Duduk atas lantai sekajap je dah rasa nak cramp bontot. Duduk ngadap laptop sekejap sekejap kena sandarkan badan. Nak tido, mengiring pun tak kena. tegak apetah lagi.
Kalau duduk lama, lepas tu bagun nak jalan memang sakit gila perut. Kadang-kadang kena berenti sekejap. Perjalanan 3 min mungkin menjadi 10 min. :p. Bangun pagi tangan dengan kaki selalu kebas-kebas. Nak gengam pun susah. Keadaan rumah sangat tak terurus, macam tongkang pecah!! hahahahha

Ape-ape pun memang macam tu la rasanya kalau pregnant. kot Jom enjoy situasi ini, nanti rindu pulak nak sangkut-sangkut perut. hahahha

Monday, January 18, 2010

Check Up 36 minggu

Tadi pergi Hospital Ampang untuk check up. Appointment pukul 940, tapi pukul 930 saya still terhegeh-hegeh mencari cermin mata yang tak ingat letak kat mana. Sayani tak adalah rabun teruk, tapi kalau driving tak pakai macam tak puas rasa memandang. :p Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. So, keluar rumah seperti biasa. Syukur juga sbb MRR2 tak jem. Walaupun tak jem, saya ikut lorong paling kiri sekali sebab risau kot kot terlepas simpang, saya tak berapa nak cam sangat jalan dia. Kang terus ke KL pulak, tak pasal singgah opis Mr Su or rumah Mc Sempo. Tu jela tempat kat KL yang saya yakin boleh bawak sendiri dari rumah. hahahahhaha

Checkup berjalan seperti biasa, agak lama jugak almost pukul 1 baru siap semua. Tapi kat hospital ni dia scan sekali. and FREE! dan kemudahan lain macam best-best jela. Toilet pun bersih je, penimbang pun digital. blood pressure punya mesin pun canggih, xpenah jumpa sebelum ni. Tapi cuma orangnya la yang ramai.

Dr cakap saya dah 36 minggu! Maksud 9 bulan dah! Anytime boleh bersalin :p.
Baby alhamdulillah sihat dah 2.5kg dah pun. Saiz dia pun normal. InsyaALLAH tak ada problem nak deliver normal nanti.

Pegi hospital ni, seronak juga. Jumpa ramai orang, macam-macam cerita ada. Ada akak ni sepatutnya due 10.2 tapi dah deliver semalam. Normal lak tu, sakit sakit perut p hospital tgok dah buka 4cm!!
Ade ni pulak, akak ni dah lepas due 5 hari tapi anak dia tak nak keluar-keluar.
Hurmm.. macam-macam kan.

Lepas selesai semua, pergi parking kereta. Tup tup ade surat selit kat wiper. Sah! kena saman. hahahahhaha.. habis semua kereta yang paking kat side hospital tu kena. Tapi masalahnya kan, parking kat dalam semua full. Habis tu nak park kat mana lagi?? Takpela.nak buat macam mana.. heheheheh

Oh, panjang pulak entry ni. Sekian terima kasih. nanti i upload gambo ek.

Baik punya cilok. Yeah.

Baik punya cilok!!

Thursday, January 14, 2010

Hospital Ampang.. Cantik juga


Went to Hospital Ampang yesterday. Cantik hospitalnya, or maybe all the government hospital has been upgraded. Lantai berkilat macam dekat alamanda. hahahahahah. and i hope the service will be as good as it looks.
i went here just to get an appointment date to see the specialist i guess?? My case was referred to here from Klinik Kesihatan Bt 9. So, in case deliver awal.. hospital dah standby. Oh, anak aku jadi orang KL pulak nanti :p

Still tak habis-habis dengan BSP problem ni, the doc want me to do another BSP on Sunday and come again on this Monday to review the result. I have done BSP twice, and the result is normal la. Hurmm.. takpela. Ape-ape yang terbaik for my baby.

Tuesday, January 12, 2010

34 Minggu

sedar tak sedar tinggal lagi 30 hari je nak bersalin. Seram pun ada jugak, tapi semua perempuan sure boleh buat kan. :p Jadi wish me luck la nanti.

Perut saya semakin membulat, eh membujur kot. Tangan dan kaki semakin menembam. Selalu je rasa kebas-kebas di tangan and kaki selalunya masa tidur. Nak dapatkan tidur yang nyeyak memang sangat susah sekarang ni. Posisi baby dalam perut banyak mempengaruhi. Kejap dia mengeras!! Tu memang paling sakit!! Rasa nak nangis pun ade jugak. Bayangkan ada benda keras dalam perut yang menghalang pergerakan anda. nak bangun pun susah! If sebelum ni cumalah lemak berkrim yang bisa saja berlipat-lipat diperut. hahahahahaha.

Memangla selalu sangat terjaga, sebab nak ke toilet. Betul la, info-info yang saya baca. Memang almost lebih dari 5 kali kot terbangun sebab nak ke toilet. And tu tak tambah lagi terjaga sebab alunan merdu Mr su yang kadang-kadang mencapai volume 5. hahahahahah. Habis saya picit-picit idung dia. hahahahahaha..

btw, sekarangni pukul 4:32 pagi. terjaga pulak sbb lapo pula. Dah cuba nak tidur balik tak boleh pulak. Jadinya, saya turun dapur amik biskut celup susu. Oh sungguh menyelerakan!! almost 10 keping biskut jangung saya telan ni. :p

oklah, perut dah kenyang.. nite2.

Sunday, January 10, 2010

Qasseh Hijab

Ni saya nak suggest website yang best untuk beli tudung. Qasseh Hijab sila click link tersebut. Blog ni baru aje dibuka. Harga-harga berpatutan sungguh. Tak caya? p la survey dulu kat online mana-mana. Memang kat sini murah lagi la.
Potongan dia pun ok, jahitan pun kemas je. Kan kadang-kadang kalau kita beli tudung jahitan kelim dia macam kembung kembung and tak rata. Tapi brand ni memang jaga kualiti. Cantik licin kemas je jahitan dia.

So, apalagi?? Jom click Qasseh Hijab

p/s: kepada siapa yang berminat nak beli, sila mention nama saya. manatau bleh dapat disakaun ke.. hahahhaa
kak idah, ha.. dah siap dah testi jangan lupa kasi bahagian saya chewah.. hahahah

Monday, January 04, 2010

Persiapan Barangan Baby


Macam tak sangka saya dah 33 weeks. Cepatnya masa berlalu, baru saja segan-segan sebab perut besar..sekarang memang tak boleh nak sorok.

Persiapan untuk baby, lebih kurang la. Check list yang saya download, macam dah nak complete je. Tapi tak tau la list tu betul ke tidak. Sebenarnya tak tahu nak beli apa lagi. Setakat ni, baru beli pakaian aje. Tengok barang baby ni memang geram.. comel-comel semuanya rasa beli je. Tapi $$$ bukan calang-calang.. mengalahkan orang tua punya barang. So, saya beli sikit-sikit. Setiap bulan beli sikit, tak adalah terasa sangat. Tapi kopak jugak la duit gaji dok beli barang-barang ni, sebab saya ni suka je jalan sorang-sorang kat juscola, babykula, mana-mana la..pasti ada je hasilnya. Balik umah je, excited tayang-tayang kat Mr Su. hahahahhaha~~

Oklah, barang-barang belum packing masuk bag lagi. Tak tahu nak pakai bag mana. Baca-baca blog orang lain, siap beli bag baru khas lagi nak isi barang-barang ni. Perlukah saya juga membeli bag baru?? $$$$... pembaziran jangan jangan!