Wednesday, December 22, 2010

Saya suka buku

This is Adeena Fatihah's new skill. She just learned to appreciate books! Chewah, i bought the books when she was 8 months. But, it never attracted her until today i saw her playing with the book. Hehehehe.

video
Keep up the good work Adeena. Lepas ni, boleh cerita kat mama apa buku tu tulis ye. :p

Monday, December 20, 2010

Resepi Milk Butter Chicken

Di sebabkan ramai bertanyakan resepi masakan ini, jadi saya pun share di sini.
Bahan-bahan:
Butter
Bawang besar di hiris
Bawang putih di cincang
Cili Padi di hiris
Susu
Daun kari
Ayam di potong dadu
Cara membuatnye:
1. Goreng ayam menggunakan sedikit butter dan asingkan
2. Panaskan butter, masukkan susu
3. Kacau, masukkan bawang besar, bawang putih, cili dan daun kari
4. Kacau lagi sampai sebati
5. Kalau kuah agak cair, masukkan sedikit tepung jagung
6. Siap!

Selamat mencuba :P

Tuesday, December 14, 2010

Jom masak

Lamanya rasanye tak upate pasal masak-masak ni kan?
Korang pernah makan dekat Strawberry Field tak? Dia ada Butter Chiken rice yang sedap. Tapi harga dia agak mahal la jugak, sepinggan dalam rm 8 kot.
Tetiba teringin nak makan, saya pun cuba masak. Nyum8! Jimat Kos

Ni dia buttermilk Chiken ala-ala Strawberry Field. Sedap la juga. hahahahah puji sendiri nampak
Ni pulak gamba tukang makan setia masakan saya! hehehehe

Thursday, December 09, 2010

English


I know that my English is getting worsen. I cant even write a simple perfect sentence with no grammatical error ! I cant bear to reply any e-mails without turning on my auto-correct function. I even use f7 while using Excel just to check my wording.
Oh Ya-ALLAH. I really need to improve my English skill or else it only left behind just list my Kantonese Language.

Wednesday, December 08, 2010

Bye Bye

Did i ever mention that i have join back to industry for past 6 months. Yes! i am kuli now *sign* Biasalah, bila dah bekerja balik ni adalah team mate yang akan berhijrah to better place. Alhamdulillah.
Although this is a little bit basi, but still nak mention kat sini.
To Syikin,
My team mate a.k.a yang table mate..she siting just beside me. Good luck in your future undertaking. InsyaALLAH yang terbaik untuk kita semua.
Asyikin ni, muda-mudi remaja lagi. So, macam-macamlah yang dia tanya saya yang merangkap akak senior cheh, xpasal tuek pulak haku ni!! hahahaha
Thanks for melayan sembangan kak yam yang comel ini dan terima kasih juga untuk coklat ferrero rocher itu. Paling tak terhingga adalah PC kelajuan kuda kamu itu telah menjadi milik ku. kekekekeke.
Good luck Gurl

Wednesday, December 01, 2010

Simpanan Ketika Bersara

Have you ever thought of how much money that u need during retirement? When your age is about 55, and no more monthly income been transfer to your bank account. And yet, you have about 15 years of life. Insya-Allah kalau umur panjang.
Many claims that they have EPF saving, and no need to worry. And again, do you ever calculate how much EPF saving that you will have once you reach age of 55?
Let me give one of the scenario
Age of retirement = 55
years after retirement = 70 - 55 (insyaAllah kalau umur panjang sampai 70thn)
= 15 years
Monthly expanses = hurmmm.. agak-agak berapa ek? kita letak RM3k la (yela zaman tu sure inflation rate lagi tinggi dari sekarang kan?)
Jadi total amount need to have = 3k*15*12
= RM540,000
Cuba kira EPF saving yang kita ada kalau kita kerja for 32y (55-23)
Employee+employer contribution = 23%
Lets saya gaji kita 5k (wah banyaknye!!)
total for 32y =( 23%*5k) * 12 bulan * 32thn
= 441,600k
Ouch.. masih tidak mencukupi RM98400!!!!
See, kalau la kita hanya berharap dengan EFP sure tak mencukupi kan. Belum tolak keluar EPF untuk beli rumah la. Beli notebook la. hehhehe
Kalau lah dapat kerja government, masa pencen dapat 50% from last salary every month!!
Oklah, enaf for all the numbers.
Renung-renungkan dan selamat beramal

Thursday, November 25, 2010

Sepasang Jeans Biru

Lamanya tak membeli jeans baru! Last sekali beli pun tahun 2008. Ingat post ni?
Apepun thank you to my lovely husband yang sanggup teman pegi shopping jeans ni. Sampai ke Carefour Wangsa Maju saya heret dia. Btw, kat sana ade FO Levis. Memang murah harga dia berbanding dengan normal boutique, but the design not the latest season la.
Actually i don't mind buying the outdated design because i have bought one on 2006 and until now i still wear it. :p So, siapa tahu ini season zaman dulu kan?
I managed to grab this at RM90! Dua ibu jari keatas untuk saya! Berbaloi-baloi

Wednesday, November 24, 2010

Resepi Daging DenDeng

Masa raya Qorban haritu, mak ada kasi daging qorban bahagian mak sikit. Tak tahu lagi nak masak apa. Tetiba teringin nak makan daging dendeng. Ada siapa yang ade resepinye? Cari-cari kat internet macam-macam version ada. huhuhuhu

* Syukur Alhamdulillah, mak selalu je ada duit lebih untuk masuk qorban. Saya ni, masih belum berkesempatan lagi. Ya ALLAH murahkanlah rezeki hambamu ini.~ Amin

Sunday, November 21, 2010

Selamat Aidil Adha 2010

Assalammualaikum
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Kali ni beraya di Teluk Intan, walaupun cuti hanya sehari tapi kami tetap pulang. Traffic sangat teruk malam tu sebab ada eksiden di sungkai
Tengok gambar ajelah ye.



Sunday, November 07, 2010

Adeena Fatihah 9 Bulan

Lama rasanya tak update about my lil princess. Macam-macam dah dia pandai. Seronok melihat progress dia, walaupun Adeena Fatihah ni agak lambat sedikit compare dengan kawan-kawan dia.
Antara skill terbaru Adeena Fatihah :
  • Mencampak barang, kalau mood dia tak OK, habis semua benda dicampaknya
  • Menyulur/ merangkak makin di kejar makin laju dia gerak.
  • Gigi dah ada 2 batang.Tapi belum pernah gosok gigi lagi. :p
  • Suka sangat menjerit
  • Dah mula kenal orang. Kesian masa tukar neseri haritu, menangis dia
  • Mula nak memanjat sofa la, almari tv la
  • Tak boleh tinggal, kalau tak menagis macam kena pukul!
  • Pandai nak ikut orang keluar, pantang dengar orang bukak pintu.
  • Alert sungguh kalau bunyi kunci orang buka pintu. Yela, selalu tunggu Abah dia balik.
Hurmm...seronok sebenarnye tgok baby ni membesar. Gambar tak dapat nak upload sbb time post ni, Mr su pinjam camera bawak p singapore. Lain kali i upload ye :)

Sunday, October 17, 2010

Bakat Terpendam

Haritu saya kena stay back dekat office sampai lepas Maghrib sebab nak kena monitor ada system baru roll out dekat production line.
Alhamdulillah, kebetulan Mr Su cuti, so dia yang ambil Adeena Fatihah dekat babysitter.
Sedang dekat office, Mr Su sibok call bertanya macam mana masak nasi goreng. Mana patut buat dulu, gorengkan ayam ke ataupun tumis bawang dulu?? Saya layankan aje..
Dan ketika balik ke rumah ...
Taraaaaaaa....

Macam tak percaya?? Cuba gosok mata.. Masih tak percaya?? cubit pipi anda pula :p
Nah, setelah setahun setengah berkahwin... Mr su menunjukkan bakatnya.. Nasi goreng Cina. Yummy!! ada ayam dengan sotong siap.
Terima Kasih Abang. Lain kali masak lagi :p

Wednesday, October 13, 2010

Semput

Balik kerja
Ambil Adeena Fatihah
Pergi kedai
Masak untuk dinner
Kemas dapur
Basuh Baju
Sidai baju
Nenen Adeena Fatihah
Sidai Baju lagi
Update Blog

.....semput harini.
Mau titon dulu ya.
Moga ketemu lagi.
p/s: Siapa ada jadual ibu bekerja yang tak penat hari-hari, tapi proven yang rumah dia kemas, baju dia siap lipat?hehehehhehe sila share ye

Tuesday, October 12, 2010

Mahalnya imunisasi bayi di swasta

Masya-ALLAH Adeena Fatihah dah terlewat hampir 2 minggu untuk cucuk 6bulannya! Walaupun umur dia dah 8 bulan. Sebab haritu delay disebabkan raya and Adeena Fatihah pun asyik tak sihat.
Jadi semalam, membawa Adeena Fatihah bersama Wan Cek ke klinik area taman untuk dapatkan jap 6bulan hep B (3). Katanya giliran kami ke 3. Sudah hampir 45 minit, giliran pesakit ke-2 pun masih belum di panggil. Adeena Fatihah semakin gelisah.
Entah bagaimana, terlintas pulak Wan Chek yang sama meneman untuk bertanya harga imunisasi 6 bulan itu. Alangkah terkejut saya!! Kata pekerja di kaunter, harga ubat rm 155 + rm 15 jumpa Dr.
Masya-ALLAH!! Mahalnya kalau cucuk di swasta ni. Adeena Fatihah hanya cucuk di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja selama ini. Percuma sahaja!PERCUMA.
Terasa bagaikan nak pengsan seketika mendegar harga yang di berikan. Bukannay kedekut, tapi...sayang sungguh nak menggunakan wang yang saya jimat-jimatkan selama ini habis semata-mata untuk ini. Tak baik membazirkan, jika ada cara yang lebih baik ?

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

Eh, tapi jangan salah faham pula. Pada siapa yang mampu. Silakan.
Tak mengapalah Adeena Fatihah, mungkin bukan rezeki Adeena Fatihah cucuk semalam. IsyaALLAH esok mommy cuba register kan nama dekat KK terdekat untuk appointment. Nanti terpaksala halfday/cuti nak bawak my baby p cucuk.. heheheh
Wahai nurse-nurse dan misi misi dia jangan la marahkan saya ye. Maaf terlupa sungguh :p
Doakan, semua berjalan lancar ye :)

Thursday, October 07, 2010

Selamat Hari Raya Lagi!

Syukur. Syawal dah pun selesai tahun ni. Alhamdulillah.
Puasa ganti pun dah selesai tahun ni. Alhamdulillah.
Disebabkan esok raya lagi, jadi saya telah pun membuat puding. satu untuk kawan-kawan di ofis dan satu lagi untuk di bawa ke rumah Kak Nang.

Oh kawan-kawan, jangan tertipu. Ia hanyalah puding segera sahaja. hehehehehehe.

Saturday, October 02, 2010

Baby hisap jari kaki



Ni pun kisah dah lama. Dulu Adeena Fatihah suka sangat hisap jari kaki dia. Susah betul nak control. Kalau di tarik dia masuk balik. hahahaha. Now dah kurang dah.
Orang tua-tua cakap, kalau hisap jari kaki ni nak dapat adik!! hahahahaha. Jadi Ayong la Adeena Fatihah nanti :)

Mr Wieee Vs Mr Red


Ini sebenarnya kisah dah hampir 2 bulan lepas. Tak sempat nak story kat sini.
Yup! i have let go my lovely Mr Red. Setelah terlalu banyak jasa dia kepada saya which is almost 4thn dia berkhidmat tanpa berbelah bagi kepada saya. I love my Mr Red. Yelah first Mr dalam hidup saya ni, manalah tak sayang kan. Walaupun kadang-kadang dia ni buat hal. Sampai almost separuh tahun saya tak ber air-cond kesana kesini. Berbasah ketiak baru sampai office. Tapi Mr Red tetap di hati saya. Saya akan merinduimu, Mr red. teringat ada post pasal Mr Red masa first time muncul dulu.

Now, i have Mr Wieee!! Agak gempal, besar. Tak secomel Mr Red dulu. hehehehe. Ape ape pun, saya juga sudah mula jatuh chenta dengan Mr Wieee!!

Friday, October 01, 2010

Gambar raya 2010

Seperti yang di janjikan. Gambar raya. Enjoy. Tapi tak dapat nak upload banyak banyak sebab filenye beso gedabak :]







Monday, September 27, 2010

Idulfitri 2010

Lamanya dah tak update blog ni. Tak menyempat-nyempat.
Rasanya masih belum terlambat nak Ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Next post saya tempek gambar raya pulak ye.

Wednesday, September 08, 2010

Dugaan Ramadhan

Ramadhan tahun ni sangat pantas je berlalu. Macam-macam benda jadi. Adeena Fatihah pun dah tak sihat almost seminggu.
Mula hari Khamis minggu lepas, Adeena Fatihah batuk-batuk. Batuknya bukan main kuat, dah bunyi macam orang tua. Terus ke clinic bersama wan chek yang kebetulan nak datang rumah dan nak belanja saya Dominos. Doktor bagi ubat batuk/ kahak. Saya pun pikirkan hanyalah batuk biasa..
Keesokkan harinya, memang hajat nak bercuti, tapi cuti tahunan pun dah hampir habis. Jadi macam biasa hantar Adeena Fatihah ke rumah babysitter. Bekalkan sekali ubat batuk dan ubat demam. Dalam jam 4+, babysitter call cakap Adeena Fatihah demam panas. Badannya panas betul. Kelam kabut pulang, sampai terlupa sent satu email penting ketika di opis.
Memang panas betul badannya 39 bacaan termometer. Terus tampal cool- fever. Adeena Fatihah sentiasa merengek rengek. Kesian betul!!

Pagi sabtu, badan Adeena Fatihah masih panas. Lepas subuh terus siap-siap nak ke clinic lagi. Kali ni doktor cakap, Adeena Fatihah ada banyak kahak! kalau betuk tak reda perlu ke hospital seduk kahak. Ubat cair kahak dan antibiotik di bekal kan.
Ahad lepas subuh, terus bergegas ke Kecemasan Hospital Putrajaya. Sbb adeena macam dah sesak nafas dan batuk tak henti henti. Mintak untuk sedutkan kahak tapi doktor tak bagi, sbb katanya masih di peringkat awal. Antibiotik perlukan masa 48jm untuk bekerja menunjukan hasil.

Isnin, saya bekerja seperti biasa. Sedangkan fikiran asyik teringatkan anak dia babysitter. Pagi-pagi dah kena dengan boss sbb saya terlupa sent email penting itu. Ahh... mmg salah saya pun. Jadi tak kesahla. Ape-ape pun mission harini nak siapkan kerja secepat mungkin dan balik rumah secepat mungkin. Babysitter sms kata Adeena muntah-muntah. Lepas habis meeting terus minta pulang awal dari boss. Alhamdulillah, boss memahami.

Selasa pagi, setelah saya bersiap-siap nak pergi kerja. Tgok anak saya masih sama, terus kejut Abah dan terus ke pakar. Pakar cakap, terlalu banyak kahak dan lendir dalam dada dia. Kalau pergi hospital sure kena tahan wad 3 hari. Adeena Fatihah diberikan gas. Lepas tu, kena follow up datang semula petang. Petang, diberikan gas lagi. Dan kami terpaksa meminjam mesin nebulizer tu pulang. Adeena diberikan gas setiap 2jam. Saya diberikan MC 2 hari.

Rabu pagi. kembali ke pakar untuk follow up, kali ni saya pergi seorang bersama anak.Abah. dapat MC sehari saja. Doktor tu cakap, ada perubahan tapi sedikit. Adeena Fatihah perlukan gas tapi 3jam sekali. Jadi terpaksa pinjam lagi mesin tu sampai lepas raya ni.
Sebabkan saya berdua dengan adeena sahaja, pandu pun perlahan sangat. Risau. Adeena Fatihah sampai terridur dalam carseat nya.

Hurmm.. lusa dah nak raya. Esok lepas subuh dah kena bertolak ke johor. Kalau traffic jam sampai ganggu jadual ubat Adeena, terpaksala singgah di RnR kasi gas kat dia.
Semoga Adeena Fatihah cepat sembuh. Doakan ya kawan-kawan.
Cepat buat insurance untuk Adeena ni, mahal jugak belanja ubat ubat budak ni ye. Any recommendation ?

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka 2010

Merdeka merdeka Merdeka!! Selamat hari merdeka Tanah Tumpah Darahku.
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Kami berikrar penuh setia

Untuk agama, bangsa dan negara


Seronok betul menonton History channel. Banyak dokumentari berkenaan Malaysia. Susahnya nak merdeka-kan Tanah Melayu ni. Sama-sama kita bangga sebagai bangsa Melayu yang benar-benar memperjuangkan negara kita. Ayuh tepuk dada apakah sumbangan kita kepada nenek moyang kita yang telah bermati-matian memperjuangkan maruah kita? Saya sendiri pun susah nak menjawab. Terima kasih kepada semua yang berjaya menjadikan Malaysia sebagaimana ianya sekarang. Sama-sama kita berdoa supaya Allah sentiasa memelihara Malaysia dan semoga Malaysia sentiasa diredhoi Allah. Syukur aku masih di sini.
Peace No War

Wednesday, August 25, 2010

Adeena Fatihah 6+

Dah lama rasanya tak update pasal Adeena Fatihah.

Alhamdulillah. Macam-macam dah Adeena Fatihah pandai. Ade saja skill terbaru dia ni. Ni tak faham emosi dia kejap macam merengek rengek. Bila acah ok pulak gelak gelak. hehehheheh
video
Berat Adeena Fatihah haritu masa cucuk 6.04 je. Susah betul beratnya nak naik. Tapi grafnya still menaik. Kalau tak confirm dah dapat ceramah khas dari nurse. Adeena Fatihah still lagi cucuk dekat Klinik Kesihatan Cheras, walaupun kami dah pindah ke USJ. hahahahaha.

Sunday, August 15, 2010

New House

Has been a month we moved in to our new house. Penat and sepahnya still terasa.
So far so good. I just could not tahan with the traffic! sometimes it takes more than an hour to get to my office which is according to google earth the distance is 10km only. Streeesss!!
Nothing much i want to say. just remember "ukur baju di badan sendiri" and ukur langsir di rumah sendiri.. hahahaha. it's kinda hard to arrange our new house with our besar gedabak furnitue compare to our new house yang sedang-sedang aja.
p/s: gambar rumah baru belum lagi sempat nak snap. hahaha

Saturday, August 14, 2010

Maybank Ikhwan CC

I plan to change my CC card to Maybank Ikhwan because my current CC card is not Islamic banking. During those time, i don't think we have any Islamic CC. So, Ikhwan CC using the Islamic banking and plus 5x points when we use at Petronas.
Does anyone know what is the free gift if i apply it now? Or anyone have any friend offer cool free gift if i apply through them? I remember that my husband get the samsonite laptop bag when he apply the HSBC CC last year.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Tiba Lagi

Ramadhan datang lagi!
Alhamdulillah. Ramadhan kali ni special sikit dengan kehadiran puteri sulung saya. Tahun lepas dia masih berakrobtik dan bergimnastik dalam perut lagi. Sejak ada puteri ni, susah betul nak masak terutama dalam bulan buasa ni. Kalau masak pun, asyik je tinjau tinjau kat ruang tamu apa dia buat. Kalau bebunyi kena la pegi tgok, tapi kalau tak bebunyi pun kena tengok juga. Kadang-kadang, dah golek golek entah ke mana dah. Lepas tu, risau kalau dia makan habuk di rumah saya yang memangnya jarang disapu.Yang senangnya kalau dia tidur. Oh, aman terasa nak masak apa-apa pun. Kalau ada Mrsu pun ok, dia tolong tengok kan.Tapi kadang2 tu abahnya lagut je main tenet,anak di biarkan. hahahahaha
Ramadhan kali ni, rasa sangat penat. Masa tak cukup-cukup. Balik kerja berkejaran nak ambil myPuteri dari rumah pengasuh, jalan kaki saja sbb car seat kami ada satu je. Nasib baik belakang rumah je pun. Lepastu, berdoa supaya mood myPuteri tu baik, dapatla sediakan berbuka dengan tenang. Lepas berbuka, kemas meja. Solat dll. Acara nak menidurkan myPuteri pun bermula. Selalu sampai pukul 12 la baru dia tidur nyenyak. Ibunya juga tidur sama :). Pukul 4+dah kena bangun siapkan sahur. Selalu curi-curi tidur lepas subuh, yela 730 dah nak keluar pegi office.
Office ni bagi kelonggaran kalau masuk pukul 7, boleh balik pukul 430. Tapi saya ni, masih mencuba lagi nak cepatkan akitiviti di pagi hari supaya boleh keluar rumah pukul 630. Asyik gagal je.
BM production saya sangat merundum. Dah macam nak tersungkuq dah!! Tapi still kuatkan semangat!!Maybe fenugreek yang saya ambil tu dah imune dengan badan so, production pun tak meningkat. Saya still juga BF myPuteri masa malam. Alhamdulillah, masih lagi ada sedikit susu. Now thinking to try shaklee pulak. Ade siapa berminat nak fenugreek tu? i have extra 1 bottle..sekarang ni pun agak jarang dapat update blog, banyaknya post dalam draft tu yang tergantung ceritanya. Later, when i have time i will publish it. Until then, enjoy reading. :)

Thursday, August 05, 2010

Email

Some one forwarded me this massage through email. And I found it interesting. So, enjoy reading it :) .
Have a nice day.

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA

Wednesday, July 28, 2010

Solid Food

uhuk UhuK .. blog yang semakin bersawang dan perlu di vacum. Agak lama saya sudah tak mengupdate dalam page ni.

Many important and meaningful things happened in my life and i really appreciate it.
Al-hamdulillah ala kulli hal
My puteri is almost 6 months, and started to eat solid food. After a full consideration, we choose Epal as her first food. (petua orang dulu-dulu cakap, mulakan bagi makanan yang masam dulu, nanti baru bagi dia yang sedap sedap). Yang sedihnya, my puteri kini tidak lagi full breast feed. Mula 4 bulan haritu, EBM semakin menurun. Macam-macam petua dah cuba, tapi tak berjaya. But i' m still struggling to increase my daily EBM production.- Doakan ya.

Friday, July 09, 2010

Saya dan Bola sepak

Saya pernah menjadi peminat bola sepak Tegar suatu ketika dahulu. Menonton pasukan Perak bertanding dalam Piala Malaysia adalah satu kemestian!! Menjerit ketika Khalid Jamlus menjaringan Goll adalah sangat mengujakan.Tu zaman sekolah-sekolah dulu. Pernah juga dia marahi Emak sbb pasang TV tengah-tengah malam sbb menonton EPL. Walaupun pada ketika itu saya tidak fanatik pada sebarang pasukan, ketika tengok tu rasa amat mengujakan. Kalau tak silap dulu, TV2 yang selalu ade match malam-malam. Sibok menghafal no jersi dan nama permain-pemain yang hensem-hensem. Sebab esok kat sekolah, boleh show off dekat kawan-kawan kelas terutamanya Awin. hahahahha. Dia memang minat habis EPL ni! Zaman kemunculan si owen yang masih muda belia. berebut-rebut kami!!

Kenangan masa undergrad dulu pun tak pernah lupa! Jlo+saya+kef senyap-senyap ke block junior untuk tgok worldcup ke euro ntah saya pun dah lupa. Pukul 2 pagi, Jlo akan menapak dari kolej dia dan ke bilik saya sembil membawa patung oik-oik dia tu. Lepastu, kami akan ke block junior, tingkat 4 pulak tu!! Gambar pun tak clear sangat masa tu, tapi kami tetap layannn. Bersorak kegembiraan kalau gol!! Felo pun tak leh nak buat ape. hahahahaha.

Faveret team saya adalah Agentina, sbb ada si cutie pie Pablo Aimar!! Rasanya dia tak main kot untuk world cup tahun ni. Entah, saya pun tak sure sbb saya tak pernah dapat tgok apa-apa match untuk world cup 2010 ni. Tapi sedih, Agentina dah kalah teruk haritu!! huhuhuhu

So, for tonite match. Saya akan sokong Holland!! Sebab dulu ade Dennis Bergkamp yang tua tapi terel! hahahaha.. tapi sekarang dah pencen la kan!!
So, harapnya dapatlah saya menonton Final World Cup 2010 malam ni!! Pada sesiapa yang menonton nanti, jangan lupa misscal saya, risau kot tertidur tak sedar macam malam tadi punya match!:(

Thursday, July 01, 2010

Hurm

Lama dah tak update ni.
Banyak benda yang jadi.
Tapi nak tulis tak ada mood pulak.
Padahal tadi berangan-angan nak tulis itu ini.

Entah, mood ilang entah kemana.
hurmm..


Sunday, June 20, 2010

New

I faced a lot of new things in my life recently.
I know i will need some time to get used to it and I believed you also do. ~InsyaALLAH


Ya Allah, permudahkan segalanya bagiku. Rabbi Yassir Wala Tuassir Wa Tamim Bil Khair

Thursday, June 03, 2010

4 bulan

Sedar tak sedar 4bulan dah Adeena Fatihah
video
Dah pandai bising-bising sikit. Tapi selalunya diam saje. Suka bersembang dengan abahnya compare dengan emaknya.
Masih susu badan sepenuhnya. Dulu rasa masa lepas bersalin target sampai 2 bulan je. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah 4 bulan. Next target 6 bulan. Doakan rezeki Adeena Fatihah mencurah-curah. Sangat risau, susu semakin berkurangan. :(
Semoga Adeena Fatihah membesar menjadi insan berguna.
Maaf andai ada kekurangan mama, apa-apa pun saya akan cuba jadi ibu yang terbaik!!
Amin~

Wednesday, June 02, 2010

aku.aircond.dan mr Red

Dah hampir lebih sebulan Mr Red tak beraircond. Ada korang kesah?! hehehehe. Saya tak kisah walau sepanas terik mana ketika memandu kereta yang tidak mempunyai penghawa dingin. Bukannya pengalaman pertama pun, sbb Mr Red selalu je mengalami masalah penghawa dingin ni. So, agak lali dengan keadaan berpeluh-peluh hangat pijor dalam kereta ketika menunggu lampu isyarat merah ke hijau.

Tapi cuaca sekarangni susah nak di jangka! Memandu dalam hujan yang lebat dan tiada aircond adalah sangat mencabar!
  • Kalau tutup tingkap, tak bernafas rasa. Cermin hadapan akan menjadi kelabu, berkuap kerana suhu di dalam kereta lagi panas dari luar. Pemandangan menjadi sangat kabur di tambah dengan air hujan yang mencurah-curah dan matahari yang sedikit pun tidak kelihatan. Gelap! Tawakal dan berharap semua kereta di sekeliling memansang lampu. Risau tak nampak. Badan mula kehadapan sedikit, untuk mendapatkan pemandangan yang lebih jelas. Sebelah tangan mula menggosok-gosok cermin supaya pandangan kembali cerah. Tapi kadang-kadang tak berkesan, cermin masih kabur.
  • Buka tingkap supaya ade peraliran udara. Kalau hujan tak berapa lebat, masih boleh memandu dengan tenang. Tapi kalau hujan lebat mencurah curah, bukan takat cermin hadapan kereta je yang perlu ada wiper. Tapi cermin mata anda juga perlu ada wiper. Pastinya ada percikan air!! Kemungkinan baju juga akan basah di bahagian berdekatan dengan tingkap. Kadang-kadang, walaupun tingkap dibuka cermin hadapan masih kelabu.
Tu adalah situasi yang saya lalui semenjak-dua menjak ni. Doakan saya sentiasa selamat :P

Thursday, May 27, 2010

sekotak cokelat dan seekor teddy bear


Saya dapat hadiah yeay! saya dapat hadiah Yeay! Gayanya macam hadiah dari kekasih kan? Dulu selalu je berangan nak dapat hadiah macam ni. Tapi hampes, xpenah dapat pun! hahahaha.
Takpela, akhirnya merasa jugak dapat sekotak cokelat dan seekor teddy bear! Terima Kasih kepada makcik Ku yang kasi hadiah ni. Padahal bear tu untuk Adeena Fatihah hahahahaha.
Kepada makcik Ku, good luck dalam apa jua diceburi :p seronokla dapat jumpa hang. penat hang mai jauh jauh no. Lain kali mai, uwa belanja pulak na :p

Wednesday, May 26, 2010

TRIMLINE Slimming Belt

Saja nak promote TRIMLINE Slimming Belt ni. Sangat seronok pakai benda ni. Masa dalam pantang haritu memang setiap hari pakai ni je waktu siang. Malam baru pakai barut/bengkung ikat yang kain tu. Pakai TRIMLINE Slimming Belt ni rasa selesa sangat, memang la akan rasa berpeluh peluh sbb benda ni dia tebal mmg function dia nak kasi keluar peluh dan sauna efek.
Memang sesuai dipakai pada bila-bila masa. Mungkin dapat membentuk pinggang anda ketika membuat kerja rumah? hahahahha..
Harga dia murah aje RM29.90. Tapi sebab sekarangni promotion so harga dia RM 20.90!! Cepat-cepat order segera kepada bakal2 ibu tu!! dan juga, rasa sangat selesa pakai benda ni masa period pain or gastrik menyerang. Pendek kata, kalau perut meragam la. hehehehe
Kalau sape berminat boleh tgok dekat www.getavononline.blogspot.com or tinggalkann pesan kat sini je.
Promosi ni sampai hujung bulan ni aje!!

Tuesday, May 25, 2010

Kembali Aktif

Lama sangat rasanya tak update pasal AVON ni. Tapi sekarang saya kembali aktif!! Jadi selalula lawati blog Avon saya www.getavononline.blogspot.com

Kempen terbaruni, banyak menarik!! payung 16panel RM15.90 aje. mana nak dapat kat tempat lain kan. Bra dia pun banyak yang cantik-cantik dan pada siapa yang susah nak dapatkan bra bersaiz besar di pasaran, AVON ada saiz hingga 42D dengan harga yang berpatutan. Sila la tgok katelog kalau ada yang berkenan.
Enjoy Shopping

Monday, May 24, 2010

Redeem Your Jcard Point

Cepat-cepat-cepat redeem your Jcard point!!
Tara~~~

Endo digital scale! at last i have my own scale. Dari pregnant dulu wanted to buy one. Tapi rasa macam membazir. But now, i get it for free. Yeay yeay and yeay! :p
Jom timbang berat sama-sama. Siapa berminat meh datang rumah, timbang! hahahahahaha. Lepas ni bolehla monitor penambahan berat Mr su and Fatihah dengan lebih jitu.. :p

Sunday, May 23, 2010

Mama bekerjaya

Syukur Alhamdulillah, lebih kurang sebulan lebih dah mula masuk kerja dari lepas bersalin haritu. Semenjak ada baby ni, rutin harian terus berubah. Masa terasa singkat sangat, terkejar-kejar buat itu ini sediakan itu ini.
Bangun pagi kena siapkan sarapan pagi, kadang-kadang sediakan bekal lunch sekali (save bajet). Jadi dalam 730pg dah kelengkung-kelengkang kat dapur. huhuhuhu.. Lepas siap masak,packing barang-barang Fatihah untuk ke nurseri. 4x3oz susu, pampers, tuala dll siap dalam bag cute pemberian wan chek dia.tit-tit-tit mesin basuh dah siap. Jadi sidai kain dulu la.
0920 tukarkan pampers Fatihah, yela tak kan nak anto dengan pampers penuh-penuh. Manatau kot-kot neseri mandikan lambat pula nanti.0930 Fatihah masuk kerata and mama hantar p neseri. Then saya pun ke UKM. Nasibla jadual kerja saya agak flexi boleh masuk agak lewat..dan boleh jugakla curi-curi tulang.memang tabik spring la kepada ibu-ibu yang masuk kerja pukul 8pg tu. surela kena kelam kabut siapkan semua pepagi buta.
Pukul 430 selalu saya dah cabut dari opis dah walaupun opishour balik pukul 5 :p. Semua nak elakan jem. Kalau keluar pukul 5, jem sesangat!! Sampai rumah dalam 5+, kalau bahan-bahan dapur tak cukup, akan terus ke kedai beli. Kalau tak, terus ambil fatihah di neseri.
Sampai rumah sempat juga tgok series ER separuh jalan (ulangan zaman dedulu punya pun). Angkat kain, opppss..malas nak lipat ye. hahahahaha.
Kalau adeena Fatihah mood baik, boleh la mamanye masuk dapur nak masak makan malam awal. Kalau fatihah tak mau tido, kadang-kadang pukul 8 barula boleh mula masak. jawabnye makan pun lewatla.
So, mr Su balik dalam 8+ jadi lepas makan berjemaah. Kemas-kemas dapur sikit. tup tup je, sure dah pukul 9++ kadang-kadang pukul 10 dah!!
Mandi-mandi terus naik atas and tido. Eh, tak lupa juga kena pump susu dulu. Nanti esok tak cukup pulak makanan Adeena Fatihah kat neseri. Selalunya malam, Adeena Fatihah akan merengek nak nak susu dalam 3~4 kali la. Jadi bersiap sediala untuk digangu tidur. ahahhahaha.
Alamak, kain tadi xlipat lagi.. ahhhh.. esok ajelah lipat hahahaahha

So, itulah rutin saya sekarangni. 24 jam rasa tak cukup!!
Doakan supaya saya dapat menjadi isteri and ibu yang terbaik :p

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Lahir

12052010 genap 26 tahun saya ni. Lebih suku abad dah. Dah tua!
Suhaib agak sibuk 2-3 harini. Jadi malam tu, saya tinggal berdua dengan Adeena di rumah. Memang dia dah pesan dia akan balik lambat ataupun tak balik terus malam tu. So, saya pun tak kisah, tido dengan nyenyaknya.
Tiba-tiba, suhaib call. Dia cakap, tolong bukakan pintu rumah. Agak pelik pulak, tapinya memang kadang-kadang tangan dia penuh and selalunya kalau dia balik memang saya tolong bukakan pintu.
Buka pintu je.. tara ~~~

Ada kek siap lilin lagi.. Oh!! saya terharu. TQ my lovely husband. Masa tu pukul 1205++ macam tu la.
Sekejap je dia balik, lepas makan kek+ mandi. Suhaib pun terus ke opis semula. Entah pukul berapa dia balik saya pun tak tau sbb saya dah pun g UKM.
Dalam masa sekejap tu, kami sempat jugak mengambil gambar sefamily. Adeena dipaksa bangun tengah-tengah malam...hahahah
hurmm..nak mintak hadiah birthday ape ek? huhuhuh

Sunday, May 09, 2010

010510 Ulang Tahun Perkahwinan

(sila abaikan bodi terbaru saya yang gumuk itu)
Pejam-celik-pejam-celik dah setahun dah saya bergelar isteri. Dan sekarang dah jadi ibu pula tu. Sekejapnya masa berlalu.
Anniversary kami yang pertama, di sambut dengan serba keserhanaan. Al-maklumla, ekonomi agak gawat sekarang ni. :p

Suami tercinta bawak kami makan di Alamanda (tempat dating-dating dulu). Punya pening nak fikir nak makan ape. Tapi saya punya syarat adalah nak makan benda yang tak pernah makan lagi. So, Mr su belanja inihurmm..makanan dia so-so ajelah, tak sedap pun berbanding dengan harganya yang mahal!! ataupun kami yang tak reti nak order? hahahaha.. tak kisahla..apa-apa pun it still jadi kenangan terindah jugak. kami telah sebulat suara menghadkan maksimum Rm10 untuk hadiah.Saya hadiahkan sepasang stokin (terlebih rm10 hahahaha), and saya dapat sekeping kad yang sungguh bermakna dan Surah Yassin(perli haku lani!)
Tak lupa juga, kami telah merathon 2 movie pada 0305 ketika Adeena Fatihah di neseri :p
Terima kasih banyak-banyak kepada suami saya, Suhaib untuk segala-sagalanya. Anda adalah suami yang baik. Semoga kita kekal ke akhir hayat : i love u :

Wednesday, May 05, 2010

Sweet Bonda Giveaway

Ini adalah sticky post sampai 05 may.

SweetBonda.com ada buat contest, jadi saya nak join jugak memandangkan hadiah dia memangla amat menarik-tetarik kau memang deBOOm. Ist prize dia medela Harmony tu!! Memang syukurla kalau dapat, sbb breastpump rosak pulak. Adengan perah memerah, semua buat manual pakai tangan aje. Penat sangat!!.. tapi alhamdulillah, cukupla bekalan untuk Adeena Fatihah kat nurseri.
OK, syarat-syarat penyertaan ada dekat sini. Sila klik.

"Saya adalah sweet bonda kerana : Bukankah sesuatu yang sangat manis(sweet) memberikan anak anda EBM secukupnya setiap hari? Jadi, saya adalah the sweetest bonda sbb saya cuba bekalkan EBM secukupnya untuk anak saya setiap hari!! :)"

ok, semua syarat-syarat penyertaan rasanya dah completo. Harap-harapnya boleh la menang :p

Monday, April 19, 2010

Kisah Berpantang

Jom dengar kisah berpantang pula.
Saya berpantang 44 hari di kampung tercinta. Selepas dua hari bersalin, baru balik ke Teluk Intan. Sakit bontotnye time tu!! Rasa 2jam30min perjalanan sangat jauh..macam ada pisau je kat bawah bontot ni.. oh ngilu! huhuhuhu.
Masa berpantang, macam-macam aktiviti. Penat kadang-kadang tu.
Bangun-bangun pagi, dalam pukul 6~7 macam tu kena bakar tungku. (tapi saya selalu ngelat, dah pukul 8 baru nak bertungku :p)Kena bertungku setiap hari tak boleh miss. 2x sehari, pagi and petang. Best bertungku ni, time batu tengah panas-panas. Letak kat perut, kaki, belakang. Ambil masa dalam 15~20 minit jugak la satu sesi sampai batu tu suam-suam and dah tak best. Lepas tu kena minum air halia pulak, mak selalu pesan minum 2~3 cawan sehari. Selalu je mak bebel sbb cerek air halia dia tak surut-surut pun :p
Makanan memang kena pantang, ayam tak boleh makan. sesetengah ikan je. sayur pun banyak yang tak boleh. Pendek kata, menu harian saya adelah ikan bilis goreng dan serbuk lada hitam. Tapi kadang-kadang mak buat sup ikan, bertambah-tambah la nasi saya. Kesian kak itah, selalu kena masak lauk khas untuk saya. Mengada sungguh saya ni!! Ape ape pun tq ek kak itah.


ni pulak masa dah tinggal lagi seminggu nak habis pantang. Bertangas namanye.. Ini pun best! sbb rasa macam pergi sauna pulak. hehehehehe.
Lupa pula nak ambil gambar barut!! Barut juga tidak dilupakan, setiap malam kena pakai. Letak kapur dengan asam keping kat perut lepas tu ikat barut ketat ketat!

Masa berpantang kat kampung BEST sangat!! Dah lama sangat tak spend masa kat rumah tu lama-lama. Dulu pun masa cuti semester saja. Aman damai je rasa. Walaupun cuaca hangat hijo!!Mak pun baik sangat!! Walaupun sakit lutut, tapi dia rajin sangat nak sediakan semua untuk saya. Masa awal-awal tu, semua baju Adeena Fatihah dia tolong basuhkan, sidaikan. Yang kena taik dia tolong beruskan. Terharu sangat!!Bila saya dah masuk 2 weeks, saya dah mula basuh sendiri :p
Abah pula, masa Adeena Fatihah baru je sampai kampung. Saya terlupa nak bawa kelambu dia, terus abah pegi beli kat Billion. Betapa Atok dan Opah sayang pada cucunya.
Masa berpantang memang saya banyak menyusahkan orang. Terima kasih pada Mak dan Abah Kak Itah, Kak Yang, Faiz, Adik dan suami yang melayan saya dengan baik sekali. Terharu sangat!!!
Masa mula-mula datang KL, kekok sangat rasanya. Suami pergi kerja dan saya tinggal bersama Adeena Fatihah. Sunyi rasa!!! Menagis ntah berapa kali sorang-sorang :p Entah kenapa rasa syahdu sangat. Teringat-ingat suara Abah memanggil Fatihah. Suara mak bebel-bebel orang pantang kena mandi awal. Kak itah cerita pasal student dia itu ini. Kak Yang dengan pelangganya. Faiz dengan tak nak pergi sekolah agamanya. Adik yang suka sembang-sembang.

Hurmm.. tak apalah. Kehidupan mesti di teruskan..

Doakan yang terbaik untuk kami