Wednesday, December 23, 2009

Keracunan makanan

Eh, lama juga dah tak update blog ni ye.
Saya baruje pulih dari keracunan makanan, MasyaALLAH siksanya rasa. 2 hari dapat MC dari doktor.

Like always, i tapau lunch kat Cafe Kejut. Menu ikan bakar+kangkung belacan. Sedap! habis semua sambal cicah pun saya makan. Tetiba-tiba dalam jam 330 macam tu, rasa ada angin berpusing-pusing dalam perut ni. Sakit sangat!! Muka dah kelat dah tunggu lecturer saya bagi penerangan. Masatu di bilik lecturer tingkat 3! Punyalah bersusah payah nak turun balik ke office saya di tingkat 0.Tak ada lift ok!!
Sangat sakit perut ini!! Sampai saya tak larat nak drive balik, nasib Mr Su datang ambil masa dia balik keje tu. Malam tu, entah berapa kali la ke toilet. dengan sakit perut yang terjerit-jerit.. Tapi lepas muntah macam lega sikit.

Alhamdulillah, sekarang dah OK! baby pun dah pegi check, semuanya ok.
Doakan kesihatan saya ye semua.

No comments: