Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua..
Semoga tahun baru ni saya akan lebih:

rajin!
rajin!!
rajin!!!
rajin!!!!
rajin!!!!!

tak banyak complain. Terima seadanya.
Semoga ALLAH permudahkan segalanya bagi saya. ~AMIN~

Monday, December 28, 2009

Midnight Fantasy Britney Spears

I just blog hopping and found this new website belleshoppingboutique. They are organizing the Midnight Fantasy Britney Spears Giveaway. So, why don't u guys check it out.
Jom, clik clik click..

Friday, December 25, 2009

Acer 4736G


Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada mak saya, Hjah Fatimah di Teluk Intan. Jasamu tak terbalas. :p
Semoga Mak dan Abah sihat-sihat selalu.. Rinduuuuuuuuu~~ :p


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Alhamdulillah, setelah berkurun lama mimpikan mempunyai laptop sendiri. Akhirnya tercapai juga. 1st time!! Sangat gembira. Harapnya tahan sehingga 10 tahun la hendaknya..~Amin~

Wednesday, December 23, 2009

Keracunan makanan

Eh, lama juga dah tak update blog ni ye.
Saya baruje pulih dari keracunan makanan, MasyaALLAH siksanya rasa. 2 hari dapat MC dari doktor.

Like always, i tapau lunch kat Cafe Kejut. Menu ikan bakar+kangkung belacan. Sedap! habis semua sambal cicah pun saya makan. Tetiba-tiba dalam jam 330 macam tu, rasa ada angin berpusing-pusing dalam perut ni. Sakit sangat!! Muka dah kelat dah tunggu lecturer saya bagi penerangan. Masatu di bilik lecturer tingkat 3! Punyalah bersusah payah nak turun balik ke office saya di tingkat 0.Tak ada lift ok!!
Sangat sakit perut ini!! Sampai saya tak larat nak drive balik, nasib Mr Su datang ambil masa dia balik keje tu. Malam tu, entah berapa kali la ke toilet. dengan sakit perut yang terjerit-jerit.. Tapi lepas muntah macam lega sikit.

Alhamdulillah, sekarang dah OK! baby pun dah pegi check, semuanya ok.
Doakan kesihatan saya ye semua.

Monday, December 14, 2009

Demam

Start hari sabtu haritu Mr Su demam. Masa sarapan katanya tak sedap badan, nak demam. Biasala tu, suamiku ini memang selalu demam. Dalam sebulan tu sure adela, tapi demam sikit-sikit aje.. makan panadol+tido sihat balik. Tapi kalini memang panas sangat badannya! macam boleh goreng telur aje panasnya.
Dia pulak rajin sangat nak pergi kerja, katanya ade kerja kena submit. So, kena pegi jugak opis. Sabtu Ahad pun dia pegi..Bila balik je, memang panas sangat badan dia. Jenuh la jelum kepala badan semua, tak turun-turun juga panasnya. Ubat memang bergantung sepenuhnya pada panadol aje :p.. cukup jam, makan.

Harini macam dah ok sikit, harap-harapnya sihat dah le. Penat juga la saya naik turun umah ni, tinggi beno tangganya. end up. 2-2 tido depan tv je huhuhuhuh

Sunday, December 13, 2009

Cuti-Cuti

Sekarang ni kan musim cuti sekolah, so ramai la orang pergi cuti-cuti melancong kan. Kak Idah pegi Sdyney almost seminggu makan angin.. Kak Itah pulak pegi Chiang Mai 4 hari rasanya. Kak Uda pegi Sabah bawak anak-anak cuti sekolah. Abang Nawir pulak pegi London, Paris sefamily.
Jelesnya tak dapat berjalan-jalan! Honeymoon kami pun dah terbantut!! Nasib dah pre-honeymoon ek. dekat2 rumah je lak tu :( Kire oklah tu.|| chet, macam le ade bajet nak jejalan pun|| hahahahah.
Seingat saya, last bercuti ialah pergi ke Singapore~ iaitu hujung tahun lepas.. genapla setahun sudah. Ermm.. tak mengapala. mungkin rezeki di lain tahun pula..

Eh, orang pegi jalan tapi mereka tak lupakan saya. Siap dapat bag yang cantik, boleh guna letak barang saya nk p hospital nanti. T-shirts pun ada... Baby pun dapat jugak, dapat bib tulis sydney! comel!! Fridge magnet dan key chain memang wajib! Terima Kasih kak itah and kak idah.
Ni la rupa peti ais yang telah pun di penuhi dengan magnet pemberian dari orang ramai. Macam-macam tempat ade China, combodia, medan, bandung dll. Saya punya langkawi , cameron highland || cuti-cuti dalam negara je||..hahahahhah. Bercerita pasal peti ais ni, tadi habis basah dapur!! al-maklum la. peti ais style lama ni tak ada autodefrost..so, kena la manuallykan. penuh dah tank dia kat belakang tu, melimpah la pula. Habis ala-ala bau ikan dapur ku!! tak pasal kena mop banyak kali, kasi ilang bau. hahahaha.. kak itah+kak idah sure ingatkan, dulu peti ais umah mak kan macam ni. selalu je mak bebel-bebel pasal ni. heheheheh~~teringat kenangan lalu.. :)

Wednesday, December 02, 2009

Saya adalah wakil AVON

Pengumuman!!...
Saje nak annouce yang saya dah daftar jadi ahli AVON baru-baru ni. Secara tidak lansung, saya juga menjual produk AVON secara online offline pun boleh aje. Kepada yang berminat boleh click link ni DAPATKAN PRODUK AVON SECARA ONLINE kalau nak tengok katelog baru.

Link dia pun saya ade letak dekat side bar blog saya ni. So, katalog setiap kempen akan saya update di blog tu la. Rajin-rajin la melawat, setiap bulan ada 2 kempen. Awal bulan dengan tengah bulan..
So, sure la ade yang tanya ape yang menarik pasal AVON ni kan??
Avon ni ada macam-macam product. Dari make-up, keronsang, tupperware, underware.. sampai la ke langsir dapur pun dia jual. heheheheh.
Harga dia sangat berpatutan kepada orang yang berpendapatan sederhana macam saya ni. Barang dia tahan lama dan not bad jugak la pilihan dia.
Review kat internet pun ada banyak dekat pasal kebaikan produk AVON ni.
So, ape lagi?? jom la beli AVON dari saya!

Malam yang sunyi

Malam ni agak sunyi sikit..bosan pun ade.. TV pun tak ada cerita best. Tadi lepas tgok nenek kebaya terus ngadap depan PC ni. Suhaib pun tak ada, dia p main futsal :(
Nak naik atas, malas... tinggi gila- buang tenaga :p. Lampu atas pun tak bukak dari tadi.. golap je la umah eden ni ha.. Lagipun nanti kena turun balik, nak bukak pintu.

Jadinya saya mengambil keputusan update blog ini..sambil baby bergerak-gerak dengan aktifnya dalam perut ni..hehehehe

Eh, cepatle suamiku pulang...membawa air soya untuk ku.~~ aicheh~~ hahahahha

Tuesday, December 01, 2009

Vogue Pregnant Mummy Give Away

Ni adalah gambar terbaru saya masa 24 weeks. Ramai orang nak tengok the latest fizikal saya, yela kan ni anak sulong. Jadi saya uploadkan di sini. Dan juga secara tidak lansung nak join
Vogue Pregnant Mummy Give Away contest. Manalah nak tau kot-kot ade rezeki menang ke. Hadiah dia pun boleh tahan menarik!!!

Gambar ni saya dengan memakai baju kurung saiz M, yela sebelum pregnant baju kurung saya sure saiz S or Xs. Ni saiz M pun dah ngam! Tapi kena kelim beso dekat hujung tangan and baju..hahahahha.Posing adalah, bajet konon-konon comel. Macam tak sesuai pulak dengan contest ni, dia nak vogue. hahahahaha..belasah le!


Oklah, untuk puan NottiNetti:
Nama saya Mariam Azwa binti Yazid
Gambar di ambil ketika 24 minggu mengandung.
Semua steps rasanya saya dah buat, so harap-harapnya boleh la menang. hehehehehe..

Kalau nak maklumat lanjut sila click sini.

Oklah semua, doakan saya kesihatan saya dan kandungan ye :p

PRINCESS KEBAYA CONTEST

Oh... mood saya sekarang ni adalah suka bebeno nak masuk contest ni. Bukannye ape pun, saje seronok-seronok je.. tapi kalau menang akan menjadi dua-ronok or tiga-ronok kan. hahahahaha..
Kali ni nak try masuk princess kebaya contest anjuran wawa-syaida Carbonara pulak. Yela, nak masuk real punya Ratu Kebaya tak layak.hehehehehe. Syaratnya kena letak gambar memakai kebaya.. Jadi
'
'
'
'
'
Nin dia... gambar saya memakai kebaya sambil berposing ayu di atas kerusi dia sebuah hotel. Baju ni kebaya labuh, kainnya diberi oleh akak saya yang balik dari indon. Time ni tengah tunggu adik ipo kat hotel di JB. hotel ape tak ingat pulak. Lawak pulak tengok gambar ni...control ayu tak hengat... hahahah..belasah ah. korang jangan muntah sudah. hahahah

So kalau nak lebih details, click sini.
Oklah, rasanya semua syarat saya dah siap :p