Friday, October 02, 2009

Sehari sebelum raya

Turn raya tahun ini adalah di Teluk Intan. Mr Su pun bersetuju balik my kampung tanpa perlu berbut-rebut. next year macam mana ek? hahahahahahah

Kami bertolak ke teluk intan pada jam 1:30 pagi malam jumaat a day before raya la. Jalan sangat jem, menyebabkan kami sampai di kampung pukul 5 pagi. Nasib baik sempat sampai untuk bersahur. Jadi esok raya, macam-macamlah persiapan yang perlu di buat untuk menyambut hari gembira ini. Adik beradik pun ramai yang dah balik kampung, kami orang ke-3 sampai.

persiapan di dapur, dari pagi sampai ke petang. Dapur ni memang tak penah kosong, ade ajelah aktiviti yang di lakukan. Dari masak lemang, rendang nasi impit. Lepastu, sibuk nak menyiapkan juadah berbuka puasa terakhir untuk ramadan kali ini. Kak itahla yang paling sibuk kat dapur ni.

Anak sedara perempuan sulung, nak berposing dengan lemang rebus Haji Yazid. Btw, sayalah orang yang masukkan daun kedalam buluh lemang tersbut. Nasib baik ok, xdela yang berputar2 kat dalam tu.Kanak-kanak..biasala, tunggu mak mak dorang masak kat dapur. Mereka pun main-main sendiri. Tapi, tiba-tiba ada bapak orang pun join main sekali. Ni ada adik beradik yang baru sampai dah nak senja dah. Nasib sempat berbuka.

Berbuka beramai-ramai time. Kanak-kanak paling seronok, satu hidang mmg khas untuk mereka. Nasibla mereka ni takdela bising mana pun, semua pandai behave masing-masing.



Lepas Magrib pulak, main bunga api yang di sponser oleh Pak Yeop. Macam-macam mercun+bunga api ada! Dari mercun roket, mercun bola, mercun papan.Semua ada! Dah macam berbalas-balas pulak dengan budak lorong sebelah, memang derdentam dentom la malam tu.
Semua dah penat? Menonton TV sampai larut adalah aktiviti faveret kanak-kanak ni. Sampai orang nak bentang carpet and ubah meja pun terbantut.

Oklah, nanti saya update lagi. Terima Kasih suami ku sbb balik raya Teluk Intan and anda juga get along sangat bagus dengan my family. boleh jadi menantu kesayangan keh? hahahahha

No comments: