Friday, October 30, 2009

Kesihatan Saya

Minggu ni dah masuk ke 24 minggu. Cepatnyela masa berlalu. Last week saya pergi buat check up dekat klinik kesihatan bt 9, Cheras. First time pergi check up dekat klinik kerajaan. Lama la jugak dalam 2 jam selesai semua, tapi memang banyak la yang dia checknya. Urin test, check darah, jantung baby dan dia ada bagi consultation sekali.

Syukur Alhamdulillah, semuanya OK. Kecuali saya mempunyai low hemoglobin @ anemia. Paras hemoglobin saya adelah 9.2 berbanding dengan normal adalah at least 11. Hurmm, maybe sebab ni la muka saya nampak pucat. Tak cukup darah rupanya. Serius jugak kalau hemoglobin ni rendah, boleh mudarat kepada kedua-dua, ibu dan baby tu. Macam tumpah darah masa ibu bersalin dan baby mungkin kurang berat ketika lahir. Klik untuk info.
Jadi kenalah saya makanan yang kandungan besinya tinggi untuk cover semula mana yang tak cukup.
Ni pula masa pergi Pusat Kesihatan UKM untuk ambil vitamin (obimin) yang hampir seminggu habis. Dr pesan suruh makan semua vitamin hari-hari, jangan miss. Maybe sbb tu saya kekurang zat besi, sbb sudah pregnen hampir 6 bulan tapi baru je habiskan 60 biji vitamin. Hurmm.. kena lebih disiplin la lepas ni. Lepastu pula, saya bawak susu pergi opis. Kalau kat rumah asyik lupa je. Bawak sini senang minum, dah jadi macam baby pulak bawak susu kemana-mana. huhuu

video
Ni pula, video masa baby 19 minggu. Dah nampak dah mulut dia and tangan+jari pun dah ade

OKla, doakan kesihatan saya dan baby ye kawan-kawan.

Wednesday, October 28, 2009

Langsir

Korang ingat tak dulu masa nak raya, kelam kabut jugak saya nak pergi mencari lansir untuk sliding door rumah ni. Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Jadi rumah beraya dengan langsir separuh + ditutup papan. Tinggi+lebar beno sliding door ni, susah nak cari saiz dia. Ni pun mak mertua yang kasi langsirnya, senteng pun senteng la. Janji orang luar tak nampak dalam. hahahahahaTapi baru-baru ni masa metrojaya sale dekat midvally tu, ada terjumpa langsir yang sama dengan IKEA. Harga dia murah sikit, almost half rasenye. Sbb kami beli untuk tingkap atas, rm100 2 keping ni sekeping rm 29.90 dia jual. Dah le siap ade tag IKEA lagi, memag sah la sama dengan yang dulu tu. Rugi je bel dulu!! So, korang blehla usya masa sale lain kali.. Syukur alhamdulillah, kami borong 4 keping. Nasib baik jumpa yang murah, kalau tak memang berlangsirkan playwood ajelah rumah ni.
Namun malangnya, saiz dia ni terlalu labuh pulak. ada dalam 2kaki lebih labuhnya. Penat pulak saya menjahit kelim setiap keping, sakit pinggang di buatnya! Sampai ade yang terjahit dengan seluar la malam tu. Yela, tak ade mesin jahitkan, kenalah jahit manual, mencabar betul!
Ni la hasilnya!! Taraa.... so, lepas ni xdela sliding door ku berlangsirkan playwood lagi.

Friday, October 23, 2009

Pembakar Semangat

Saya telah membeli 2 batang pen sebagai pembakar semangat saya untuk belajar. Hujung-hujung bulan ni, bajet cipot kena pilih pen paling murah tetapi sedap di pakai.

Kini saya lebih bersemangat! Namun, tulis sikit sudah ngantok la pulak.

Thursday, October 22, 2009

Meeting

Esok ada meeting pasal Master Projek saya. Ye Ye ye, sesungguhnya saya tak buat apa-apa pun lagi. Ye ye Ye , sudah satu semester pun or almost 6 bulan! Ye ye ye , proposal saya pun saya tak hantar-hantar! Ye ye ye, lit rev saya satu pun tak baca. Ye ye ye saya malas. Ye ye ye saya perlu rajin..

Oh ye, doakan semuanye ok ye. :)


Tuesday, October 20, 2009

Oh OPy

Walaupun kisah ini agak basi, tapi nak update juga. Congrates cik roomate ku yang telah pun di tunangkan pada 4 syawal yang lalu dengan kekasih pojaannya.

ps: abaikan bodi gua yang semakin gedemPool itu!

Friday, October 16, 2009

Kena Shopping ni

I am in 5 my months of pregnancy. Everything is Ok, both baby and mommy. But, the mommy has difficulties to find comfort shirt.
Every day she needs to spend at least 15 minute to choose her attire to be wore. Yela, semua pun dah tak muat! Most of her t-shirt sangkut kat perut and many of her jeans dah tak muat masuk. Try this, sangkut..try that tak muat!!! So, she started changing her so call dress-code from funky-dunnnky jeans+thirts to baju kurung bersopan santun.
But, now! Baju kurung also sudah tak muat!! Mostly the kain, only can be zipped halfway. So, nampak a little bit pelik sbb kain tu macam senget sebelah masa pakai.

So, kesimpulannya. I need to do some shopping kan? Siapa sokong?? Hahahhaha.. walaupun gaji tak masuk-masuk lagi~adeyh!

p/s: tapi kalau balik kampung boleh korek almari kak idah/kak itah. Mana tau ade baju yang eden muek..save bajet! Ahahahahaha..

Friday, October 09, 2009

Raya II Muar, Bt Pahat, JB

Kan dah cakap, tahun ni merupakan tahun pertama saya ada banyak kampung.. Hehehehehe. 4 Kampung saya balik! pukul 1130 macam tu on raya ke-2 bertolak ke Johor. Perrr.. Jem la jugak! 7 jam dalam kereta memang melibang libukan!!ni gambar masa kat rumah atok belah Pak mertua saya di Muar. Tu gambar family tanpa 2 orang lagi adik ipar. Saya Tak pernah sampai sini sebelum ni. Cantik rumahnya, oh saya sangat suka. Tapi dah tak ada siapa duduk, atok and nenek dah tak ada.Tapi still kemas and terjaga. Lepas sekejap di Muar, sbb masa sampai tu majlis dah habis. Yela, pukul 7mlm baru sampai kot.Jumpa sedara mara kejap. Kami pun bertolak pergi ke Kampung nenek ni belah Mak Mertua saya. Kat sini pula, ramainya budak-budak. Poning eden kadang-kadang, tapi meriah sungguh meriah. Tu pun katanya tak cukup korum lagi. Kalau tak lagi la meriah! Tengok la gambar tu, bebudak panjat dinding.. hahahaha..Kampung ni pun first time sampai, suka jugak sbb rumah nenek masuk ke dalam sikit. So, lalu jalan kecik dulu..oh saya sangat suka!! Tapi masa lalu pegi dan balik pun time malam, tak dapat la nak menikmati pemandangan kiri kanan. Gambar tak banyak pula kat sini, gambar bebudak je yang penuh.

Malam tu pula, kami semua pulang ke JB. Rumah mertua. Tak sedar pape sbb dalam perjalanan memang saya tido saja. hehehehehehhe. Kat JB pun tak ada gambar! hish..nyesal tak ambil gambo banyak-banyak. hahahahah

Wednesday, October 07, 2009

Raya 1 di Teluk Intan

Ni keluarga saya! 8 orang adik beradik dan berbelas anak sedara. Ramai tak? Semua muka control sbb cuaca agak panas time ni.

Nak cerita sikit pasal my first time beraya after berkahwin ni. tetiba je saya ada banyak kampung. Sebelum ni tak pernah travel jauh-jauh, tetiba raya kali ni sampai ke JB saya. hahahahahaha.

Raya pertama memang raya di kampung saya. Yeepie! Dah la malas nak cerita banyak, jom tengok gambar.OKlah, nanti saya update untuk part II pulak

Friday, October 02, 2009

Sehari sebelum raya

Turn raya tahun ini adalah di Teluk Intan. Mr Su pun bersetuju balik my kampung tanpa perlu berbut-rebut. next year macam mana ek? hahahahahahah

Kami bertolak ke teluk intan pada jam 1:30 pagi malam jumaat a day before raya la. Jalan sangat jem, menyebabkan kami sampai di kampung pukul 5 pagi. Nasib baik sempat sampai untuk bersahur. Jadi esok raya, macam-macamlah persiapan yang perlu di buat untuk menyambut hari gembira ini. Adik beradik pun ramai yang dah balik kampung, kami orang ke-3 sampai.

persiapan di dapur, dari pagi sampai ke petang. Dapur ni memang tak penah kosong, ade ajelah aktiviti yang di lakukan. Dari masak lemang, rendang nasi impit. Lepastu, sibuk nak menyiapkan juadah berbuka puasa terakhir untuk ramadan kali ini. Kak itahla yang paling sibuk kat dapur ni.

Anak sedara perempuan sulung, nak berposing dengan lemang rebus Haji Yazid. Btw, sayalah orang yang masukkan daun kedalam buluh lemang tersbut. Nasib baik ok, xdela yang berputar2 kat dalam tu.Kanak-kanak..biasala, tunggu mak mak dorang masak kat dapur. Mereka pun main-main sendiri. Tapi, tiba-tiba ada bapak orang pun join main sekali. Ni ada adik beradik yang baru sampai dah nak senja dah. Nasib sempat berbuka.

Berbuka beramai-ramai time. Kanak-kanak paling seronok, satu hidang mmg khas untuk mereka. Nasibla mereka ni takdela bising mana pun, semua pandai behave masing-masing.



Lepas Magrib pulak, main bunga api yang di sponser oleh Pak Yeop. Macam-macam mercun+bunga api ada! Dari mercun roket, mercun bola, mercun papan.Semua ada! Dah macam berbalas-balas pulak dengan budak lorong sebelah, memang derdentam dentom la malam tu.
Semua dah penat? Menonton TV sampai larut adalah aktiviti faveret kanak-kanak ni. Sampai orang nak bentang carpet and ubah meja pun terbantut.

Oklah, nanti saya update lagi. Terima Kasih suami ku sbb balik raya Teluk Intan and anda juga get along sangat bagus dengan my family. boleh jadi menantu kesayangan keh? hahahahha

Thursday, October 01, 2009

gadget raya

I bought this camera a nite before raya! So, kira macam gadget raya ek. I have been talking to have new camera since forever kot la kan! Nak beli DSLR macam far far away from my bajet yang sangat ciput.
I love this camera, sbb processing time dia sangat laju compare to my 4 years old Nikon camera. Dia juga agak ringan dan lebih slim dari my previous bulking and gurgasi camera. Dan skrin view dia sangat besa compare to camera lama. Over all, sangat berpuas hati!! Cuma setting dia agak tak berapa nak paham lagi, kena refer manual ah nampaknye. So, nantikan lah gambar-gambar raya dari saya!

Tapi tak kan ku lupakan camera lamaku yang banyak berjasa! 4 tahun snap snap tanpa apa-apa masalah. Penat kumpul duit gaji during practical yang hanya rm 500 sebulan tapi setelah 3 bulan practical saya Berjaya membeli camera itu yang berharga rm 1000 dengan hasil titik peluh sendiri. Surela saya saving gegila kan. Hahahhaha. Kompem kurus time tu. And masa nak membeli tu, pening-pening pusing lawyat bersama cik opy roommate and Jamie. Heheehehehe..well, swet memory la kan.

Oklah, next gadget ingin membeli sebuah laptop, kena saving dari sekarang ni. Mana nak cekau 3k beli laptopni. Doakanla saya di murahkan rezeki ye kawan kawan.