Wednesday, September 09, 2009

Fitrah

Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan tanpa mengira besar dan kecil. Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Omar r.a, di mana Rasulullah s.a.w telah diwajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan sebanyak secupak tamar atau secupak gandum kepada setiap lelaki dan perempuan sama ada merdeka ataupun seorang hamba termasuk yang dewasa dan kanak-kanak kecil.

Oleh yang demikian, setiap muslim hendaklah mengeluarkan zakat untuk dirinya dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya seperti isteri, anak-anak dan ibu bapanya yang sudah tua tetapi tidak dikeluarkan zakat untuk khadamnya. Sekiranya dia mengeluarkan zakat untuk khadamnya dengan tujuan menderma hukumnya adalah sunat. Adapun bayi yang masih berada dalam kandungan dan dilahirkan selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan tidak dikenakan zakat.

Korang dah bayar Fitrah? Cepat-cepat dah pose ke 18 dah ni. Haritu Mr Su bayar masa 1st puasa haritu. Siap ikut rate JB lagi kerana masatu ada kaunter dekat jusco. First time kot Mr Su bayar, tak pulak tanya dia haritu. Tapi macam kekok2 je dia akad. Tahun-tahun sebelum ni, Abah yang bayakan untuk saya. Oh, i no more bawah tanggungan Abah. So, Mr Su..jaga saya baik-baik ye. hahahahah

3 comments:

uswah said...

hahaha,.kite agak jakun bile zayd bayokan zakat utk kite skali.. ahahha.. terase comel disitu! wek wek

Suhaib said...

tu la.. comel je suhaib bayo zakat...

uswah said...

adeh..perasan pulak mamat ni!