Monday, September 28, 2009

Mr Red Part II

Pagi tadi, sedang on da way semangat-semangat nak pergi kerja. Tayar meletop pulak! Ngeri pun ada tgok cara tayar tu meletop.. habis keliling dia semua. Ni mesti sbb tak cukup angin lantas dia makan tepi tepi semua. Entahla, dah nak sampai masa kot ek.
Maka tersadai lah saya seorang diri, di tepi jalan serdang ni. Cuba call abang alang, namun dia tak pulang lagi beraya. Nak tak nak kenala susahla, super Hero Suhaib.

bersusah payahla suami ku ini datang dari KL- Bangi ni semata-mata nak tukarkan tayar pecah kepada spare tayar. Tunggu jugak kot-kot ada Plus Ronda berenti ke, tak ada pulak. Maybe dorang semua tak balik raya lagi kot.
Ape-ape pun, semuanya dah ok. Suhaib, pun pulang semula ke KL lepas siap tukar tayar and tolong pam kan tayar. Saya telah pun ke kedai tayar untuk menggantikan yang baru.
Terima Kasih My Hero Suhaib, mau kasi upah belanja ape ek??


Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum.
Saya ingin mengucakan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat. Saya ingin memohon ampun dan maaf jika ade penulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa.

Kepada Mr Su, ampoon maaf di pinta dari semua aspek la ye.
Jom balik Teluk Intan buat lemang! heehehehehe

Wednesday, September 16, 2009

Jom sahur

Kelmarin Mr Su telah pun mengajak saya untuk bersahur di luar. Yes! akhirnya merasa bersahur di luar..tak payah masak.Tapi bukannya jauh mana pun, dekat mamak depan rumah ni aje. Saya ni tak pernah bersahur kat luar, dulu masa study pun tak penah la keluar subuh-subuh sahur. Yela, xde boipren yang leh bawak kan.. ewah.. ade pun hanya roomateku cik Opy. hahahahahah. Kami makan burger kepek2 di cafe kolej je.

So, agak jakun makan sahur di luar. Saya telah mengoder roti kosong 1 dan megi goreng sepinggan. Haaaabisss!! Oh, mamak ini not bad! Harus boleh makan di situ lagi. hehehehe. Pape pun TQ to my lovely husben sbb belanja sahor tu. konyang eden!


Wednesday, September 09, 2009

Baru

My husband had a new hair cut last week. So apa macam? Ada hensem ke? Btw, my husband bagai nak rak dragging me to accompany him to kedai potong rambut. Adekah dia takut di apa-apakan oleh macha itu?

Btw, i smelled 1 Malaysia Odour while waiting Mr Su for his cut in that small barber shop. Although im a bit pening with the odour! but, Proud to be Malaysian!. Hehehehehehhe.
(beso pulak muka Mr Su enterframe dalam blog i ni hahahha)

Fitrah

Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap Muslim lelaki dan perempuan tanpa mengira besar dan kecil. Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Omar r.a, di mana Rasulullah s.a.w telah diwajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan sebanyak secupak tamar atau secupak gandum kepada setiap lelaki dan perempuan sama ada merdeka ataupun seorang hamba termasuk yang dewasa dan kanak-kanak kecil.

Oleh yang demikian, setiap muslim hendaklah mengeluarkan zakat untuk dirinya dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya seperti isteri, anak-anak dan ibu bapanya yang sudah tua tetapi tidak dikeluarkan zakat untuk khadamnya. Sekiranya dia mengeluarkan zakat untuk khadamnya dengan tujuan menderma hukumnya adalah sunat. Adapun bayi yang masih berada dalam kandungan dan dilahirkan selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan tidak dikenakan zakat.

Korang dah bayar Fitrah? Cepat-cepat dah pose ke 18 dah ni. Haritu Mr Su bayar masa 1st puasa haritu. Siap ikut rate JB lagi kerana masatu ada kaunter dekat jusco. First time kot Mr Su bayar, tak pulak tanya dia haritu. Tapi macam kekok2 je dia akad. Tahun-tahun sebelum ni, Abah yang bayakan untuk saya. Oh, i no more bawah tanggungan Abah. So, Mr Su..jaga saya baik-baik ye. hahahahah

Tuesday, September 01, 2009

Merdeka Merdeka Merdeka 09

Selamat Hari Merdeka kepada semua Warga Malaysia! Syukur Alhamdulillah, 52 tahun negara ku aman di pimpinan oleh bangsaku yang se AGAMA denganku untuk memimpin bangsa-bangsa lain. Bukankah itu keistemewaan kita? Di lahirkan untuk memimpin bukan dipimpin!
Janganlah kita membiarkan keistimewaan ini di sandarkan kepada golongan lain. Ayuh! Mari jernihkan keadaan, yang mana kesilapan kita pindakan. Yang mana tersalah langkah kita betul kan. Yang mana berselindung kita teluskan.
Jangan bangsa dan AGAMA sendiri berbalah, hingga bangsa dan AGAMA lain naik minyak tak tentu hala.
Bangsa dan AGAMA lain tuang minyak dalam kuali, bangsa dan AGAMA sendiri sukarela terjun masuk sekali.- Nauzubillah.
Apa-apa pun saya berdoa semoga negara kekal aman, tak kisahla parti mana memimpin asal dari bangsa dan AGAMA sendiri. Tak payah nak berkelahi, kita dari bangsa dan AGAMA yang sama. Yang mana lebih dia akan ke atas, yang kurang syukur dengan apa yang ada.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!