Thursday, August 06, 2009

Ya ALLAH!


Sungguh tak kusedari semalam adalah Malam Nisfu Saaban. Baru je beberapa hari lepas tanya dekat Mr Su, berapa haribulan ek. Dan dah mengajak Mr Su nak pegi surau/masjid terdekat kalau ada majlis di buat. Tapi, dua-dua kami pun tak pasti dah berapa saaban masatu. MasyaALLAh, rupa-rupanya saya telah terlepas hari yang di tunggu setiap tahun.

Dulu, mak selalu ingatkan dan telefon supaya saya membaca Yassin 3x dan mengikut turutan doa yang betul. Masih ingat pesan Mak, semua orang mesti ada Yassin yang tebal tu, mak punya warna putih. Kalau kat kampung memang Yassin tu la yang jadi rujukan untuk baca doa dan amalan lain. Mak pesan lagi, dalam Yassin tu ada doa untuk malam nisfu saaban, doa awal+hujung tahun untuk di amalkan. Tapi tahun ni mungkin mak sibok lantas tak sempat nak ingatkan anak dia yang sungguh lalai ni!

Ya ALLAH!! sesungguhnya saya hamba yang lalai! Mudah sangat terlupa. Ya ALLAH ampunkan la dosa hambamu ini.
Ruginya rasa! Sebab semalam memang tak buat apa-apa pun! Boleh kah hari lain menggantikan hari semalam. Sesungguhnya buku amalan tahun lepas telah pun di angkat ke langit, tanpa aku menutupnya dengan benda yang baik dan buku baru amalan baru juga telah di buka tanpa aku memulakannya dengan sesuatu yang elok.
Ya ALLAH, berikanla aku merasai nisfu saaban tahun hadapan, panjangkan lah umurku. Amin. Andai saya lupa, anda ingatkanlah saya.

4 comments:

ntah-tak-tahu-la said...

alamak, lupe nak pesan le...
pasal abah cakap masa dia nak gi surau je, "kome ingat..baca yassin, nisfu syaaban malam ni"...

ntah-tak-tahu-la said...

alamak, lupe nak pesan le...
pasal abah cakap masa dia nak gi surau je, "kome ingat..baca yassin, nisfu syaaban malam ni"...

Anonymous said...

uwa- itulah selalunya mak gerenti tipon suruh baca yassin...
insyallah tahun depan..

itah- lain kali ko buat announcement kat blog awey-awey sikit...tak pun sms le kami di perantauan ini..

-kak are-

ntah-tak-tahu-la said...

hehe...ok2..saya cube