Thursday, August 27, 2009

Happy Birthday 260809

Happy birthday kepada Suhaib yang turning 25thn semalam. Selamat panjang umur dan di murahkan rezeki la.
Oklah, disbbkan birthday my lovely husben saya pun telah mengambil inisiatif untuk balik awal. Konun-konun nak prepare masak yang sedap la sikit. Pukul 4:15 saya bertolak dari UKM, tapi sibok mencari lokasi secret resepi area bangi ni. Opy, Kep, Nida, Jai semua kata dekat area depan PKNS tu. Saya pun pegila sana, slow-slow bawa kereta and tengok each kedai punya signboard. Tapi! Hampa. tak jumpa pulak. Maybe dah tutup kot ek?
Tak kesahla, balik rumah la terus.
Singgah dekat pasaraya Bintang nak beli sedikit ayam dengan sayur nak buat jelatah aka acar bak kata orang Joho. Lepas tu, nak beli kulit kayu manis dan seangkatan dengannya. Semua dapat kat Bintang tapi, harga kulit kayu manis dia mahal beno.Paket dia pun beso je. Kalau kat kedai Pak Engku 50sen pun ade.
So, saya pun singgah runcit kat luar tu. Ok! semua bahan dah dapat. Opss, terlupa pulak cake tak beli lagi! Patah balik pegi Bintang, sana ade bakery. Tapi sabo ajelah! tak jual slicenye cake.So, saya beli ajelah sebiji cupcake.
Sampai rumah dah jam 530!! Matilah tak sempat nak masak semua ni! Kelam kabut la nak siang semua benda! Memula masak ayam tomato yang first time masak, main belasah ajela. Lepas tu, masak nasi minyak pulak (resepi kak itah).
Kemudian, Pin pin.... Suhaib dah sampai rumah and waktu pun dah berbuka! wawawawa~~ tak sempat nak masak semua!! kesian Mr su! lapo kejap tunggu lauk lain. hahahahhahahah. Kesimpulannya! sila rancang masa anda dengan betul!Ni la dia nasi minyak, ayam tomato, dengan jelatah. xde gambo close up sbb tak sempat nak ambik. Al hamdulillah, semuanye habis! Laris!! Lepas tu kemas-kemas la, and nak kuarkan la cup cake tadi, siap ade 2 lilin lagi tau korang!
Beria le bawak berlilin-lilin ke ruang tamu, sekali Mr su sedang...
---
--
--
--
--
TIDO!!
hahahahah! muke blur2 dia tiup lilin. Lepas tu dia sambung tido balik kat kerusi tu. Sabo ajelah! End up, saya makan betik sebiji sorang-sorang sbbnya konun kat makan bersama as pencuci mulut. Lepas tu saya pun makan, cup cake tu separuh! hahahahahaha nak rase sedap ke idak, padahal saje je geram. hahahhaahhaahApe-ape pun selamat hari lahir!

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Datang lagi


Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ade membuat kesilapan dan kesalahan kepada anda semua. Sama-samalah kita menjalani ibadah puasa dengan penuh amalan.

Wednesday, August 19, 2009

Semoga Cepat Sembuh


Sekarang ni memangla musim h1n1, semua orang pun bertopeng kemana-mana sampai kerajaan buat harga kawanlan untuk topeng-topeng tu.

Udara yang Allah berikan pada kita untuk terus-terus-terus hidup, kini menjadi racun kepada kita sendiri. Mana nak dilari dari bumi yang bulat ini untuk mendapatkan udara yang bersih seperti dulu ya ALLAH? Manusia sememangnya suka buat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri kan? MasyaALLAH

Kepada Kak Uda yang terkena, semoga cepat sembuh. Jangan miss makan ubat, walaupun awak tu doktor. Kami doakan semuga sihat cepat-cepat.

* nak pergi beli topeng la harini, pregie woman katanya mudah kena. Ya ALLAH jauhkan la. Ada orang cakap, petua dia makan kurma dengan air kelapa. Wahwahhualam.

Wednesday, August 12, 2009

just for an update

Im not in the mood to blog now, but still! Nak mengapdate juga! No pics to be put on. No story to share.
Syukur Alhamdullillah, perjalanan hidup berjalan dengan baik.
Tapi tiba-tiba je rasa buat masters ni susah! And saya malas nak buat pulak! Thinking of applying job again, and yes! I filled some of the online application. Oh ExxonMobil kalau dapat kan best! Doakan~

Btw, syukur Alhamdulillah sekali lagi, i got scholarship for my master. But it only covers the fees, lain-lain tu pepandai la nak korek mana. Yes! I can claim back my 1.9k for the 1st semester that I‘ve paid. I just call bendahari, and they said 2 months baru boleh dapat balik claim tu. Whatever it is, I no need to worry about my fees. 

So far, i am in a good health. Morning sickness tak adalah teruk sangat. Just mabuk-mabuk aje kalau duduk dalam kereta lama-lama, tambahan pula kereta Mr su yang bau dia semacam. Dah 2x muntah dalam keta tu, nasib ada plastik. Kalau tak, haru jugak la nak bersihkan. Lagi satu, kalau cuaca panas-panas pun will make me pening-pening lalat. So, i rather wait until 630pm to go back sbb masa tu dah redup sikit. Kekembungan perut akan di alami kalau tersalah makan or ntahla, sometimes ikut sukati aje perut ni nak kembung-kembung sendiri.

Oklah, enough for today. Btw, i am in process to improve my English yang tak terimprove pun dari dulu. Ade sesiapa nak jadi my guru tuisyen? hahahahah

Friday, August 07, 2009

Saat yang ditunggu

Syukur Alhamdulillah. Setelah hampir 3 bulan tidak bergaji. Setelah berbulan-bulan berjimat cermat. Setelah, berkali-kali ke bank mengeluarkan simpanan. Akhirnya saguhati untuk saya pun dapat! Alhamdulillah! tapi belum pergi ambil lagi di bendahari. Harap-harap hujung bulan ni dapat la baki lagi 2 bulan gaji.

--------------------
Headfon ni saya beli agak baru la jugak, eh lama dah..masa kerja dekat Spansion lagi.Tapi sbb tak selalu pakai, rasa macam baru je. So, masa pindah haritu maybe entah letak mana, jadi dia patah. Saya sangat sedih! baru je pakai berapa kali dah patah. Dan kewangan pun agak tidak mengizinkan nak membazir untuk benda-benda hiburan ni. Tapi saya perlukan ia untuk kerja sekarang ni, bunyi ekon agak kuat kat bilik ni.
So, saya telah pun menggunakan masking tape (ambik mr Su punya)untuk sambung semula my lovely headfon ni.

Taara...

Sudah kembali boleh berjasa kepada tuanya. Bunyi pun ok lagi 2-2 belah. yeah!! Saya amat berpuas hati dengan headfon ni, walaupun beli dulu murah aje. Oh saya sangat gembira! lalalala.

Berjimat adalah amalan mulia kawan-kawan...

Thursday, August 06, 2009

Ya ALLAH!


Sungguh tak kusedari semalam adalah Malam Nisfu Saaban. Baru je beberapa hari lepas tanya dekat Mr Su, berapa haribulan ek. Dan dah mengajak Mr Su nak pegi surau/masjid terdekat kalau ada majlis di buat. Tapi, dua-dua kami pun tak pasti dah berapa saaban masatu. MasyaALLAh, rupa-rupanya saya telah terlepas hari yang di tunggu setiap tahun.

Dulu, mak selalu ingatkan dan telefon supaya saya membaca Yassin 3x dan mengikut turutan doa yang betul. Masih ingat pesan Mak, semua orang mesti ada Yassin yang tebal tu, mak punya warna putih. Kalau kat kampung memang Yassin tu la yang jadi rujukan untuk baca doa dan amalan lain. Mak pesan lagi, dalam Yassin tu ada doa untuk malam nisfu saaban, doa awal+hujung tahun untuk di amalkan. Tapi tahun ni mungkin mak sibok lantas tak sempat nak ingatkan anak dia yang sungguh lalai ni!

Ya ALLAH!! sesungguhnya saya hamba yang lalai! Mudah sangat terlupa. Ya ALLAH ampunkan la dosa hambamu ini.
Ruginya rasa! Sebab semalam memang tak buat apa-apa pun! Boleh kah hari lain menggantikan hari semalam. Sesungguhnya buku amalan tahun lepas telah pun di angkat ke langit, tanpa aku menutupnya dengan benda yang baik dan buku baru amalan baru juga telah di buka tanpa aku memulakannya dengan sesuatu yang elok.
Ya ALLAH, berikanla aku merasai nisfu saaban tahun hadapan, panjangkan lah umurku. Amin. Andai saya lupa, anda ingatkanlah saya.

Wednesday, August 05, 2009

Akibat nescafe

I want to write! I really want to write something here! But, my mind is empty! Or maybe i should stop! Oh please! I really need to write!

Oh I want to eat pisang goreng! eh cempedak goreng lagi best! Or cucur udang is more mengiurkan! Oh megi goreng NZ pun sedap! Eh, tak tak! Char Kuew Tiau depan rumah pun menarik! Eh, bihoon sup Spansion is no-1! Club sandwish kiara cafe On pun menyelerakan! Laksa tepi Jambatan paling best! eh tak! Laksa rm1 kat simpang kg Bahagia pun best! MasyaALLAH, popiah goreng simpang best! Masalodeh simpang paling rangup!! Air bandung simpang Perghhhh!!!

Oh Oh oh..

Hurmm.. i want to go back home now. But, i feel super duper lazy to drive back! Oh please! i want to go back! Or maybe i should stay a little bit longer! Oh no! I should be watching Majalara now! Oh please! Someone drive me home!

Emotional pulak gua!