Thursday, July 30, 2009

All about Mr Red and $$$$$$


Kejadian pagi tadi. Tayar pecah dekat jalan serdang. Nasib baik tak mengelewo stereng, sbb maybe masa tu tak laju sangat. Apa yang saya ingat, sebelah kanan saya adalah sebuah lori yang beso. Tiba-tiba rasa macam kereta dah xboleh laju, and macam xseimbang je..dalam hati memangla dah agak dah. Sure tayar pecah ni. Nasib memang tengah lane paling kiri, berentila Mr Red di tepi jalan. Tak tau nak call sape, terus aje call abang alang yang ada bengkel dekat-dekat situ (Mr Su, jauh beno pulak kat KL) Nasib baik la, tak jauh sangat. Thanks Abang Alang sbb tolong tukarkan tayar kepada tayar spare. kalau tak, memang bermasel-masel la tangan saya jek sendiri..

Abang Alang pesan suh isi angin kat tayar spare, so saya pun berentilah dekat Shell terdekat. Dia punya pam, sangat la keras! penat tongeng-tongeng dah le panas terik!Sbb saya xlarat nak tekan pam yang sangat keras tu, terus je decide bawak p kedai tayar. Tak adalah jauh sangat, kena ganti 2 tayar depan tu. And kena tunggu almost 40 minit kat kedai tu.Perut dah la lapo, dah pukul 12+ masatu. Perut ni dah le sentiasa je kembung!!Dengan bunyi-bunyi orang cabut skru tayar tu, sungguh la bosan. Selesai dah. Melayang $$$$ 300

RoadTax pulak dah mati 29 haritu. Dah suruh bank buatkan dari minggu lepas, tapi nama kena blacklisted pulak sbb tak bayar saman lagi. Semalam, baru bank call kata, tak boleh nak buat roadtax, kena pegi baya saman dulu. Nak cari balai polis yang boleh bayar saman trafic ni satu hal! Ade kat Kajang or Putrajaya, so saya pegi la putrajaya sbb takde lah jem macam kat Kajang tu. Saya ni pun tak tahu lokasi sebenar Balai Polis tu, tau dekat presint 7 je. Jenuh la sorang-sorang sesat-sesat cari balai polis tu. Nasib jumpa. Balik dari balai polis tu pulak, lagila sesat entah kemana! Ade dekat 1 jam melilau jalan balik ke UKM.Dah le lapo dengan panasnye!! Tapi Alhamdullillah, jumpa.lepas tu ke pulak singgah PPPI hantar surat. huh!!

Melayang $300 baya saman and $500 roadtax. $ 1k habis sekelip mata...oh!!
Saya sangat penat kebelakangan ini, kehulu ke hilir entah kenapa! macam macam nak uruskan. Keluar rumah pukul 930, sampai ukm sure dah masa lunch, and perut sure dah sakit lapo!!Kalau ada robot tolong saya kesana sini oh alangkah indahnya! Robot teman dok dalam keta pun jadilah. Boleh jugak dengar saya bebel. hahahahaha.

8 comments:

~Elaine Tam~ said...

Sabar Mariam~ Allah menguji kesabaran hambanya~ hheheheheh~

This is .... said...

tak bayar guna MYEG ke? kan ada diskaun 50% saman tu? itu apa yang aku dengar dalam radio la.. betul ke x, tak tahu..

Elle Gal said...

Sabar...ni kan ujian....tp kesiannya, dah la preggy.

AALAA' said...

pehhhh tensyennyee

eh tapi clear ek kamera ko ni, gambo kat UKM kt bwh tu [un lawo jugak. awak gune camerfong awak tu yg kaler oren tu ke? sungguh tahniah! :D

uwa said...

Elaine,
heheheh.. tu la sedar bersabar la ni. Semoga Allah murahkan rezeki i. heheheh

Emi,
ni saman memang tak leh murah, kalau nak murah kena p tempat di issue saman ni. Tak larat nak drive jauh ke subang jaya.

Elle Gal,
Tula, bersabar la ni. Doakan semuanya Ok

AAlaa',
haah guna camera hpong color oren tu aje. Gambo dia memang cantik, kalau keadaan terang benderang. kalau malam, agak kureng sedikit la.

kak tinee said...

alahai sian nye .... apa2 pun take care ...

Anonymous said...

just my 2 cents...duk kl, eloklah kumpul duit beli gps... memang berbaloi & dpt jimatkan masa & sesat (hbs myk) atas jalan..setakat saya guna, mmg tepat & lalu jln shortcut yg tak pernah lalu...

ija said...

sorilaa xdpt jadik robot dengar ko membebel hehehe masa itu telah lame berlalu kah3