Friday, July 31, 2009

TQ Mak and Abah

Terima kasih Mak & Abah sebab datang melawat ke rumah kami. Walaupun sesat-sesat nak sampai rumah. Mak & Abah pun tak sempat nak tido dekat rumah kami, lain kali datang lagi ek.Boleh tidur.Thanks jugak kepada semua adik beradik yang juga turut datang rumah. Sorry la, sesat cari rumah. Kami pun tak sure sangat jalan-jalan kat sini.heheheh

Menu haritu Mee Goreng wansu! Main masak aje, sampai kena masak 3x laktu sebab ade LOPe si gurgasi yang makan banyak gila. Tapi kali -3 kak itah yang masak. Tq tq
SELAMAT HARI JADI kepada mak saya, Hjah Fatimah binti Osman yang ke 63

Semoga panjang umur dan dimurah kan rezeki. I love u!! eh. love Abah jugak. heheheheh
Mak dengan baik hatinya membelanja kami sekerluarga di SOHO seafood sempena hari lahirnya.
Btw, SOHO ni lembab gila dia punya service, naik nak ngamok kitaorang tunggu makanan.!! Grr!

Thursday, July 30, 2009

All about Mr Red and $$$$$$


Kejadian pagi tadi. Tayar pecah dekat jalan serdang. Nasib baik tak mengelewo stereng, sbb maybe masa tu tak laju sangat. Apa yang saya ingat, sebelah kanan saya adalah sebuah lori yang beso. Tiba-tiba rasa macam kereta dah xboleh laju, and macam xseimbang je..dalam hati memangla dah agak dah. Sure tayar pecah ni. Nasib memang tengah lane paling kiri, berentila Mr Red di tepi jalan. Tak tau nak call sape, terus aje call abang alang yang ada bengkel dekat-dekat situ (Mr Su, jauh beno pulak kat KL) Nasib baik la, tak jauh sangat. Thanks Abang Alang sbb tolong tukarkan tayar kepada tayar spare. kalau tak, memang bermasel-masel la tangan saya jek sendiri..

Abang Alang pesan suh isi angin kat tayar spare, so saya pun berentilah dekat Shell terdekat. Dia punya pam, sangat la keras! penat tongeng-tongeng dah le panas terik!Sbb saya xlarat nak tekan pam yang sangat keras tu, terus je decide bawak p kedai tayar. Tak adalah jauh sangat, kena ganti 2 tayar depan tu. And kena tunggu almost 40 minit kat kedai tu.Perut dah la lapo, dah pukul 12+ masatu. Perut ni dah le sentiasa je kembung!!Dengan bunyi-bunyi orang cabut skru tayar tu, sungguh la bosan. Selesai dah. Melayang $$$$ 300

RoadTax pulak dah mati 29 haritu. Dah suruh bank buatkan dari minggu lepas, tapi nama kena blacklisted pulak sbb tak bayar saman lagi. Semalam, baru bank call kata, tak boleh nak buat roadtax, kena pegi baya saman dulu. Nak cari balai polis yang boleh bayar saman trafic ni satu hal! Ade kat Kajang or Putrajaya, so saya pegi la putrajaya sbb takde lah jem macam kat Kajang tu. Saya ni pun tak tahu lokasi sebenar Balai Polis tu, tau dekat presint 7 je. Jenuh la sorang-sorang sesat-sesat cari balai polis tu. Nasib jumpa. Balik dari balai polis tu pulak, lagila sesat entah kemana! Ade dekat 1 jam melilau jalan balik ke UKM.Dah le lapo dengan panasnye!! Tapi Alhamdullillah, jumpa.lepas tu ke pulak singgah PPPI hantar surat. huh!!

Melayang $300 baya saman and $500 roadtax. $ 1k habis sekelip mata...oh!!
Saya sangat penat kebelakangan ini, kehulu ke hilir entah kenapa! macam macam nak uruskan. Keluar rumah pukul 930, sampai ukm sure dah masa lunch, and perut sure dah sakit lapo!!Kalau ada robot tolong saya kesana sini oh alangkah indahnya! Robot teman dok dalam keta pun jadilah. Boleh jugak dengar saya bebel. hahahahaha.

Monday, July 27, 2009

Im pregnant !! (11 week)

Syukur alhamdullillah. Tu masa scan haritu, terkejut kitaorang! Tak sangka pulak pulak dah boleh nampak kepala, tangan, kaki and baby ni gerak-grak. Mr Su pun ala-ala excited. Sebenarnye kitaorang pun tak plan nak dapat baby secepat ni, tapi dah rezeki. Kami terima dengan gembiranya. Dah 11 minggu mengikut kata doktor tu, and insyaALLAh due dia tahun depan bulan 2.
So, doakanla kesihatan baby ni dan juga mak dia yang asik-asik perut kembung kebelakangan ini. Semoga baby sihat dan emak dia pun sihat. Doakan juga semoga kami dimurahkan lagi rezeki. Saya dok pikir-pikir nak buat part timela, nak cari duit lebih. Kalau ada sesiapa cari cikgu tuisyen saya boleh aje menjadi cikgu. Hehehehehe. Lepas tu, kalau sape ade nak cari orang untuk lukis plan ke, buku ke apa-ape la berkaitan lukis melukis, sila contact Mr Su. Hehehhehe..

Oklah, bye.

Thursday, July 23, 2009

Masak

Dah lama tak masak. Kedaan saya sekarang ni menyebabkan saya malas nak masak. Sbbnye bukannya selera nak makan pun. Kesian mr su, dia dah le suka makan. Nasib baik dia memahami. Love u! Tapi saya sangat gembira sbb Mr Su dah pandai masak nasi sendiri and goreng-goreng apa yang dia suka makan. Syukur, kadang-kadang saya pun tumpang makan la apa yang dia masak. hahahhahaha..

wiken ni mak nak datang rumah, kena masak ni. So, Mr Su, standby jadi pengopek bawang ek. hahahahah

Friday, July 17, 2009

Kembali ke sangkar

Saya telah pun mendaftarkan diri sebagai siswazah UKM this semester. So, wish me luck :)

Thursday, July 02, 2009

KL-JB-KL 10 Jam?

Petang semalam pukul 730 mr Su balik JB sebab nak ambil kereta dia. Lepas tu, dia kata dia nak balik terus bila sampai JB ke KL.huh? memangla macam tak masuk akal! Tapi tu la dia Mr su, dia call sampai JB dalam pukul 12+, and dia call balik nak bertolak balik KL pukul 230pagi. Tup tup pukul 5 pagi dia dah sampai dekat KL. MasyaALLAH lajunya la dia bawak kereta. Nasib baikla saya tak ikut, kalau tak kompem dah kena cubit kalau bawak lebih 140km/j. hahahahaha.

Masa mr Su sampai, dia ada cakap yang mama ada bekalkan nasi impit kuah kacang dan rendang daging!! Perghh... memang tak sabolah nak bersarapan pagi tadi. Terima kasih ibu mertuaku yang sediakan nasi impit tu. Sedap sangat!! Saya siap tapau bawak pegi opis dengan banyaknya..dan dah habis pun saya makan. Hahahahah.. terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah, tercapai jugak nak makan nasi impit!! hehehehehe..Syukur