Monday, June 29, 2009

Nasi impit

Sedapnyala kalau dapat makan nasi impit ni. Terliurnya la rasa...Mr su lak tdo, tak nak bangun2! Penat dah kejut.. Grrr... kalau tak , boleh p cari kat kedai ni...
Hurmm kak itah, nanti saya balik masak kan boleh? hahahahhaha..

Sunday, June 28, 2009

Phase 1?

Sekarang ni perut saya sangat tak selesa. Bukan nak kata sakit macam kena hiris-hiris ke, mencucuk- cucuk ke tapi rasa tak selesa yang sangat tak menyeronok kan. Perut rasa sebu, macam ada penuh dengan angin, penuh sepenuh penuhnya! Tekak mula la loya-loya sebab asid dah naik sampai ke tekak. Nak kata tak makan, rasenya memang selalu je makan. Ya ALLAH kuatkan lah hambamu ini. Memang rasa sangat sangat sangat tak selesa. Dah almost 3 minggu dah macam, nak tido malam pun tak berapa nak sedap. Nasib baik masa pagi-pagi tu ok la, tak dela rasa nak ngamuk pula. Dah le nak kena mentain emosi drive ke Bangi mengharungi jem dan sakneka benda lain. Tak larat rasanya kalau sakit perut ni berlarutan sampai berbulan-bulan. Macam nak nagis kadang-kadang tu masa rasa tak selesa, orang tengok memangla tak ada pape pun, boleh lagi jalan, senyum, lepak dsb tapi Tuhan ajelah yang tahu sebenarnya. ..

Sekarang ni, mr Red pulak tak ada ekon. MasyaALLAH, memangla dugaan. Nak baiki dia tu, bukannya murah rm 340 tu pun kalau betul condenser yang rosak, kot cino tu kata kompressor yang rosak another 300 kena sediakan. Pergghh.. dah la gaji tak dapat lagi, kemungkinan hujung bulan depan. Memang tak berekon la haku sampai hujung bulan ni..Habis la jugak saving yang dah tak berapa nak tinggal tu untuk survive sampai dapat gaji nanti. Dapat gaji pun bukan la banyak mana, hurmmm...

Wednesday, June 24, 2009

Mr Red

Oh Mr Red ku sayang, kenapa engkau asyik tak sihat sejak 2 menjak ni. Dah beribu ribu wangku melayang kerana mu.
Aircond rosak lagi, baru minggu lepas rm120 ku melayang. Brek+ tayar pulak bunyinya semakin seram. rm 250 sudah terbang bulan lepas. Oh Mr Red, kasihanlah tuan mu yang perlu berulang jauh setiap hari, melalui jem dan pelbagai lagi..
Ya Allah, jangan la bagi Mr Red tak sihat lagi.~~ amin

Friday, June 19, 2009

New

I just started my new job at UKM last Monday. So, no more lepaking goyang kaki dekat rumah. Everyday need to wake up early sbb nak kena iron baju Mr Su and baju saya. I need to drive all the way from keramat to UKM which take about 45-60 minutes. Jauh jugak, and kalau masa balik mmg jalan sangat jammed! So, malam saya tidur awal sangat sbb saya sangat penat.

Oklah, malas nak type panjang-panjang mungkin kerana tidak berapa sihat. Kebelakangan ini saya selalu sakit perut, macam banyak angin berkumpul disitu. Tapi saya mmg mempunyai masalah perut sejak dari kecil lagi. Kalau ada petua petua yang boleh hilangkan angin dalam perut sila la tinggalkan msg. Oklah, kekembungan perut saya menyebabkan saya sudah sakit kepala pula. Oklah, nanti saya update lagi. Mau drive pulang pula, harap-harapnya tak jem la. Kalau tak mau haku berenti tepi jalan!!

Tuesday, June 16, 2009

Ko pehal ha?

Woi ko pehal ek server.. lembab!

Friday, June 12, 2009

090509-100509 Johor Baru

Selepas ber Pre-Honeymoon kat Lumut, Mr su ajak balik rumah mak dia. So, saya pun pergilah ke BBU rumah mak mertua ku. First time sampai sini walaupun dah beberapa kali ke JB.
Mr su bawak pegi ronda-ronda JB dan kami ke Masjid Sultan Abu Bakar yang design dia sangat la cool!
Lepas tu pergi ke Muzium Istana Johor! Lagilah saya suka! I like muzium! hohohoho. rasa tak nak balik dan berangan menjadi puteri raja!Sangat best Muzium ni! Di pamer struktur sebenar dalaman muzium tu. Katil yang cantik, pinggan mangkuk yang mahal. Oh! saya ingin menjadi puteri raja!

Wednesday, June 10, 2009

050509-070509 Damai Laut

Right after lepas majlis, dalam hari selasa macam tu. Kitaorang pun pergi pre-honeymoon kat Damai Laut, Lumut. Hotel ni dapat free aje, masa kitaorang pegi matta fair. Dapat la 3D2N free voucher kat swiss apartment ni.
Jauh masuk ke dalam tempat ni.Lalu jalan kecil yang berliku-liku :p. aktiviti kat sini pun tak ada apa sangat. Makan-makan-makan ajelah kot.
Permandangan perjalanan sangat cantik, sbb kami lalu ikut sawah padi yang luas terbentang. mmg hijau mata memandang.
Petang tu lepas check in, kami pergi tgok matahari terbenam dekat pantai, yang tak macam pantai sangat. hurmm, maybe pantai buatan kot. Lepas tu, kami rasa malas nak keluar untuk makan malam, lantas kami pun makan di hotel yang agak mahal la. Tapi, bak kata Mr Su, our first dinner after married kat luar and berdua, ko special la sikit kunun.
Kami pun jalan-jalan jugak di sekitar Lumut. Beli keropok and sotong-sotong dan sebagainya la. Sambil posing-posing ambil gambar, tapi cuaca sangat panas. Hangat pijor bebeno rasenye time tu.Sambil-sambil tu singgah makan ABC kat tepi pantai ni, sedap! bersama angin sepoi sepoi bahasa. Ingatkan nak pergi Muzium TLDM, tapi Mr Su macam tak berminat lak. Lantas kami pulang ke hotel semula.Malamnye pulak kami pergi makan seafood pulak! Thanks to Awien sebab dia yang kasitau tempat ni. Murah pun murahla jugak, sedap pun sedap. Burp burp.. Mr su berapa kali tambah?Selesai la sudah. Then esoknya kami pun pulang semula kat rumah saya yang terchenta. Overall Damai Laut ni, ok-ok ajelah. Better pergi Langkawi ke mana ke yang pantai dia betul-betul cantik. Ape-ape pun semua jadi best sbb pergi dengan Mr Su. hahhahaha.

020509 Majlis Potong Kek & Membuka Hadiah

Malam lepas majlis bersanding tu, ada majlis potong kek dan buka hadiah pula. Tapi ni khas untuk family terdekat sahaja. Dulu-dulu, ada kenduri malam ni and akan ada orang merhaban, tapi sebab semua orang dah penat. So, buat kecil kecil-an saja la.
Ada juga majlis bersalaman dengan keluarga, time ni dapatla pengantin kutip duit poket sikit sbb siapa yang bersalam, kasi duit. hehehehehehe

Terima kasih kepada yang memberi hadiah! Banyak sangat! macam-macam ada! Rice cooker, slow cooker, tupperware, lampu, vacum, thermos, microwave,iron, kettle.. dll.
Terima Kasih Semua
Dengan habisnya majlis ini, maksudnya dah selesai dah la Majlis saya dan Suhaib di Teluk Intan. Doakan kami bahagia dunia dan akhirat. Nantikan pula majlis di JB punya update :p


Tuesday, June 09, 2009

card reader! Yeay

Akhirnya setelah sekian saya saya complain about kehilangan my cable for both my hp and my camera, i bought the cheapest card reader at Law Yat Plaza. RM9.90!
So, lepasni saya boleh update blog ni dengan gambar-gambar yang telah pun termissout sebelum ni.
Ape-ape pun, enjoy reading my blog ek.