Friday, May 15, 2009

290409 Kenduri Menggantung

Kat perak selalunya sebelum majlis perkahwinan, kena apa kenduri menggantung. Kenduri ni bertujuan untuk bergotong royong untuk menggantung lansir, pelamin dan sebagainya. Tapi sekarang ni, kebanyakkan aktiviti dilakukan sendiri sebab selalunya pelamin disewa dan orang datang memasangnya. Namun adat kenduri masih di jalankan. Selalunya di buat minum petang sahaja. Time kenduri ni tak ramai lagi balik, so tenaga utama adelah Kak itah kak idah pulak sampai lambat sebab dia pergi baya incometax pula dulu. And terima kasih banyak-banyak kepada Wan Ngah sebab banyak sangat tolong time ni. Kami ajak orang surau lepas solat Asar, dalam 8 hidang jugak la. Biasala kan, rumah Haji Yazid ni kompem ramai orang datang punya. Al maklum la, sebelah surau kan. heheheheheh.
Ini masa orang surau baru masuk rumah, penuh jugakla rumah ni. Abah boleh pulak kata dalam 10 orang aje jemaah kat surau ye. Lawak aje la.
Ni pulak time orang-orang perempuan punya turn makan. Ramai jugak la yang datang. Terima kasih kepada makcik makcik ni, banyak yang dah sakit sakit kaki still lagi memeriahkan kenduri saya ni. Terharu~~ Yang siap nak tolong basuh pinggan pun ada. hehehehe. Tabik la makcik makcik ni!

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menjayakan kenduri ni, kepada mak and abah terima kasih banyak banyak. Wan Ngah yang buatkan kuih serimuka yang sedap. Kak itah, kak idah, kak yang abang alang, faiz , adik..++ dan semuanya. Terima Kasih!

No comments: