Thursday, May 28, 2009

Terlalu banyak

Banyak sangat nak cerita ni sebenarnya. Tapi tak dapat nak upload gambarla, sbb cable for my bulky camera and my cool-hp sudah hilang. Tak tahu di mana? di rumah putra heights ka? dia rumah nahar ka? di kampung ka?

so, tunggu kejap ek.

Tuesday, May 19, 2009

020509 Majlis Persandingan

020509. Hari persandingan & Jamuan Makan Mariam Azwa & Suhaib. Alhamdullillah, majlis berjalan dengan lancar. Pengantin belah lelaki seperti biasa datang awal, nasib baik dah siap makeup. Tema baju warna meron. Saya ni tak nak suka tudung warna meron ni sebenarnya, tapi kena pakai jugak sebab mak yang suruh. Baju ni sewa, so agak kureng sikitla potongan dia. Kain dia pun saya pakai main belasah aje. :p Make-up pulak orang cakap nampak muka saya nampak garang. Hehehehe.. mak andam ni la! Orang cakap, buat sempoi-sempoi aje. Dia buat beranika warna pulak. Tak pe la kan.
Terima Kasih kepada kawan-kawan yang hadir pada majlis tersebut. Walaupun tak ramai yang datang. Ramai je cakap nak datang, aleh2 tak datang pun :(
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sedara mara, adik beradik, dll. Thanks to sponser-sponser abang nawir+ kak shikin for baju tema boria (yang beli terlebih sampai suhaib pun boleh dapat 1), kak Are for cokelat, kak itah upah jahit and tenaga, kak idah teman kesana kesini, kak yang yang bertungkus lumus menjahit, kak uda menjadi tenaga utama memberi bag, yeop + kak long banyak tolong.. Huish.. ramainya adik beradik saya! Mak and Abah jugak.. terima kasih semua! Muah!

Friday, May 15, 2009

010509 Majlis Pernikah

010509 sengaja pilih tarikh ni sempena hari pekerja kan. Nanti kalau nak sambut ulang tahun, seluruh Malaya cuti. Kunun la. lagi pun kami bertunang 011109, so satu haribulan juga. Genap betul-betul la 6 bulan kami bertunang.

Majlisnya lepas Maghrib, agak kelam kebut jugakla. Sebabnya rombongan pihak lelaki sampai awal, sebelum Maghrib dah sampai. Masatu, saya sedang berbaring-baringan di makeupkan di hall atas. Nasib baik sempat masuk bilik b4 ramai orang. Lepastu pulak, fotographer saya yang kunun-kununya akan sampai awal, keretanya rosak pulak. So, lepas habis majlis baru dia sampai. Memang nak kena sepuk kepala dia ni! Gerammnye Tuhan sajalah yang tahu! Harus di mintak discound 50% ni!! Alhamdullillah, majlis berlansung dengan lancar. Selepas 2 kali lafaz. Time ni badan suhaib dah mengeliat-mengeliat dah.Nervous sangat agaknya, saya kat belakang macam nak gelak aje. hehehehehe. Oklah cerita banyak pun tak guna, jom tgok gambar!Ni masa suhaib baru je sampai dari solat Maghrib kat surau. Smart aje warna putih bersih ni. Saya suka! Abah and pun tak sampai lagi. Saya dok kat dalam bilik time ni. Btw, baju nikah ni di design oleh saya, dan tailor dia Kak Yang akak saya sendiri. Terel tau dia jahit baju ni. Ada sape sape nak tempah, boleh la. Or ade sape-sape nak sewa baju saya ni pun boleh aje :pOklah. Secara rasminya saya telah pun menjadi isteri kepada Mr Suhaib. Doakan kami bahagia dan kekal sehingga akhir hayat. ~ amin~

290409 Kenduri Menggantung

Kat perak selalunya sebelum majlis perkahwinan, kena apa kenduri menggantung. Kenduri ni bertujuan untuk bergotong royong untuk menggantung lansir, pelamin dan sebagainya. Tapi sekarang ni, kebanyakkan aktiviti dilakukan sendiri sebab selalunya pelamin disewa dan orang datang memasangnya. Namun adat kenduri masih di jalankan. Selalunya di buat minum petang sahaja. Time kenduri ni tak ramai lagi balik, so tenaga utama adelah Kak itah kak idah pulak sampai lambat sebab dia pergi baya incometax pula dulu. And terima kasih banyak-banyak kepada Wan Ngah sebab banyak sangat tolong time ni. Kami ajak orang surau lepas solat Asar, dalam 8 hidang jugak la. Biasala kan, rumah Haji Yazid ni kompem ramai orang datang punya. Al maklum la, sebelah surau kan. heheheheheh.
Ini masa orang surau baru masuk rumah, penuh jugakla rumah ni. Abah boleh pulak kata dalam 10 orang aje jemaah kat surau ye. Lawak aje la.
Ni pulak time orang-orang perempuan punya turn makan. Ramai jugak la yang datang. Terima kasih kepada makcik makcik ni, banyak yang dah sakit sakit kaki still lagi memeriahkan kenduri saya ni. Terharu~~ Yang siap nak tolong basuh pinggan pun ada. hehehehe. Tabik la makcik makcik ni!

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menjayakan kenduri ni, kepada mak and abah terima kasih banyak banyak. Wan Ngah yang buatkan kuih serimuka yang sedap. Kak itah, kak idah, kak yang abang alang, faiz , adik..++ dan semuanya. Terima Kasih!

Wednesday, May 13, 2009

120509 MY Birthday

Ok, lupakan sekejap pasal majlis perkahwinan saya. Fokus pada birthday tahun ni pulak. Tahun ni first time sambut birthday as a wife kepada seorang husben yang best. Love u Mr Su. Diam tak diam dah 25 tahun dah saya ni. Suku abad dah pun. Tuanya rasa..tapi xpe muka still muda kan? hehehhehe...

Terima kasih banyak-banyak kepada Mr Su aka yang lovely husben yang buatkan "makan-makan" pada malam tersebut. Agak terkejut la jugak, tapi saya menten aje la. Sbbnye ramai orang.hihihihihi. Thanks to uswah, alak, imang, abang alak, pakcik Isa(membacakan doa), makcik Sempo and puan bibik yang sama-sama menyambut birthday saya.
Sebenarnya Mr Su tak berapa sihat on tat day. Selesema teruk and kahak..perrrghhhhh...gila banyak. Tapi still jugak buat makan-makan for me. Ohw..saya terharu..Muah!

Btw, birthday tahun ni saya ada dapat hadiah jugak. Nak upload gamba, cable tak ada pulak.
Terima kasih kepada my MIL sebab kasi saya telekung yang super cun! Kerawang tebal gila!! Imported from Indon lagi.Tak lupa juga, kepada cik Uswah yang bakal manjadi Puan dengan menghadiahkan sikat kepada saya kerana saya tidak membawa sikat. hehehehe. Kak Idah yang claim tudung nikah haritu as her birhday gift. hehehehehe.Mak kasi cadar yang chantek(eh, kak itah yang beli) hehehehehehe..awak jangan tak tahu kak itah, semua orang cakap cadar ni cantik padahal awak siap kutuk-kutuk lagi kan haritu. hahahahaah..

Saya belum lagi beli hadiah untuk diri sendiri ni,ingat tak last year saya beli sandal for my birthday? Sandal tu macam dah teruk aje, and saya pikir nak beli baru la. Ke nak beli Jeans baru ek? Hurmm..tgok la bajet macam mana. hahahahaha. Doakan saya di murahkan rezeki.

Hurm..Terima Kasih jugak kepada kawan-kawan yang wish my birthday Kef(on time tu), Yatee, Op, Ina, Lin, Ct Mun, Ref, ++ banyak lagi la. Doakanla saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..~~ Amin~~

ps: nanti kalau dah ada cable saya update gambo dia ek. TQ.

Tuesday, May 12, 2009

260409 Experiment membuat hantaran.

Saya mula balik kampung pada 260409 untuk siap-siapkan apa yang tak siap lagi untuk majlis. Banyak jugak lagi yang tak siap..sebabnye semua pending dekat saya. hik9
Balik, kelam kelabut nak buat hantaran di sebabkan mak dah bising-bising suruh siapkan jugak secepat mungkin. Drive sorang-sorang dari Shah Alam ke Teluk Intan orang kata darah manis, tak boleh bawak jauh-jauh. Tapi, tak kan nak charted driver pulak kan? Alhamdullillah, selamat sampai dengan kereta penuh dengan barang-barang kahwin.
Hantaran kali ni pun buat sendiri, saya dan Kak Yang buat. Pening jugak nak menggayakan bakul tu. Gaya kampung aje yang mampu kami buat, color pun pilih color merah sebab nak nampak kan tradisional dia. Sebab konsep kali ni ala-ala tradisional kampung. Cheh, tiba-tiba aje ade konsep macam tu ye.
So, hasilnya. Setelah 2 hari membuatnya :
semua sekali dalam 15 dulang kalau tak silap la. Malas nak upload semua.. tu ajelah yang termampu, tak pandai nak gaya-gaya lain gaya orang kampung aje pun. .

Sunday, May 10, 2009

010509

Lama dah tak update blog ni. Kasi dia update la sikit.
Ni masa malam nikah 010509, masa saya and mr su di akad nikah. Later i update lagi tau.. banyak gambar nak di uploadkan dan banyak cerita nak di ceritakan..jadi.. tunggu yek.hik9