Thursday, April 23, 2009

Silap

Silap
entah apa nasib
kita tak tahu
otak menjangka
apa yang terjangkau
mengapa kesitu
kita menunduk
mengapa kesini
kita menunding
berat? mata berair
ringan? bibir tersenyum

hati hilang
fikiran melayang
kesudahan yang belum kesampaian
aku hilang
dalam fikiran melayang
mana nak kutemui
aku dan hati yang hilang tadi

masa bagai kedipan mata
sekali berkedip
satu detik ternganga
hati berkata
manakan dapat kedip yang sama?

siapa faham apa yang saya cuba sampai kan? hurrm..sudah tersilap, manakan dapat semula. berserah pada-Nya saja la.

4 comments:

~Elaine Tam~ said...

Apa yang silap tu? Tak kan silap pilih suami kot...opsss..mr Suhaib (spell betul tak?) Jangan ambil hati yer..hahahah~

uwa said...

Elaine,

hehehehhe.. tu tak mungkin la silap. hahhaha..terel la u eja nama dia. heheheh

~Elaine Tam~ said...

Habis tu...apa yang silap tu? :d

uwa said...

elaine,
silap? tu la banyak benda yang silap. tapi kalau dah tersilap, kita kena la terima yang tersilap. supaya nanti tak tersilap lagi.manatau kot-kot yang tersilap tu menjadi betul pulak.

ohw...too many silap words! hahahaha