Wednesday, March 25, 2009

Jlo

Sejurus selepas temuduga di UM untuk kali ke-2 pada hari Selasa yanga lalu, saya bercadang untuk ke Jalan TAR. Jadi, saya memutuskan untuk meletakkan kereta saya didalam kawasan vista angkasa. Alangkah keciwa hati ini, vista angkasa telah menggunakan akses kad. Tidak dapatlah Mr Red di letak kan di situ.
Minda berputar-putar, dimana harus di letakkan Mr Red. Nak di bawa hingga ke Jalan TAR, sungguh tidak yakin dah tak pasti jalan kesana. Lagi pun penyelamat-penyelamat (opy n kef n paiz) jalan di KL ni sedang bekerja. Maunye sesat ke Pahang sorang-sorang nanti.

Akhirnya saya meletakkan Mr Red di midvalley dan mangambil komuter ke KL sentral. Sedang berjalan kaki menuju ke stesen komuter, terpandang wajah yang sungguh familiar. Namun dengan style rambut dan dressing yang berbeza. Jlo!!! Macam tak percaya saya berjumpa dengan geng rapat masa UKm dulu! Dah lama sangat tak jumpa si Jlo ni, last adalah 07/07/07 kalau tak silap saya. Berborak panjang jugak di tepi kaki lima tersebut. Kesian buah hati si Jlo menunggu kepanasan..Jlo yang semakin mantap and style rambut yang nampak lagi cun dari dulu. Tapi kan Jlo, perot ko mmg dari dulu la tak leh nak cover. hahahahahaha. Rindu pada kawan kawan masa UKM dulu.
Meneruskan perjalanan ke KL Sentral, lantas menaiki Putra ke Masjid Jamek. Hajat di hati ingin membeli sehelai sejadah untuk hantaran nanti. Penat memusing Wisma Yakin, tapi tak ada yang berkenan. Teruskan perjalanan ke SSF untuk melihat bekas2 cenderahati pula, ada bekas yang berkenan. Tapi apakan daya, kewangan membatasinya.
Otak tak berhenti memikirkan apa yang boleh dibeli sementelah saya berada di situ. Teringatkan tudung masih belum dibeli. Pergi melalui setiap lorong arked, namun tiada juga yang memikat hati.
Dengan kaki yang sedikit lenguh, saya berpatah balik ke wisma yakin. Akhirnya ketemu juga dengan sejadahnya. Saya berkehendakan sejadah yang tebal bulunya, dan tiada gambar Kaabah tidak ketemuan.Hurmm, akhirnya saya membeli juga sehelai sejadah yang boleh la di katakan cantik pada mata saya.
Kaki terasa sangat lenguh! berehat seketika di KL sentral untuk solat Asar. Pulang ke Midvalley dengan tren yang agak sesak. Almaklumla, sudah pukul 530 ptg. Berlegar-legar di Midvalley seketika, trus pulang ke rumah dengan membayar parking rm3 sahaja.

Sekian, cerita hari Selasa saya.

2 comments:

cik IJA said...

ciannya berjalan sorg2..tu laa tak nak ajak i hehe...btw wey 5apr nijom ker PD ado jomputan heeee

uwa said...

cik Ija.
PD? sapo nikoh? ekau ke?

ekau tau, eden ponek bona melilau sorang diri dokek kolumpo ni. Bepinau-pinau rase kepala otak eden ni ha. Tu la ekau tak ado sini. Kalu tidak pasti kito poning bersamo-samo..

hahahhahaha