Monday, March 30, 2009

Perhimpunan yang selesai

The 58th Perhimpunan Umno was ended well last Saturday. Leaders for each components under UMNO has been decided. President, Vice Pre, Exco and all the post has been declared. I am not into politic, but some how this really attracts me. I can say, i am really disappointed when KJ was declared as Ketua Pemuda Umno. How this man can be chosen as a leader? A man who ruining UMNO before? Bengong Pemuda ni! Apeke Bute deme ni?

I can see that UMNO will lose in next election...
But, some how. My feeling getting better as Dr M coming during the closing of the Perhimpunan. I have a feeling that UMNO will have a lot of changes this term. Good Luck for them.
Last but not least, let sing this Song.=p


Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Tiba-tiba teringat kat Abah nyanyi.he always sing UMNO tak pakai baju..lalala..heheheh

Sunday, March 29, 2009

Hari Bumi

Saya telah sama-sama menjayakan hari bumi sedunia dengan bergelap selama sejam. Hanya laptop saja yang masih on. Lain semua off. Please save our Planet


Right after lampu pasang balik, saya mempunyai agenda tersendiri. Saya memasang rak 3 tingkat yang di beli di Giant.
Taraaa..i do it myself tau! From amik dari Giant-angkut masuk keta-angkut naik rumah-pasang!Sonang aje, apa yang diperlukan adalah tnaga dan skru driver. Rak ni agak tinggi jugak, paras telinga saya. Berat jugakla, sebab nak bawak kotak tu masuk kereta dari troli. Giant Putra Heights ni dekat tingkat atas, jauh pulak la menolak troli yang berat ke parking kereta. Dekat rumah pulak kena angkat naik atas, sbab bilik saya di atas. Berat! Dalam 12 kg kalau tak silap. Tak caya? Tengok ni....

Habis masel-masel tangan i tau. hahahah.Yeay! seronok ada rak baru. Tak adalah macam sepah-sepah aje barang saya. hehehehehehehe

Friday, March 27, 2009

nothing!

I don’t have anything to share out. But my guts ask me to write. So, what should I write?
Hurmm.
I have quite of free time in the office today although I have 1 pending task from yesterday. I don’t have any mood to debug all the excel loader codes.
It has been a long time I did not shopping. Yes, l did go to Midvalley couples of days before. And guess-what? I did not buy anything at all! And nothing attracts me. Weird kan? I stopped at many shops from JUSCO to MnG to Fossil to City Chain to Hush Puppies, Zara, Nike, Adidas, Nose, Vincci to bla bla bla…But, it such a waste of time! Actually I really feel like hilang-arah-tujuan at that time. Beli baju? I have 2 shirts that still in the plastic bag. Beli seluar? I have I PDI khakis that cost me rm27 after 70% less still in the plastic too.
I think I want to get a new wallet. Time to change my-one-and- half-year-Guess- wallet. I bought it around Nov 2007 when the Perhimpunan Bersih was held in KL. Federal Highway was jammed teruk, and I stuck more than one hour from Shah Alam to reach Midvalley. Eh, Farah dah tuka wallet baru ke eh? sila jawab ye. hahahahah

But, I have a problem here. My wallet still in good condition. Tak koyak lagi, cuma benang-benang asyik terkeluar dari poket belakang dia. Should I change it? Some-more I can put it on dulang hantaran, rite? I have bought handbag for my hantaran. So, the wallet should be sedondon-or-sebrand la with my handbag kan? Hurmm...looking at my budget rite now, I don’t think I can get the sedondon-or-sebrand wallet with my handbag. Unless Mr su nak share beli 50-50 for my new wallet (dreaming la)

Hurmmm tak baik membazir kan? Cheh, macam ada banyak duit aje nak beli itu ini? Better keep it to buy my dream house. Ahaks! Apekah yang saya merepek di dalam post ini? Dari xtahu tulis terus panjang berjela-jela? Huh…abaikanla.

Wednesday, March 25, 2009

Jlo

Sejurus selepas temuduga di UM untuk kali ke-2 pada hari Selasa yanga lalu, saya bercadang untuk ke Jalan TAR. Jadi, saya memutuskan untuk meletakkan kereta saya didalam kawasan vista angkasa. Alangkah keciwa hati ini, vista angkasa telah menggunakan akses kad. Tidak dapatlah Mr Red di letak kan di situ.
Minda berputar-putar, dimana harus di letakkan Mr Red. Nak di bawa hingga ke Jalan TAR, sungguh tidak yakin dah tak pasti jalan kesana. Lagi pun penyelamat-penyelamat (opy n kef n paiz) jalan di KL ni sedang bekerja. Maunye sesat ke Pahang sorang-sorang nanti.

Akhirnya saya meletakkan Mr Red di midvalley dan mangambil komuter ke KL sentral. Sedang berjalan kaki menuju ke stesen komuter, terpandang wajah yang sungguh familiar. Namun dengan style rambut dan dressing yang berbeza. Jlo!!! Macam tak percaya saya berjumpa dengan geng rapat masa UKm dulu! Dah lama sangat tak jumpa si Jlo ni, last adalah 07/07/07 kalau tak silap saya. Berborak panjang jugak di tepi kaki lima tersebut. Kesian buah hati si Jlo menunggu kepanasan..Jlo yang semakin mantap and style rambut yang nampak lagi cun dari dulu. Tapi kan Jlo, perot ko mmg dari dulu la tak leh nak cover. hahahahahaha. Rindu pada kawan kawan masa UKM dulu.
Meneruskan perjalanan ke KL Sentral, lantas menaiki Putra ke Masjid Jamek. Hajat di hati ingin membeli sehelai sejadah untuk hantaran nanti. Penat memusing Wisma Yakin, tapi tak ada yang berkenan. Teruskan perjalanan ke SSF untuk melihat bekas2 cenderahati pula, ada bekas yang berkenan. Tapi apakan daya, kewangan membatasinya.
Otak tak berhenti memikirkan apa yang boleh dibeli sementelah saya berada di situ. Teringatkan tudung masih belum dibeli. Pergi melalui setiap lorong arked, namun tiada juga yang memikat hati.
Dengan kaki yang sedikit lenguh, saya berpatah balik ke wisma yakin. Akhirnya ketemu juga dengan sejadahnya. Saya berkehendakan sejadah yang tebal bulunya, dan tiada gambar Kaabah tidak ketemuan.Hurmm, akhirnya saya membeli juga sehelai sejadah yang boleh la di katakan cantik pada mata saya.
Kaki terasa sangat lenguh! berehat seketika di KL sentral untuk solat Asar. Pulang ke Midvalley dengan tren yang agak sesak. Almaklumla, sudah pukul 530 ptg. Berlegar-legar di Midvalley seketika, trus pulang ke rumah dengan membayar parking rm3 sahaja.

Sekian, cerita hari Selasa saya.

Tuesday, March 24, 2009

Syukur Alhamdullillah

Nothing much i wanna say, Syukur Alhamdullillah. Terima kasih ALLAH

Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasihku Yaa Allah atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Yaa Rabbi atas rahmat dalam hidupku

Thursday, March 19, 2009

Picisan

Sakit hati, bikin sakit hati
Semua ini terjadi berkali-kali
Tak pernah mengerti, mengapa begini
Masih saja kau selalu ingkari janji
Cubalah rasakan apa yang kurasa
Hati ini sakit dibohongi
Setiap kali kau tebar ribuan janji
Tak pernah terbukti cuma mimpi
Kau taburkan bunga di angan-angan
Hingga jiwa ragaku melayang
Saat semua kembali, aku tersentak
Yang ku rasa hanyalah kecewa

*saya ada interview SLAB UM this coming monday, siapa ada pengalaman interview bidang-bidang akedemik ni sila bagi tunjuk ajar. Saya belum pernah lagi. terima kasih. Jasamu akan ku kenang.eh, doakan kejayaan saya ye.

Wednesday, March 18, 2009

Jeng jeng jeng

Nantikan kemuculannya tidak lama lagi. Sila booking segera. Siapa lambat tak dapat.

Tuesday, March 17, 2009

Balik!

I just cannot Concentrate! one minute to BALIK!! wow! bell is ringing now..chou!

Saturday, March 14, 2009

My messy day

Woke up for Subuh, back to bed again. K7700i snooze twice, get ready to office. Reached office at 801 am! Damn it!! Gone my rm60 for attendance allowance this month! Poor me.
I don’t know why I feel so thirsty with something sweet and cold at 9am today. I ask my super-model-team-mate rm1 shilling as I am going to buy something at the vending machine. End up, I bought kacip Fatimah with ice which cost me 80cent. Actually I really need some thing sweet! I used to drink plain water because it free at canteen and my house don’t have fridge to keep all those drinks.
I know I cannot drink Kacip Kak Timah! I have done a lot of experiment on it. But dunno what is my tiny brain is thinking today. There u go.. I really had a headache and stomachache right after I drank the whole cup of Kacip Kak Timah. I cannot focus; I am sweating although I am in full aircond area. I cannot sit properly. I cannot think properly. Everything is a mess! I try to drink a lot of plain water which I think it will neutralize all the kacip kak timah in me. But it useless!
Suddenly one system under me having problem. Luckily is not a major problem. Need to ask help the admin to recopy the latest file.
I went for lunch with an empty stomach and a dizzy head. I don’t eat anything except having Kacip kak Fatimah this morning. I need to queue up almost 15 minutes to get the most-delicious-meal of the day. Kuew Tiew Goreng Basah.
Went back at 5pm sharp. My head still dizzy and my heart pumping very fast, syndrome Kacip Kak Timah is still in me. I could not drive properly and I could not think correctly. Tawakkaltu Allah.
I missed the junction to my house, as I don’t think I can over take a slow lorry beside me. I do not know what I was thinking! Actually I can over take the lorry, but I just could not make a correct judgment. I need to U-turn at the second junction.
I stop at pasar malam, thinking to buy kerepok nipis. After buying it, suddenly I saw murtabak. So, I bought murtabak ayam. And suddenly I feel like eating nugget and hotdog, but I could not remember which of the stall is selling it. It only has less than 20 stalls that open, but could not recall it. Never mind, then I bought bubur ayam! Then, I round at tudung side. And I bought tudung Ikin which cost rm 5 per piece. You know what, I not look like Ikin after wearing it but I look like Soleha! The Indonesian sinetron. Kembung-kembung kat depan tu.
Never mind. And not to forget I do bough 4 mangos! Usually I only will buy one main dish and cendol, not like today, looks like am shopping at the pasar malam. See. All because Kacip kak Timah.

OMG! It already 00:49! And am not sleeping yet? Is it still the Kacip Kak Timah Syndrom? Hahahahah. Pen off now. nite.
btw, i know that my english is not good. I am on the way to improving it. Wish me luck.

Thursday, March 12, 2009

Dapur Gas Saya

Tadi masa balik dari kerja teringin pulak nak makan roti telur goreng, cubalah pasang api di dapur ku ini.Amik! api merah yang bernyala. Hurmm, mengapakah terjadi begitu ya. Mengikut teori fizik saya, dia adalah akibat salurah gas tersekat.Jadi pengudaraannya tak cukup menyebabkan api tu jadi tak sempurna biru.
Dulu masa kat Senawang pernah jadi juga, anta p rumah Tuang suh dia tengok-tengok kan. Siap pakai allen key lagi pakcik tu. hahahah. Tapi kat sini, den buek sendiri ajolah. Rumah bujang macam ni la.
Kemudian, saya pun meng-godek la dapur tersebut, habis kuku and jari saya cedera sbb nak keluarkan tungku dia. Tangan pun hitam-hitam sebab jelaga api tadi.Tungku tu pun agak panas sedikit.And yes! Berkat kesabaran tungku dapat keluarkan.
Cucuk punya cucuk, korek punya korek. Semua nye tak ada yang sumbat. Akhirnya ketemu juga! Ade labah labah buat sarang dekat connector tu! ke sawang eh. Anggap la ia sawang. Betul la kata Tuang dulu, ade labah labah buat sarang kat dalam tu. Mati-mati kitaorang tak caya. Tambah-tambah cik ija yang paling rajin masak. Tak mungkin ada sarangkan?

Akhirnya api biru berjaya di hidupkan! yeepiee Uwa berjaya! Tapi habis semua tangan hitam hitam sebab nak masuk balik tungku ni and ade besi dia yang keras kena bengkok kan. Luka luka jariku ini. Sape ade plaster?? hahahaha

Dapat la makan roti telur yang sedap! nyum nyum nyum! gambar roti telur tak ada. sbb dah masuk perut pun.

Wednesday, March 11, 2009

Bilik sewa di Shah Alam (Putra Heights)

Bilik untuk disewa:

Lokasi : Putra Heights Seksyen 8. Berdekatan dengan Sek 26,27,28 Shah Alam
1. berdekatan dengan seksyen 28 Alam Mega ( Kawasan perindustrian Hicom)
2.berdekatan dengan pasar malam, stesen minyak, Giant Putra Heights, Balai Polis, Exit lebuh raya Elite
3. kedudukan di tengah tengah untuk ke Subang Jaya, Shah Alam dan Puchung
4. Bus rapid KL ke KL central dan Shah Alam
Rumah teres 2 tingkat 4 bilik( 3 bilik atas 1 bilik bawah)
bilik untuk disewa adalah master bedroom (bilik air di dalam bilik)
Kadar sewa rm 120 sebulan
Kemasukan May 2009
Deposit 2+1+Utilities

Siapa berminat boleh hubungi saya di 012-4517619 or email mariamazwa@yahoo.com

Friday, March 06, 2009

Tag lagi

100 truths, tag 10 people to do the same. Don't forget to tag!

Last beverage → Tak ingat la
Last phone call → susu?

Last text message → Klantan Selangor. Klu ade live ko tgok r muke aku kat tv hahahaha from Lan
Last song you listened to → lagu Jom Heboh kat TV3
Last time you cried → hish.. setiap tag mesti ade soalan ni ke? Saya sudah besar, no more nagis2.

HAVE YOU EVER:
Dated someone twice → hik9
Been cheated → entahala. Tak perasan pulak
Kissed someone & regretted it → tak kot
Lost someone special→ yup

IN THE PAST MONTH HAVE YOU:
Fallen out of love → everyday also I in love, chet!!!
Laughed until you cried → sudah pasti
Met someone who changed your life → entahla
Found out someone was talking about you →entah..kalau orang nak cakap, cakap ajelah

How many people on your top friends do you know in real life? → semua kot..entahla
How many kids do you want to have → ikut rezeki yang di beri
Do you have any pets → dulu and pelbagai. Saya sangat suka binatang
Do you want to change your name → tak lansung.

What time did you wake up today → lepas subuh, then tak ingat dah bangun bila
What were you doing at midnight last night → entah, tido kot. Tapi Suhaib ade call, jawab macam tak berapa nak sedo. hahahahah
Name something you cannot wait for → hurmm..ape eh? Tak tahu la.
Last time you saw your father→ last week
What's one thing you wish you could change --> hurmm.. my company kot
Have you ever talked to a person named Tom --> yes

What's getting on your nerves right now --> hurmm takde pape kot. Just confused nak buat baju nikah ni macam ne.
What's your real name → Mariam Azwa
Elementary/Primary School → Sek Keb Sulatan Idris ii, Sek Keb Kampung Bahagia
Middle/Secondary School --> Sek Men Convent Teluk Intan
Hair color → cokelat kot
Long or short → hahahahha…rahsia..
Are you a health freak → tak kot
Righty or lefty → oh.. righty

FIRSTS :
First surgery → tak pernah lagi
First piercing → masa tadika
First best friend → banyak sangat…
First sport you joined → badminton! Sangat suka.. lama tak main. Jom main. I book court.
First pet → Joji..kucing kesayangan saya..
First vacation → cant remember la..

CURRENTLY :
Eating → tadi makan KFC free aishah belanja
Drinking → FnN blackaren
Waiting → Suhaib call lagi..hahahaha

YOUR FUTURE :
Want kids? → InsyaALLAH
Want to get married?→ insyaALLAH,hahahah
Careers in mind? → still blurr

HAVE YOU EVER :
Kissed a stranger → tak penah kot
Lost glasses/contacts → tak penah.
Ran away from home → tak penah
Broken someone's heart → Biarlah rahsia
Been arrested → yes
Cried when someone died →yes

DO YOU BELIEVE IN:
Yourself → hurmmm
Miracles → Pasti
Love at first sight → tgok keadaan
Heaven → pasti!
Santa Claus → tak
Kiss on the first date→tak
Angels → haah!

ANSWER TRUTHFULLY :
Is there one person you want to be with right now? → yes
Had more than one boyfriend/girlfriend at one time? → tak penah
Do you believe in God? → Sudah pasti

PEOPLE I TAG:
1. Kak Idah
2. Opy
3. Kak Itah
4. Jai
5. Hudd
6. Farah
7. Elaine tam
8. rose
9. Elena
10. zura


Btw, this post has been in my draft sience last week. So, jawapan dia tu agak outdated la sikit. hahahhaha

Wednesday, March 04, 2009

Aiskrim roti

After a stress week, I ate something that makes me happy! Tara..
Aiskrim roti! Masa balik tadi, saya parking kereta dekat luar. Keting..keting..keting.. bunyi loceng aiskrim ni. Saya terus tahan dia. Sedap jugak la aiskrim ni. Dah lama sangat tak makan aiskrim roti ni.

Dulu masa kecik-kecik dalam sekolah rendah macam itu memang selalu orang jual aiskrim ni kat kampung. Mak kasi 10 sen je, beli yang aiskrim dalam corn tu. Sebab masa tu nak beli aiskrim roti tu dalam 20-30sen mahal sangat pada masa tu.. Kak itah and Haza selalu la makan..hahahahaha

Kalau aiskrim corn tu, orang tua-tua pesan jangan makan bahagian bawah(hujung bawah) dia. Korang ade tak dengar kisah macam tu? So, kalau dah tinggal hujung-hujung tu kami tak makan la.

Harga aiskrim ni rm1.50 sekarang! mahal betul la.. berkali kali ganda dengan harga zaman dulu. Tapi aiskrim dia lembut and perisa dia pun sedap. Kalau dulu-dulu, aiskrim dia macam ada rasa ais batu, and perisa yang saya paling suka adalah keladi, warna purple. Sedapn nya..Teringat la pulak kenangan dulu-dulu ni, tunggu pakcik aiskrim tu datang. Dengar bunyi loceng dia dari lorong sebelah dah excited gila mintak mak duit. Hahahahahaha..oh indahnya saat itu.

Dah dah, back to work!

Tuesday, March 03, 2009

Chapter 11

This news a bit basi if you are spansionese. But I still want to post about it. Actually the news is all over the internet since yesterday. Speculation about my company going to file chapter 11 (under US gov) was started at the beginning of this year. But, management keep on denying that my company will be ok and they don’t have any intend to file the chapter 11.
Officially yesterday, John Kispert (CEO) declared that my company has filed a voluntary petition for reorganization under chapter 11 of the U.S. Bankruptcy Code as part of its strategy to strengthen its financial position and focus the business for long-term success.

That’s it! I just want to share that my company is under chapter 11 of the U.S. Bankruptcy Code. Ok, let me explain about the Bankruptcy Code in US. Maybe readers pening-pening ye. There are 2 chapters under the Bankruptcy Code in US, chapter 11 and chapter 7. Chapter 11 is the first choice for most of the company. Under chapter 11, company can develop their reorganization plan and continue operating as usual. Chapter 11 provides companies the time and resources to restructure their debts while continuing day-to-day operations. While under chapter 11, the company is protected for creditors by the court, preventing creditors from disrupting the operations of the company. Once the reorganization is complete, the company can come out from under the protection of the bankruptcy court and resume normal operations then pay all the creditors.

If the company did not survive under Chapter 11 for 18 months, they will need to declare Chapter 7 Bankruptcy. Where all company’s assets will liquidate! Habis, tutup kedai! The bankruptcy courts will make sure the assets were sold for the highest possible price and distribute it to all the creditors. Habis cerita!!

So, for my company we are under Chapter 11 started on 1 March 2009. Management believes that company’s current and anticipated cash resources will be sufficient to pay its expenses and maintain its business operations. So, no potong gaji!! Yeah. Wish us luck!

Company situation really make my life in miserable! Resign or not to resign? Do masters or stay here? Master by course of by research? Dpli or Kpli? KL or sedang? Bangi or Shah Alam? Engineer or student? 1k or 2k or 3k?

p/s:I write this post is based on my understanding and my experience. So, the fact might be wrong. Feel free to correct it for me cik cik lawyer sekalian. :p

Sunday, March 01, 2009

Double Bengang

Gua dahle bengang habis dengan kampeni gua pasal VSS ni. Lepastu ade pulak orang tu bikin gua panas..je. Gua dengan baik hati kenselkan plan dengan kawan kawan semalam sbb ada orang tu kata nak teman buat aktiviti yang sama.
Tapi tak jadi pulak sbb dia ade personal alasan yang gua malas nak ambil tahu, end up gua lepak rumah je wiken ni ngadap muke laptop ni sampai dah nak muntah!
Haishhhhh...gua bengang habis nih! Baru ingat nak release tensen buat menda yang gua suka. Aleh-aleh, bukan mereleasekan menambahkan tensen gua adelah!!
Sabo beb , sabo.. Ingat Tuhan...Istigfar be-banyak ye...Cool down bebeh..