Monday, February 02, 2009

Kegawatan ekonomi

Baru-baru ini ada seorang rakan, pekerja kilang, sambil melawak beliau berkata seandainya anak perempuannya itu sudah besar nanti, jika sampai masa nak kahwin, dia akan periksa dahulu latarbelakang bakal menantunya itu, kerja apa? kerja di mana?
Kalau katakan kerja Engineer misalnya, tapi kerja di kilang, sure dia akan tolak awal-awal lagi (seperti mana-mana Bank-Bank sudah mula menolak loan application drpd pekerja-pekerja kilang sekarang : kerana VSS).
Kenapa nak tolak bakal menantu kerja Engineer lulusan Universiti macam tu, bukankah okey sebegitu? kata rakan saya ini, buat apa anaknya bersuamikan Engineer yang kerja kilang, nanti 5 tahun selepas berkahwin sudah ada anak sudah punya rumah dan kereta lawa-lawa, tiba-tiba kilang merudum, kena VSS, habis hilang rumah hilang kereta dan mungkin berantakan rumah tangga. Kata beliau, lebih baik bermenantukan org kerja gomen ataupun bidang lain yang tiada kaitan dengan kilang.
Memang patut pun orang berpikiran seperti di atas. Keadaan tersebut memang betul-betul berlaku sekarang ni. Mungkin orang yang tak terlibat tak kisah lansung pun pasal ni. Macam lecturer-lecturer, cikgu2, doktor, senang kata semua yang kerja kerajaan la. Sebab mereka memang belum merasai lagi bahang kegawatan ekonomi ni. Tapi bagus jugak, golongan mereka ni la yang akan berbelanja and secara tidak lansung menjana ekonomi negara. Kalau semua orang lost confident to spend, how our economy want to grow kan?
I still remeber bila sorang lecturer ni cakap, kilang kilang ni cepat melatah. Belum pape, terus je nak shutdownla, buang orangla, potong gaji, tak pun VSS. Baru je ekomoni dunia slow sikit dah kelam kabut.Hurmm, masa tu saya hanya senyum aje dengar puan lecturer tu berkata-kata. She is not in the industry, macam mana dia tahukan? Walau pun dia lecturer yang ade PHD, tapi..pendapat dia tu macam dia tahu semuanye.Padahal,theory je. Praktical?? kosong. So, cik lecturer sekalian, xpayah le nak belagak kalau ade theory tapi practical elek! kalau dari degree->master->PHD->lecturer, tok sah nak belagak le, tanya orang dalam industry mungkin idea dia banyak, tapi teori dorang kurang .Ops.. Sorry, bukan bermaksud nak mengata sesiapa tapi, hanyalah pendapat dari hati ini. Sbbnye lecturer tu dah le ngaja statistik semua. tapi..hurmm.
Berbalik kepada cerita ekonomi kita sekarang ni. For my current company, our super duper CEO, Bertrand dah resign! He used to be our pembela nasib sebabnya dia ni tak suka konsep, layoff employee. Dia suka pendekatan yang lain. Tapi board of director yang lain tak setuju. End up dia dengan ikhlas hati pun resign la. Jadinye sekarang ni, semua employee sedang tunggu masa ajelah.
Spansion sekarang ni memang open for sale.

"Kami di Western Digital (M) Sdn. Bhd. (Sg Way) telah dimaklumkan secara rasmi (melalui comm. session) tentang VSS selepas shutdown 2 minggu pada penghujung 2008 dulu....Selepas tu HR dok sibuk buat sessi penerangan pulak kepada sesiapa yang perlukan maklumat lanjut. Antaranya (kononnya)ini adalah atas dasar sukarela, tak ada paksaan, bla bla bla(manis-manis belaka). Rate pulak, 1 tahun dapat 1 X gaji, >1 tapi <5tahun> 5tahun dapat 1.5 X service. Dah tu tambahpulak 2 bulan lagi (utk engineering), yang lelain tambah 1 bulan jer.Sapa berminat boleh amik borang (download dari website) dan hantar katHOD. Dateline hantar borang 19/Jan. Last day kerja 31/Jan.Maka ramai ler kami (otai-otai yang dah berbelas tahun kat WD ni) yanghantar....tup-tup hampir semua kena reject. Alasan....nama tak de dalam list. Rupa-rupanya management dah ada list nama yang depa nak buang. Kebanyakan budak-budak baru yang belum 1 tahun. Hari ni HOD dah start panggil orang-orang yang "ada dalam list" tu. Suruh depa isi borang.......apa ni?? kata volunteer?? Hampeh!!"

" Ex-Phillips (NXP) di Senawang dah start CSS berapa ramai tak pasti. Dah lay off pun. Crystal Clear Technology di USJ pula, VSS 26 orang dari 350 tenaga kerja manakala lagi 8 orang di CSS 24 hours. Yano Electronics di Senawang terus tutup operasi. Semua lay off antara November hingga Januari 09"
Panasonic dekat melaka dah tutup. Mereka claim yang semua akan di tranfer ke Shah Alam punya plant.
Dan macam-macam lagi la news yang tak masuk surat kabar pun.

Tahniah kepada muslimin dan muslimah kat my company sbb setiap Isnin kami jalankan solat Hajat berjemaah supaya ekonomi kembali stabil dan semoga Allah selamatkan sedara kita di Palestine serta hapuskanlah Israel jahanam tu!

7 comments:

*oLLy* said...

uishh....saye nasihatkan....sediakan payung sebelum hujan.....setuju tak uwa?

uwa said...

setuju! hurmm payung brand apa tak tahu nak guna ni..hik8

*oLLy* said...

payung cap...hurmm...kasi mahal skit la..payung cap esprit...hik8

Mohd Faiz Safwan said...

well..
it's mcm rotation..
last recession 98..
b4 that..80's..
now..2008..
so..every 8-10 yrs cycle..
next recession...2016-2020?
abis laa wawasan 2020..
sape laa yg set 2020 tu..
hahahaa..nice..
btw, kali ni recession ok ape..
our ringgit naik skit..
dlu..dgn pound mau kne kali 7..
skrg dah kali 5..
so..london jom!!

SepHia said...

huhuh... sy sbg org industri yg nk masuk bidang lect. akan terangkan yg amali nye kat student sy.. hehehe
bkn cm lect statistic uwa... :-p

3 thn tukar kilang dlm industri...
tp ade btolnye ckp uwa...
so.. who wanna be my partner?? ekekekke... engineer accepted??
joking2.. :-D

uwa said...

Faiz,
Jom london jom! hahahaha
ko power punye industri tak teruk sangat kot. sebb smua orang nak pakai letrik kan.hurmmmm

Sephia,
huhuhu! Bagus..Ko siap nak buat amali tu. hahahahah. Bagaimanakah nak remote desktop cik sephia?hik9

Ezmah said...

How nice...buat sembahyang hajat...hmm mungkin patut dipraktikan kat On......that bad ker org2 kat Spansion?