Monday, January 05, 2009

Selamat Tahun Baru

Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru Hijrah dan juga tahun Masihi kan. Harapnya semua yang terjadi tahun lepas menjadi sejarah yang indah dan pengajaran. Oklah jom check my 2008 punya sejarah.
Awal tahun sangat meronta-ronta nak keluar dari ON. sebab ramai kawan-kawan dah mula resign. Berkejaran kehulu and kehilir nak pergi interview. Entah berapa interview tah yang di perginye. Dari naik bus, naik teksi, komuter, STAR, PUTRA semua saya naik sbb nak cari kerja. Jeles je tgok sesetengah orang tu nak pergi mana-mana ada orang hantar.boypren ke.kawan ke.kakak ke. bapak ke. Tak kisah la, tapi mmg mak dah ajar dari kecik jangan suka susahkan orang. So, i am used to it. Thanks mak.
Febuari - Mr red berjaya saya bwa hingga ke Terengganu. Pengalaman berada dalam kereta almost 8 jam untuk sampai ke sana. Thanks to ena & husben sbb invite ke majlis mereka and secara tidak lansung saya pun bercuti-cuti malaysia di sana bersama kayrol and mr su. Tak ketinggalan en tuang yang banyak membantu kami. Cantik and pengalaman best pergi sana ni. Terima kasih daun keladi. lain kali tolong lagi.
21April masuk kerja dekat SPANSION, almost 2 months stay rumah kak uda. Masatu penat pulak cari rumah sewa dekat-dekat sini. Sebabnya, segan pulak dok menempek dekat rumah orang lama-lama ni. Thanks to kak idah sbb selalu teman cari rumah, entah ceruk mana semua kitaorang redah. heheheheheh~
27 June, first time in my live eksiden! Selama 23 tahun hidup, ni lah kali pertama saya eksiden. Betapa terelnya my parents jaga saya kecik sampai 17 tahun tak pernah-pernah pun eksiden. Ni baru, 7 tahun je keluar rumah and jaga diri sendiri dah eksiden! Masya-Allah. Doakanla peristiwa tak berulang lagi.Thanks kepada house-mate yang banyak membantu ketika ini.Thanks korang!
July- First time masuk stadium Shah Alam,huhuhuhu sangat jakun!! best experience! Walaupun saya ni tak adalah minat sangat bola ni. Tapi dapat masuk stadium ni, kira sangat jakun la kan. Thanks to Mr Su sbb ajak saya p tgok walaupun tiket bayo sendiri. cheh! tapi still best!!
August-my car telah siap dibaik-pulih. And siap sedia berkhidmat untuk saya. Almost 2 bulan tak ada transpot pergi and balik kerja. Thanks to Mai sbb sanggup keluar awal untuk g kerja sbb nak hantar saya dulu. And sanggup pusing balik sbb nak ambil saya balik kerja. Thanks Mai!
- Kerja makin menimbun-nimbum. Pernah merasa, sebulan takda weekend and dapat claim OT yang terbanyak dalam record sendiri.Pengalaman pulang kerja pukul 11 malam, dengan dinner Mdc di belanja oleh boss. Thanks semua!
Oct- Raya. Tahun ke-3 memberi duit raya kepada anak-anak sedara. Sorryla kepada lope-angah-mirol-afif-akmal sbb tak dapat duit raya. Sapa suruh korang balik kampung lewat sangat.Baju tema untuk anak-anak sedara adelah merah, compare tahun lepas biru. hehehehe
1 Nov- Majlis pertunangan saya dengan mr su.Phew! ponat jugak nak pikirkan time ni. Last-last minit sempat jugak pergi membeli sunglass for mr su. Gubahan hantaran adalah pada malam esoknya majlis. Sangat tidur lambat pada malam itu sbb nak letak riben-riben and bunga-bunga pada bakul itu. Chess! penat i buat mr su tak puji pun kata lawa. Dia asik puji belah dia punya aje lawa.hahahahaha. Tak kisahle, ramai lagi orang lain kata lawo.hehehehehe. Majlis yang best, walaupun ada menda minor-minor yang tak sedap sikit. Tapi adat le tu kan. Over-All.semuanye best! berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak mr su and my family.
Dec- Akibat kemelesetan ekonomi. kilang asik cuti sahaja menyebabkan annual leave hilang begitu saja.hurmm
Oklah, macam post-mortem untuk tahun lepas pulak eh. Tolong doakan tahun ni akan berjalan dengan baik dan lancar.

No comments: