Monday, January 05, 2009

JB and singapore

Seperti yang di mention on previous post, saya pergi ke Jb and Singapura. Jadi jom check gambar-gambar di sana.
First day: menjelajah ke 4 buah shoping complex di area Johor. Di sebabkan penunjuk arah agak tak biasa dengan kawasan sini. jadi agak makan-makan angin jugak le waktu mencari tempat-tempat tersebut.

Bermula dari jusco bukit indah ke angsana ke sutera mall ke jusco taman-u. Habis semua kedai kami jejaki sbb nak mencari kasut si asma ni. For me, biasa-biasa aje shoping complex ni. Memula, ingat angsana ni macam best le, sbb ramai orang cakap macam best. Tapi, hmmm..entahle. Berjaya beli tudung rm 15 ringgit kat sana. Oklah kan. Leguh kaki jangan cakap la kan. huhuhu!

Lepas penat-penat tu, sempat jugak pergi ke hija punya research lab. kunun-kunun berlakon sedang check arus la tu. cheh, arus ke? v=ir? hahahah~ fizik fail habis~~

Explorasi bermula se-awal pukul 8pg. Keluar tunggu bus dekat depan rumah ija untuk ke bandar. Ija kata stop kat bbu bustand (eh, bbu? macam ku kenal aje =p). Then ke larkin. Entah macam mana rezeki kami baik haritu, lepas tu turun di bus stop bbu, ada pulak bus dari batu pahat yang offer kami naik bus dia ke larkin. Free! yeeppiee`~~~ Muka gembira menaiki bus free!! Tiket RM2.50 dah boleh masuk singapore tu! Kagum sekejap. Tapi entah berapa kali kena turun naik bus la. 4 kali tu! baru lepas masuk singapore. Penat kaki ni panjat tangga kastam. But, it is a adventerous experience. Baru le best kan? tapi penat le. hahahahahaha First, sampai bus berenti dekat bugis. Then amik tren pergi ke Sentosa island. Tak adelah apa sangat pun kat sini. Pantai pun macam tak natural aje. Cable car, langkawi lagi best. Underwater world lagi, kat langkawi lagi panjang. Dah le bayaran dia agak mahal. Takpelah, at least merasa la masuk kan.

Hari ke-3, Mr su kata nak ikot sama. Pagi-pagi dah tanya jadi nak pergi ke idak. So, kami pun masuk semula ke Singapore menaiki keta mr su. Yeppie! xde penat nak bus lagi.. So, kali ni g ochard road and merlion je. wah!! banyaknye brand kat sana! prada ada berapa ntah! marc jacobnye. burberry.wah! wah! wah! tapi tak mampu~~hahahahahaha. tengok ajelah kan.

Kemudian kami pun pulang. Dan saya makan dinner di kedai tunku impian bersama mr su dan kawannye yang beso-beso belaka. hahahahah

Terima kasih kepada asma hija and mr su sbb kasi chance i pegi ke singapura, and secara tidak lansung merasmikan paspot baru saya. hik4

3 comments:

SoFiA.opY said...

finally!!
haha..posing maut nampak!!weewitt!

kalo i tak kene demam campak,mesti i dah tercampak ke kota singa bersama u kaaaaan?

hahaha!

uwa said...

opy,
tu la pasal. kalau u tak kena campak. sure kita bersama kesana beb! kapan mau kesana? jemput gue sekali ye.
ahahahha..

boleh kita posing ala-ala ikin&ain..hahahhah

zulhakim said...

Tungku Impian ayam TAK sembelih, supplier Cina.
Owner bela hantu raya, jin masak memang sedap