Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua..
Semoga tahun baru ni saya akan lebih:

rajin!
rajin!!
rajin!!!
rajin!!!!
rajin!!!!!

tak banyak complain. Terima seadanya.
Semoga ALLAH permudahkan segalanya bagi saya. ~AMIN~

Monday, December 28, 2009

Midnight Fantasy Britney Spears

I just blog hopping and found this new website belleshoppingboutique. They are organizing the Midnight Fantasy Britney Spears Giveaway. So, why don't u guys check it out.
Jom, clik clik click..

Friday, December 25, 2009

Acer 4736G


Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada mak saya, Hjah Fatimah di Teluk Intan. Jasamu tak terbalas. :p
Semoga Mak dan Abah sihat-sihat selalu.. Rinduuuuuuuuu~~ :p


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Alhamdulillah, setelah berkurun lama mimpikan mempunyai laptop sendiri. Akhirnya tercapai juga. 1st time!! Sangat gembira. Harapnya tahan sehingga 10 tahun la hendaknya..~Amin~

Wednesday, December 23, 2009

Keracunan makanan

Eh, lama juga dah tak update blog ni ye.
Saya baruje pulih dari keracunan makanan, MasyaALLAH siksanya rasa. 2 hari dapat MC dari doktor.

Like always, i tapau lunch kat Cafe Kejut. Menu ikan bakar+kangkung belacan. Sedap! habis semua sambal cicah pun saya makan. Tetiba-tiba dalam jam 330 macam tu, rasa ada angin berpusing-pusing dalam perut ni. Sakit sangat!! Muka dah kelat dah tunggu lecturer saya bagi penerangan. Masatu di bilik lecturer tingkat 3! Punyalah bersusah payah nak turun balik ke office saya di tingkat 0.Tak ada lift ok!!
Sangat sakit perut ini!! Sampai saya tak larat nak drive balik, nasib Mr Su datang ambil masa dia balik keje tu. Malam tu, entah berapa kali la ke toilet. dengan sakit perut yang terjerit-jerit.. Tapi lepas muntah macam lega sikit.

Alhamdulillah, sekarang dah OK! baby pun dah pegi check, semuanya ok.
Doakan kesihatan saya ye semua.

Monday, December 14, 2009

Demam

Start hari sabtu haritu Mr Su demam. Masa sarapan katanya tak sedap badan, nak demam. Biasala tu, suamiku ini memang selalu demam. Dalam sebulan tu sure adela, tapi demam sikit-sikit aje.. makan panadol+tido sihat balik. Tapi kalini memang panas sangat badannya! macam boleh goreng telur aje panasnya.
Dia pulak rajin sangat nak pergi kerja, katanya ade kerja kena submit. So, kena pegi jugak opis. Sabtu Ahad pun dia pegi..Bila balik je, memang panas sangat badan dia. Jenuh la jelum kepala badan semua, tak turun-turun juga panasnya. Ubat memang bergantung sepenuhnya pada panadol aje :p.. cukup jam, makan.

Harini macam dah ok sikit, harap-harapnya sihat dah le. Penat juga la saya naik turun umah ni, tinggi beno tangganya. end up. 2-2 tido depan tv je huhuhuhuh

Sunday, December 13, 2009

Cuti-Cuti

Sekarang ni kan musim cuti sekolah, so ramai la orang pergi cuti-cuti melancong kan. Kak Idah pegi Sdyney almost seminggu makan angin.. Kak Itah pulak pegi Chiang Mai 4 hari rasanya. Kak Uda pegi Sabah bawak anak-anak cuti sekolah. Abang Nawir pulak pegi London, Paris sefamily.
Jelesnya tak dapat berjalan-jalan! Honeymoon kami pun dah terbantut!! Nasib dah pre-honeymoon ek. dekat2 rumah je lak tu :( Kire oklah tu.|| chet, macam le ade bajet nak jejalan pun|| hahahahah.
Seingat saya, last bercuti ialah pergi ke Singapore~ iaitu hujung tahun lepas.. genapla setahun sudah. Ermm.. tak mengapala. mungkin rezeki di lain tahun pula..

Eh, orang pegi jalan tapi mereka tak lupakan saya. Siap dapat bag yang cantik, boleh guna letak barang saya nk p hospital nanti. T-shirts pun ada... Baby pun dapat jugak, dapat bib tulis sydney! comel!! Fridge magnet dan key chain memang wajib! Terima Kasih kak itah and kak idah.
Ni la rupa peti ais yang telah pun di penuhi dengan magnet pemberian dari orang ramai. Macam-macam tempat ade China, combodia, medan, bandung dll. Saya punya langkawi , cameron highland || cuti-cuti dalam negara je||..hahahahhah. Bercerita pasal peti ais ni, tadi habis basah dapur!! al-maklum la. peti ais style lama ni tak ada autodefrost..so, kena la manuallykan. penuh dah tank dia kat belakang tu, melimpah la pula. Habis ala-ala bau ikan dapur ku!! tak pasal kena mop banyak kali, kasi ilang bau. hahahaha.. kak itah+kak idah sure ingatkan, dulu peti ais umah mak kan macam ni. selalu je mak bebel-bebel pasal ni. heheheheh~~teringat kenangan lalu.. :)

Wednesday, December 02, 2009

Saya adalah wakil AVON

Pengumuman!!...
Saje nak annouce yang saya dah daftar jadi ahli AVON baru-baru ni. Secara tidak lansung, saya juga menjual produk AVON secara online offline pun boleh aje. Kepada yang berminat boleh click link ni DAPATKAN PRODUK AVON SECARA ONLINE kalau nak tengok katelog baru.

Link dia pun saya ade letak dekat side bar blog saya ni. So, katalog setiap kempen akan saya update di blog tu la. Rajin-rajin la melawat, setiap bulan ada 2 kempen. Awal bulan dengan tengah bulan..
So, sure la ade yang tanya ape yang menarik pasal AVON ni kan??
Avon ni ada macam-macam product. Dari make-up, keronsang, tupperware, underware.. sampai la ke langsir dapur pun dia jual. heheheheh.
Harga dia sangat berpatutan kepada orang yang berpendapatan sederhana macam saya ni. Barang dia tahan lama dan not bad jugak la pilihan dia.
Review kat internet pun ada banyak dekat pasal kebaikan produk AVON ni.
So, ape lagi?? jom la beli AVON dari saya!

Malam yang sunyi

Malam ni agak sunyi sikit..bosan pun ade.. TV pun tak ada cerita best. Tadi lepas tgok nenek kebaya terus ngadap depan PC ni. Suhaib pun tak ada, dia p main futsal :(
Nak naik atas, malas... tinggi gila- buang tenaga :p. Lampu atas pun tak bukak dari tadi.. golap je la umah eden ni ha.. Lagipun nanti kena turun balik, nak bukak pintu.

Jadinya saya mengambil keputusan update blog ini..sambil baby bergerak-gerak dengan aktifnya dalam perut ni..hehehehe

Eh, cepatle suamiku pulang...membawa air soya untuk ku.~~ aicheh~~ hahahahha

Tuesday, December 01, 2009

Vogue Pregnant Mummy Give Away

Ni adalah gambar terbaru saya masa 24 weeks. Ramai orang nak tengok the latest fizikal saya, yela kan ni anak sulong. Jadi saya uploadkan di sini. Dan juga secara tidak lansung nak join
Vogue Pregnant Mummy Give Away contest. Manalah nak tau kot-kot ade rezeki menang ke. Hadiah dia pun boleh tahan menarik!!!

Gambar ni saya dengan memakai baju kurung saiz M, yela sebelum pregnant baju kurung saya sure saiz S or Xs. Ni saiz M pun dah ngam! Tapi kena kelim beso dekat hujung tangan and baju..hahahahha.Posing adalah, bajet konon-konon comel. Macam tak sesuai pulak dengan contest ni, dia nak vogue. hahahahaha..belasah le!


Oklah, untuk puan NottiNetti:
Nama saya Mariam Azwa binti Yazid
Gambar di ambil ketika 24 minggu mengandung.
Semua steps rasanya saya dah buat, so harap-harapnya boleh la menang. hehehehehe..

Kalau nak maklumat lanjut sila click sini.

Oklah semua, doakan saya kesihatan saya dan kandungan ye :p

PRINCESS KEBAYA CONTEST

Oh... mood saya sekarang ni adalah suka bebeno nak masuk contest ni. Bukannye ape pun, saje seronok-seronok je.. tapi kalau menang akan menjadi dua-ronok or tiga-ronok kan. hahahahaha..
Kali ni nak try masuk princess kebaya contest anjuran wawa-syaida Carbonara pulak. Yela, nak masuk real punya Ratu Kebaya tak layak.hehehehehe. Syaratnya kena letak gambar memakai kebaya.. Jadi
'
'
'
'
'
Nin dia... gambar saya memakai kebaya sambil berposing ayu di atas kerusi dia sebuah hotel. Baju ni kebaya labuh, kainnya diberi oleh akak saya yang balik dari indon. Time ni tengah tunggu adik ipo kat hotel di JB. hotel ape tak ingat pulak. Lawak pulak tengok gambar ni...control ayu tak hengat... hahahah..belasah ah. korang jangan muntah sudah. hahahah

So kalau nak lebih details, click sini.
Oklah, rasanya semua syarat saya dah siap :p

Monday, November 30, 2009

Im touched!

Salam AidilAldha everyone,
For this year, i celebrate Raya Haji at my MIL house. The activity was makan-makan-makan. And the food was really good!! My MIL memang la a good cooker. Naik gumuk eden ni ha. :p
Anyway, i found my husband’s thesis during his undergrand studies.. and he wrote this for his acknowledgement.
Oh.. sungguh sweet!! I LOVE u...Hahahahha.. ok sila muntah siapa yang nak muntah. hahahahah

Tuesday, November 24, 2009

Kencing Manis ketika Hamil

Semalam, seawal pukul 8pg saya mendapat panggilan dari Klinik Kesihatan Bt9. Missi kak wani yang call. Dia bagi tahu yang result ujian gula sudah ada, dan bacaan gula saya sedikit tinggi iaitu 9+.
Macam tak percaya pun ada, sbb saya tak pernah ada diabetis sebelum ini. Selalu bacaan saya adalah antara 5-7 saja. (selalu test sbb mak saya ada mesin ujian tu). Missi suruh tetapkan hospital mana untuk bersalin, yela dia nak buat surat rujukan kepada hospital tersebut.
Bahaya diabetis ketika hamil ini adalah kerana, baby mungkin menjadi besar dari biasa. So, kena bersalin awal untuk mengelakkan dari baby terus membesar dalam perut.
Untuk kes saya pula, saya adalah seorang yang kecil molek dan mempunyai bukaan tulang pinggul yang agak kecil. Jika ditambahkan dengan saiz baby yang besar, ia akan menyebabkan baby tersebut susah nak keluar. Dan khuatir juga akan sangkut bahagian bahu baby nanti. Saya banyak juga search, kenapa diabetis boleh datang pada saya. Link ini agak bagus.

Jadi, saya perlu menjalankan ujian sekali lagi untuk mempastikan adakah saya benar-benar diabetic. 4kali ujian darah akan di ambil dalam masa sehari. Saya akan buat nextweek la, sbbnya tak nak kacau mood raya kunun hahahhaha...harapnya result test ini okla nanti. Sbbnya kalau betul-betul kandungan gula tinggi, mungkin saya akan dicucuk insulin pula. OH sangat takut!

Ya ALLAH, anugerahkan kesihatan yang baik kepada hambamu ini dan kandungannya...~ amin~

Saturday, November 21, 2009

Jualan Penghabisan

Last saturday, we both bangun awal sbbnya nak pergi berjoging di taman Alam Damai yang baru di explore oleh Mr Su ketika dia pegi solat jumaat semalam. But, end up tak joging pun. Just walking seround je taman tu yela dua-dua pun pakai seliper jepun je. hahahahaha.

Dalam tengah hari macam tu, kami siap-siap untuk ke Pureen Warehouse Sale. Berbekalkan google map je, kami redah area PJ tu. Jalan agak jem, tak tahu la kenapa. Nak cari parking pun susah masatu. Ingat kan park kat tempat berbayar pun asik terlepas je entrance dia..end up Mr Su paking sebelah lori, and tersilap bajet terlanggar sikit. Patah no 5 kat plat nom dia. Soorry ye.. :p
Sale ni memang berbaloi pegi. Rasanyela, sbbnya baju-baju baby memang murah. Memang tak akan dapat la kalau sale kat memana pun. Kami beli banyak jugak dan $$$ terbang bagaikan air. Pampers, sabun2, syampoo, botol susu semua pun murah2 aje. Rase macam nak beli semua aje! hahaahahah.

Friday, November 20, 2009

Check Up lagi dan lagi

Harini saya pergi lagi ke Klinik Kesihatan Bt 9, Cheras untuk membuat ujian glukos. Macam biasa, pagi pagi dah bangun sbb appointment pukul 8pg. Mr Su pun tido lagi macam biasala. Saya disuruh puasa, untuk ujian ni. Yela, kalau tak puasa macam mana nak dapat result yang tepat kan.So, sampai tunggu la giliran. Semua harini appointment buat test ni. Ramai la jugak dalam 10 orang. Mula-mula kena ambil darah! Entah kenapa, sakit pulak harini. Lepas ambil darah, kena minum air gula tu. Kembang tekak wey..punyala manis air tu. satu cawan penuh kena habiskan! Dah le perut lapar..
Lepastu, kena tunggu 2 jam kat sana. Jadi adelah nurse-nurse yang bagi talk pasal pregnancy dengan breast feeding semua. Pukul 1030, tunggu giliran lagi. Kena ambil darah lagi! wawwawawa! rase macam nak lari je!! sekarang ni 2-2 belah tangan pun sakit!

Tapi, syukur Alhamdulillah. Semuanye saya dapat buat! Result xdapat lagi. Maybe next checkup kot baru dia orang bgtahu. Dan, lepas je habis kena cucuk ambik darah..saya terus pecut pegi UKM nak makan nasi lemak yang saya tapau pagi tadi baunye dah harum semerbak satu kereta. hahahahahah

Wednesday, November 18, 2009

How Do You Organise Your Bag?

Referring to the post title, korang pernah terfikir tak pasal ni? Yela, macam mana kita menguruskan beg? Ada orang suka bawak beg kecik, ada orang suka bawa beg besar. Macam saya, suka beg yang besar walaupun saya ni boleh di katakana bersaiz kecil. Ramai orang perli-perli kata saya bawa laptop, padahal dalam beg tu hanyalah barang-barang keperluan biasa saja :pIni adalah beg yang sering saya gunakan. Cuba teliti, besar kan? dan tak ada laptop pun di dalam :p. Pasal beg saya ni, agak sukar nak susan barang di dalamnya kerana ia mempunyai satu ruang (compartment) sahaja. Jadi, semua barang akan di letakkan disitu. Wallet, kunci rumah, kunci kereta, botol air, pen dan etc etc lagi. Saya terpaksa menyelongkar beg untuk mencari kunci yang kadang kala memakan masa. Kadang-kadang terpaksa keluarkan semua isi barang untuk hanya mencari resit parking kereta yang terselit.Siyes menyusahkan!

Tapi, cuba korang tengok beg kat bawah ni :

Wah, cantik kan? kalau dapat satu sure best. Tak ada le barang-barang dok bersepah-sepah sana sini. Beg ni nama dia The Organize Jacq set.. and it’s comprise of 2 bags… one medium size and one small size. Sangat sesuai untuk saya dan anda juga!

The Organize Jacq set is a great way to organize all your essential items in one bag, from your keys, handphone, purse to your make-ups. You can have a bag organizer for your smaller bags too. Switching handbags will be hassle free.

Each Organize Jacq bag has:

  • Velcro tab opening
  • Two exterior side compartments for handphone and I-pod
  • One back exterior compartment to hold tissues and notes
  • One front exterior compartment
  • Four pen holders
  • Two interior sub-compartments to hold keys and make up items
  • One large interior compartment for wallet and bigger items
Bestnya kalau dapat beg ni free kan! Boleh la tukar dengan beg saya yang ada satu compartment tu.

Eh, kalau nak tahu Gin&Jacqie telah bermurah hati nak nak kasi 10 beg ni secara percuma melalui "how do you organise your bag contest". Click here for more details.

Apa lagi? Selamat mencuba dan wish me best of luck to win this bag!

Semester II

It has been almost 5 months me as a student. 5 months I’m spending my working hours here in BLOCK F, UKM. I never share how is my office looks like, but today I uploaded it here. Nothing personal, just wanted to share with u guys. Btw, this pic was taken after a major process-pengemasan-meja being done. Plus, I have new pink carpet! So macam nak show-off la sikit
So, back to my study. 5 months! Such a long period. What I can say about my work satisfaction in this long period is terrible. My project never seems moving. I donno how to start.
Maybe study wasn’t my field.
Maybe it was a wrong step.
Whatever it is, I need to move on. Whether continue with my current study or not, put it aside. I believed, Allah has His plan for me. So, lets doa dipermudahkan segalanya. ~AMIN~

Tuesday, November 17, 2009

Check Up lagi

Semalam was my second time check up dekat Klinik Kesihatan BT 9 Cheras. Awal pagi dah keluar rumah, Mr Su sedang nyenyak tido lagi. Yela appointment pukul 8. Sampai sana dalam 815. nombor giliran dah 43! Uishhhh... awal beno deme yang lain sampai ye.. Takpela, dekat 3 jam jugak la tunggu semua settle. Semuanya ok, Alhamdullillah. HB pun dah naik kpd normal. Just doktor pelatih kat situ kata perut ni macam besa dari saiz biasa. Refer to Dr, dia check check semuanya normal.
Lepastu, saya kena cucuk kancing gigi pulak. Dah lama tak kena cucuk-cucuk ni, cuak pun ada. Lepas cucuk tu tak ada pulak rasa sakit ke apa, tapi harini baru rasa sengal-sengal dan sakit pulak kat lengan ni. Jumaat ni kena pegi sana lagi, check glukos pulak. Sbb ada family history yang ada diebetic, so kenalah buat test ni.
And Dr cakap, nanti saya kena refer kpd hospital terdekat sbb badan kecil atau pun dengan kata lain xcukup ketinggian. hahahahhahaha. So, harapnya anak-anak gue tinggi tinggi belaka la ye :p

Lepas check-up, balik rumah masak-masak sikit sbb ada kawan dari Spansion nak mai! yeay!! lama dah tak lepak dengan kawan-kawan saya sambil bergossip rancak! huhuhuhuh. Thanks kepada kak Nang, sbb sesusah datang jenguk i yang di perantauan ni. chewah. Lepas rancak bergossip, kami pun ke ALAMANDA! wah..dah lamanya tak pegi jalan-jalan sini. Ingt nak cari seluar maternity sehelai, tapi tak jumpa pulak. End up kak Nang yang soping 3 helai baju. Btw, baby dah dapat hadiah sulung dari antie Nang dia! Yeepie..
Tq TQ tq sekali lagi.. yeay! dah ade botol susu. :p

Friday, November 13, 2009

Koleksi Kasut Anda Contest

Ini adalah Sticky Mode Post ending 13 Nov 2009
Saya ni tak pernah la join mana-mana online contest, tapi kali ni nak try la jugak contest Koleksi Kasut Anda ni. Macam seronok pulak, mana tahu ade peluang memang ke kan? Dah le mamang tak pernah menang mana-mana peraduan pun. Jadi saya mempertaruhkan 2 keping gambar berkaitan dengan tema contest ni.gambar pertama: koleksi kasut dari entah zaman bila, cukup 6 pasang! sbb kata penganjur kena ada at least 5 kasut.So, kiranye lepas la syarat itu ek.
Gambar kedua: ni pun lebih kurang macam gambar di atas tapi tambah sikit dengan kecomelan kaki saya ni! ha~~baru cretif kan? hahahahhaa..

Untuk pengetahuan Puan Zimah, semua steps telah pun saya buat.
1. Sticky mode post dah buat
2. Banner kat side bar dan link dah buat jugak
3. Follower pun dah jadi
4. Gambar nak masuk contest pun dah letak
5. Komen pun dah letak

Semua dah Setel.Jadi tunggu hadiah dari pihak awak je ni.. harap-harapnya menangla. :p

Wednesday, November 11, 2009

Baby Snowdrop's Giveaway

Semenjak pregnant ni rajin jugak la scroll dekat website-website berkaitan baby ni. Jadi terjumpa page Baby Snowdrop ni. Page ni ade nak bagi free new product dorang kepada bloggers. Sila click sini untuk keterangan lanjut.Tapi kena buat beberapa steps ni :
1. Copy and paste mana-mana code dibawah.kiranya macam add banner dalam blog korangla.
Powered by BannerFans.com

Powered by BannerFans.com

2. Lepas tu, jadilah follower Baby Snowdrop
3. Lepas tu buat entry pasal Baby Snowdrop giveaway ni, macam yang saya buat ni la. :p
4. Tinggalkan nama, email, dan adress blog anda pada comment di link ini.

Lepas tu tunggulah kot kot bertuah nak dapat giveaway ni, harap-harapnya saya dapat le sbbnya saya dah buat semua steps ni. hahahahha..
DAN, kalau korang letakkan banner Baby SnowDrop tu lebih sebulan, korang akan berpeluang untuk masuk cabutan bertuah dan pemenang akan dapat
one piece of Ring Sling from Baby Snowdrop. Lucky Draw ni akan berjalan selama 3 months berturut2 until bulan February.
Selamat Mencuba~Giveaway ni seminggu je, closing 16 Nov ni.

Tuesday, November 10, 2009

Gambate gambate gambate

Maju maju maju! terus maju!!

ye~~itu semangat yang kita mahu.walaupun saya tahu macam tak sempat aje (=_=)!!

Oh susahnye mencipta ayat! English tak kena BM pun tak kena.. bahasa ape yang sesuai ek??

Thursday, November 05, 2009

Pelajar Score A, Anda Score RM

Ha, ni nak share sikit pasal pendidikan. Baru-baru ni ada satu website pendidikan yang best kawan saya introduce kan. Cuba klik sini.
Website ni sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga ibu bapa yang mempunyai anak-anak sekolah.
Kisahnya, benda ni macam latih tubi kepada anak-anak yang bersekolah dari darjah 1 sampai la Tingkatan 5. Anak-anak boleh boleh buat latih tubi ni secara online! tak pakai buku dah sekarang ni! Dari dorang habiskan masa surfing tenet tak tentu hala, baik buat ni.Lepas anak-anak buat latih tubi ni, mereka perlu click submit button dan secara automatik sms akan di hantar kepada HP ibu bapa mereka. Jadi, mak ayah boleh la pantau sama ada anak-anak mereka buat ke tak latihan tu walaupun dari jauh. Past year question pun ade, dari tahun 1993! Tak payah susah-susah cari.
Pakej ni, dah dapat pengikhtirafan dari Kementerian Pelajaran dan dah hebah-hebah dah dalam paper dan berita. Mungkin ada perasan ada yang tak perasan. Lagi satu, kepada ibu bapa jugak boleh dapat pendapatan dengan promote pakej ni kepada kawan-kawan. Jadinya, secara tidak lansung, parents jugak dapat kebaikan la.

Apa-apa pun boleh call kawan saya ni Azmir nama dia 012 200 7632 dia ni boleh cerita lebih lanjut. Apa-apa pun produk ni, memang bagus! jom jom jom try


p/s: oit, jemir jangan lupa bahagian kita, tolong promote kat sini.hahahahah

Sunday, November 01, 2009

011109 Selamat Ulang Tahun

Kalau korang ingat tarikh ni tahun lepas apa jadi? Sila click! Ye genap setahun kami bertunang! Cheh padahal dah kahwin pun. :P

Kami pergi makan-makan dekat Rimba Klasik kot nama kedai ni. Cantikla la jugak persekitarannya. Tapi servicenye agak lembab!! Terima Kasih Mr Su, sbb belanja!


Sorry, gambar makanan dah habis aje ada. Tak sempat nak ambik masa awal-awal sbbnya dah lapar tunggu order.Sampai-sampai aje, terus makan! heheheheheDan Mr Su juga telah menghadiahkan saya cokelat faveret saya!!! Roast Almond!! Tq Tq Tq..love u!

Friday, October 30, 2009

Kesihatan Saya

Minggu ni dah masuk ke 24 minggu. Cepatnyela masa berlalu. Last week saya pergi buat check up dekat klinik kesihatan bt 9, Cheras. First time pergi check up dekat klinik kerajaan. Lama la jugak dalam 2 jam selesai semua, tapi memang banyak la yang dia checknya. Urin test, check darah, jantung baby dan dia ada bagi consultation sekali.

Syukur Alhamdulillah, semuanya OK. Kecuali saya mempunyai low hemoglobin @ anemia. Paras hemoglobin saya adelah 9.2 berbanding dengan normal adalah at least 11. Hurmm, maybe sebab ni la muka saya nampak pucat. Tak cukup darah rupanya. Serius jugak kalau hemoglobin ni rendah, boleh mudarat kepada kedua-dua, ibu dan baby tu. Macam tumpah darah masa ibu bersalin dan baby mungkin kurang berat ketika lahir. Klik untuk info.
Jadi kenalah saya makanan yang kandungan besinya tinggi untuk cover semula mana yang tak cukup.
Ni pula masa pergi Pusat Kesihatan UKM untuk ambil vitamin (obimin) yang hampir seminggu habis. Dr pesan suruh makan semua vitamin hari-hari, jangan miss. Maybe sbb tu saya kekurang zat besi, sbb sudah pregnen hampir 6 bulan tapi baru je habiskan 60 biji vitamin. Hurmm.. kena lebih disiplin la lepas ni. Lepastu pula, saya bawak susu pergi opis. Kalau kat rumah asyik lupa je. Bawak sini senang minum, dah jadi macam baby pulak bawak susu kemana-mana. huhuu

video
Ni pula, video masa baby 19 minggu. Dah nampak dah mulut dia and tangan+jari pun dah ade

OKla, doakan kesihatan saya dan baby ye kawan-kawan.

Wednesday, October 28, 2009

Langsir

Korang ingat tak dulu masa nak raya, kelam kabut jugak saya nak pergi mencari lansir untuk sliding door rumah ni. Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Jadi rumah beraya dengan langsir separuh + ditutup papan. Tinggi+lebar beno sliding door ni, susah nak cari saiz dia. Ni pun mak mertua yang kasi langsirnya, senteng pun senteng la. Janji orang luar tak nampak dalam. hahahahahaTapi baru-baru ni masa metrojaya sale dekat midvally tu, ada terjumpa langsir yang sama dengan IKEA. Harga dia murah sikit, almost half rasenye. Sbb kami beli untuk tingkap atas, rm100 2 keping ni sekeping rm 29.90 dia jual. Dah le siap ade tag IKEA lagi, memag sah la sama dengan yang dulu tu. Rugi je bel dulu!! So, korang blehla usya masa sale lain kali.. Syukur alhamdulillah, kami borong 4 keping. Nasib baik jumpa yang murah, kalau tak memang berlangsirkan playwood ajelah rumah ni.
Namun malangnya, saiz dia ni terlalu labuh pulak. ada dalam 2kaki lebih labuhnya. Penat pulak saya menjahit kelim setiap keping, sakit pinggang di buatnya! Sampai ade yang terjahit dengan seluar la malam tu. Yela, tak ade mesin jahitkan, kenalah jahit manual, mencabar betul!
Ni la hasilnya!! Taraa.... so, lepas ni xdela sliding door ku berlangsirkan playwood lagi.

Friday, October 23, 2009

Pembakar Semangat

Saya telah membeli 2 batang pen sebagai pembakar semangat saya untuk belajar. Hujung-hujung bulan ni, bajet cipot kena pilih pen paling murah tetapi sedap di pakai.

Kini saya lebih bersemangat! Namun, tulis sikit sudah ngantok la pulak.

Thursday, October 22, 2009

Meeting

Esok ada meeting pasal Master Projek saya. Ye Ye ye, sesungguhnya saya tak buat apa-apa pun lagi. Ye ye Ye , sudah satu semester pun or almost 6 bulan! Ye ye ye , proposal saya pun saya tak hantar-hantar! Ye ye ye, lit rev saya satu pun tak baca. Ye ye ye saya malas. Ye ye ye saya perlu rajin..

Oh ye, doakan semuanye ok ye. :)


Tuesday, October 20, 2009

Oh OPy

Walaupun kisah ini agak basi, tapi nak update juga. Congrates cik roomate ku yang telah pun di tunangkan pada 4 syawal yang lalu dengan kekasih pojaannya.

ps: abaikan bodi gua yang semakin gedemPool itu!

Friday, October 16, 2009

Kena Shopping ni

I am in 5 my months of pregnancy. Everything is Ok, both baby and mommy. But, the mommy has difficulties to find comfort shirt.
Every day she needs to spend at least 15 minute to choose her attire to be wore. Yela, semua pun dah tak muat! Most of her t-shirt sangkut kat perut and many of her jeans dah tak muat masuk. Try this, sangkut..try that tak muat!!! So, she started changing her so call dress-code from funky-dunnnky jeans+thirts to baju kurung bersopan santun.
But, now! Baju kurung also sudah tak muat!! Mostly the kain, only can be zipped halfway. So, nampak a little bit pelik sbb kain tu macam senget sebelah masa pakai.

So, kesimpulannya. I need to do some shopping kan? Siapa sokong?? Hahahhaha.. walaupun gaji tak masuk-masuk lagi~adeyh!

p/s: tapi kalau balik kampung boleh korek almari kak idah/kak itah. Mana tau ade baju yang eden muek..save bajet! Ahahahahaha..

Friday, October 09, 2009

Raya II Muar, Bt Pahat, JB

Kan dah cakap, tahun ni merupakan tahun pertama saya ada banyak kampung.. Hehehehehe. 4 Kampung saya balik! pukul 1130 macam tu on raya ke-2 bertolak ke Johor. Perrr.. Jem la jugak! 7 jam dalam kereta memang melibang libukan!!ni gambar masa kat rumah atok belah Pak mertua saya di Muar. Tu gambar family tanpa 2 orang lagi adik ipar. Saya Tak pernah sampai sini sebelum ni. Cantik rumahnya, oh saya sangat suka. Tapi dah tak ada siapa duduk, atok and nenek dah tak ada.Tapi still kemas and terjaga. Lepas sekejap di Muar, sbb masa sampai tu majlis dah habis. Yela, pukul 7mlm baru sampai kot.Jumpa sedara mara kejap. Kami pun bertolak pergi ke Kampung nenek ni belah Mak Mertua saya. Kat sini pula, ramainya budak-budak. Poning eden kadang-kadang, tapi meriah sungguh meriah. Tu pun katanya tak cukup korum lagi. Kalau tak lagi la meriah! Tengok la gambar tu, bebudak panjat dinding.. hahahaha..Kampung ni pun first time sampai, suka jugak sbb rumah nenek masuk ke dalam sikit. So, lalu jalan kecik dulu..oh saya sangat suka!! Tapi masa lalu pegi dan balik pun time malam, tak dapat la nak menikmati pemandangan kiri kanan. Gambar tak banyak pula kat sini, gambar bebudak je yang penuh.

Malam tu pula, kami semua pulang ke JB. Rumah mertua. Tak sedar pape sbb dalam perjalanan memang saya tido saja. hehehehehehhe. Kat JB pun tak ada gambar! hish..nyesal tak ambil gambo banyak-banyak. hahahahah

Wednesday, October 07, 2009

Raya 1 di Teluk Intan

Ni keluarga saya! 8 orang adik beradik dan berbelas anak sedara. Ramai tak? Semua muka control sbb cuaca agak panas time ni.

Nak cerita sikit pasal my first time beraya after berkahwin ni. tetiba je saya ada banyak kampung. Sebelum ni tak pernah travel jauh-jauh, tetiba raya kali ni sampai ke JB saya. hahahahahaha.

Raya pertama memang raya di kampung saya. Yeepie! Dah la malas nak cerita banyak, jom tengok gambar.OKlah, nanti saya update untuk part II pulak

Friday, October 02, 2009

Sehari sebelum raya

Turn raya tahun ini adalah di Teluk Intan. Mr Su pun bersetuju balik my kampung tanpa perlu berbut-rebut. next year macam mana ek? hahahahahahah

Kami bertolak ke teluk intan pada jam 1:30 pagi malam jumaat a day before raya la. Jalan sangat jem, menyebabkan kami sampai di kampung pukul 5 pagi. Nasib baik sempat sampai untuk bersahur. Jadi esok raya, macam-macamlah persiapan yang perlu di buat untuk menyambut hari gembira ini. Adik beradik pun ramai yang dah balik kampung, kami orang ke-3 sampai.

persiapan di dapur, dari pagi sampai ke petang. Dapur ni memang tak penah kosong, ade ajelah aktiviti yang di lakukan. Dari masak lemang, rendang nasi impit. Lepastu, sibuk nak menyiapkan juadah berbuka puasa terakhir untuk ramadan kali ini. Kak itahla yang paling sibuk kat dapur ni.

Anak sedara perempuan sulung, nak berposing dengan lemang rebus Haji Yazid. Btw, sayalah orang yang masukkan daun kedalam buluh lemang tersbut. Nasib baik ok, xdela yang berputar2 kat dalam tu.Kanak-kanak..biasala, tunggu mak mak dorang masak kat dapur. Mereka pun main-main sendiri. Tapi, tiba-tiba ada bapak orang pun join main sekali. Ni ada adik beradik yang baru sampai dah nak senja dah. Nasib sempat berbuka.

Berbuka beramai-ramai time. Kanak-kanak paling seronok, satu hidang mmg khas untuk mereka. Nasibla mereka ni takdela bising mana pun, semua pandai behave masing-masing.



Lepas Magrib pulak, main bunga api yang di sponser oleh Pak Yeop. Macam-macam mercun+bunga api ada! Dari mercun roket, mercun bola, mercun papan.Semua ada! Dah macam berbalas-balas pulak dengan budak lorong sebelah, memang derdentam dentom la malam tu.
Semua dah penat? Menonton TV sampai larut adalah aktiviti faveret kanak-kanak ni. Sampai orang nak bentang carpet and ubah meja pun terbantut.

Oklah, nanti saya update lagi. Terima Kasih suami ku sbb balik raya Teluk Intan and anda juga get along sangat bagus dengan my family. boleh jadi menantu kesayangan keh? hahahahha